2 | Resistance

6.2K 385 50
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

AKU memandang lelaki yang aku minat dalam diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU memandang lelaki yang aku minat dalam diam. Sebenarnya sudah lebih 10 minit aku menyorok tepi pokok memerhatikan dia. Aku tersenyum kecil melihat dia yang membaling batu-batu kecil. Terlihat seperti dalam amarah tapi entah kenapa masih kekal comel,

Aku gengam erat surat yang bewarna merah di dalam gengamanku. Perlahan-lahan aku mendekati dia yang duduk di bangku taman.

Dia mendongak tatkala aku sudah berdiri di hadapan dia. Muka dia masih seperti tadi, tiada satu segarit senyuman pun.

"Abang Aarif..."

Aku sedikit teragak.

"Er, nah—"aku hulur surat pada dia. Dia ambil dengan kerutan dan tanpa aba-aba terus dibuka surat itu. Aku terkelu. Tidak sangka dengan tindakan spontan dia.

Takkan dia nak baca dekat sini juga?

Sebaik sahaja surat habis dibaca, terus sahaja dia remukkan kertas yang aku bagi. Dengusan kasarnya kedengaran, aku pejamkan kelopak mata pabila tanpa sebarang amaran, kertas tersebut dibaling tepat di wajahku. Nasib baik aku sempat mengelak hujung kertas dari terkena mataku.

 Nasib baik aku sempat mengelak hujung kertas dari terkena mataku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hei budak, kau dengar sini. Kau baru 10 tahun jangan nak menggatal sangatlah. Aku ni tua 8 tahun dari kau, aku nak SPM kau pula UPSR pun tak lagi. Kecik-kecik dah reti gatal,"

Dia lantas berdiri menghadap aku.

"Kau cermin muka kau sikit, kau tu tak layak dengan aku. Aku tahu ramai yang suka aku sebab aku hensem tapi kau tu buruk! Sedar diri sikitlah,"

Aku menunduk. Tahu-tahu sahaja airmata sudah mengalir laju di pipi. Kalau betul pun aku ni tak cantik, perlu ke dia kutuk sampai macam tu? Aku mengaku dia memang kacak, lagipun dia jiran aku. Jadi, aku selalu ternampak dia dan lama-lama perasaan suka itu timbul. Salah aku ke sebab luahkan perasaan?

"Inilah perempuan... sikit-sikit menangis, aku tak suka lah perigi cari timba,"

"Aku nak kau buang rasa suka kau tu! Pergi berambus sana,"

Tanpa pesanan lagi, dia berlalu pergi. Tapi disepara jalan, langkahnya terhenti dan muka dia ditoleh sipi.

"Tak malu," ujarnya.

"Buruk buat perangai buruk. Dasar perempuan... semuanya sama,"

Lalu tanpa mengidahkan aku, dia meneruskan langkah dan hanya tinggal aku menangis sendirian. Punggung aku labuhkan dekat bangku dan kedua tanganku menutup muka. Seumur hidup aku, tak pernah aku bagi lelaki surat cinta...

Dia yang pertama.

Dan dia juga lelaki pertama sakitkan hati aku—

Yang tanpa segan silu mengutuk aku.

Aku ni buruk ke? Selama ni belum pernah aku dengar orang cakap macam tu. Aku jadi malu bila fikirkan hakikat bahawa lelaki yang aku suka, tutur macam tu. Dia buat aku rasa rendah diri tiba-tiba, aku mula rasa tak yakin dengan penampilan aku. Semangat aku hilang ditiup angin.

Lost confident.

Airmataku sapu... tak ada guna nak menangis sebab dia.

Ah, aku tak suka dia. Dia jahat. Harap muka je hensem tapi perangai—

Sudahlah aku malu di rejected tambah pula sebab dia hina penampilan aku. Mulai hari ni aku tekad untuk buang perasaan suka dekat dia. Aku akan anggap dia tak pernah wujud dalam hati aku, aku takkan jatuh suka dekat dia lagi!

◆◆◆

SUARA kucing mengiaw membuatkan aku tersedar dari kenangan lama. Tidak tunggu lama, aku segera bangkit dari buaian dan menuju ke dalam rumah. Dengan satu niat utama, aku tidak setuju untuk dijodohkan dengan jiran sebelah rumah aku tu!

Aku nekad,

Jemari aku genggam erat dan saat kaki melangkah masuk, aku terkelu bila mak cik Salmah memeluk tubuhku.

"Terima kasih Lea,"

Eh?

Dahiku bercantum rapat. Menatap bingung para ibu yang tersenyum lebar,

"Alhamdulillah, kalau anak aku pun setuju. Kira jadi lah ni majlis kita..."

Umi yang menarik lengan mak cik Salmah aku perhati. Mereka berdua mula berbincang seolah aku dan Aarif tidak wujud.

Sekali lagi aku tercengang.

Terkebil-kebil retinaku memerhatikan Aarif di hujung sofa. Dia hanya membalas dengan senyuman herot di bibir,

Aku tahu. Mesti semua ni angkara dia,

Disebabkan tindakan mengejut dia. Kini, kami berdua kembali di buaian milikku—

Cuma kali ini, dia pula yang duduk dan aku berdiri di sisinya.

"Apa motif abang setuju?" Tanpa sebarang mukadimah, terus sahaja aku menyoal.

Bibirnya melekuk sinis. Retinanya memerhati kejap wajahku sebelum dipaling semula pada luar halaman.

"Motif?" Tawa kecilnya terletus.

"Bukan kau nak sangat kahwin dengan aku? Truth to be told, I'm extremely handsome isn't it? "

Dia mendongak menatap aku. Kali ini raut wajahnya tegang. Dan dahiku mula berkerut seribu,

Once again,

Apa yang dia merepek? Kenapa kaitkan tentang wajah dia. Narsisistik ke?

"Ab—"

Belum sempat aku bersuara, dia memintas.

"Aku tak sampai hati nak kecewakan mak aku...

... Kau takut nak menolak, kita berdua dalam dilema lagipun setakat tunang je bila-bila masa boleh putuskan,"

Jeda.

"Aku setuju untuk tunang. No hard feeling, then setahun nanti kita putus. How? "

Aku terkebil. Fikirkan tentang hal lalu, aku juga tak rela untuk dijodohkan dengan jejaka perasan ini. Lantas, lambat-lambat aku mengangguk setuju.

"That's the best," ujarku.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now