Bab 10

957 58 1
                                    

  Anak tangga dituruni berhati-hati.Karang jatuh tergolek pulak dah.

"Ha Ien.Baru bangun ke?",soal Puan Atikah sebaik melihat kelibat anaknya itu turun.

"Taklah.Ien duduk dekat balkoni tadi.Si Iz pergi mane?",tanya Adrien.

"Dia pergi kelas lah.Kemana lagi",jawab Puan Atikah.

"Oh..",jawab Adrien pendek.Lupa pula harini hari isnin.Esok dah perlu pergi ke kem.Aduh..

"Ha Ien.Meh duduk.Luq yang masakkan",kata Puan Atikah lalu mengambil pinggan.

"Peh!Kau masak ke Luq?Jarang kau rajin",kata Adrien.

"Banyak soal la kau.Aku masak ni untuk umi.Bukan untuk kau!",Luqman memberikan jeling kepada Adrien.

"Yelah..",balas Adrien.

"Umi,lepas makan ni Luq dah nak balik tau",kata Luqman.

"Eh,awal nya Luq nak balik.Taknak tinggal sini dulu?Esok kan masuk kem.Boleh pergi dengan Ien sekali",kata Puan Atikah.

"Biarlah umi,lebih bagus die balik",sampuk Adrien.

"Ien,tak baik cakap macam tu ", tegur Puan Atikah.

"Er,bukan apa umi.Harini Luq nak pergi kubur mak dan abah.Dah lama Luq tak pergi.Kalau kau nak ikut Ien,jomla.Lepastu nanti kau hantar la aku balik",balas Luqman.

"Erm,boleh jugak.Aku pon dah lame tak jenguk kubur mak abah kau",jawab Adrien.

Luqman hanya senyum dan menarik kerusi untuk duduk.

"Dah.Meh makan-makan",ajak Puan Atikah.








      
     Ariena Haifa menyalam kedua ibu bapanya.Pagi ni ma dan abahnya dah nak balik.Banyak kerja katanya.Lagipun,lusa keputusan spm Anis akan keluar.

"Aboh nge ma gi dulu deh.Jaga diri molek.Blake.Wadina pon",pesan Encik Marzuki.

"Ye aboh..."

"Baik pak lang.."

Encik Marzuki pon masuk kedalam perut kereta.

"Bye kak Ifa ku sayang.Kekgi kuo results adik kabo.Hehe",Anis berikan senyum.

"Iye.InsyaAllah.Aku caye ke mu boleh!",kata Ariena.Lalu dia memeluk adiknya itu.

"Ifa..Fikirkan ye pasal hal tu.Nok dalam masa terdekat jawapannya",kata Puan Nazurah.

"Ei,cepat lah.Wak mende lagi tu?Jauh lagi perjalanan eh",jerit Encik Marzuki dari dalam kereta.

"Ye!",balas Puan Nazurah lalu mengangguk kecil kepada Ariena.Ariena hanya beri senyum terpaksa.

"Assalamualaikum!",kata Puan Nazurah.

"Waalaikumussalam...",jawab Ariena dan Wadina serentak.

Mereka melambai-lambai kereta yang beransur pergi itu.

"Dah,jom masuk",kata Wadina.

Ariena hanya angguk lalu membuka langkah.














    Selesai membaca doa.Adrien beransur ke kereta.Biarlah Luqman bersendirian dulu di kubur mak dan abahnya.Taknak kacau.

Sedang menunggu,fikirannya mengelamun ke perkara semalam.Patutkah dia terima perempuan itu?Tapi siapa?.

Nama pun belum ditanya.Malas nak amil tahu.Kalau perempuan itu Ariena tak apa juga.

"Ien!",sapa Luqman.

Pemilik Hati KaptenWhere stories live. Discover now