Prolog

10.6K 774 82
                                    

     Dia menyarung kemeja kerjanya yang bewarna putih sebelum jam tangan dipakai elok di pergelangan tangan. Tali leher diikat dengan kemas sebelum tangan terus mencapai kot kerja hitam miliknya. Sudah berpuluh tahun bekerja di bawah naungan besar keluarga gelap, dialah yang memegang posisi sebagai, 'The Greatest Magician.'

"Oink oink," tegur Spencer di depan pintu bilik rakan sekerjanya, juga berada di bawah kuasa yang sama, kebodohan mereka turut sama. Dialah...

"Awal kau siap harini, mat? Jarang-jarang kau nak bersiap awal macamni. Mimpi apa malam tadi?" tanya Jayden yang masih separuh bogel dengan tuala yang elok menutup separuh tubuhnya.

"Aku nak masak breakfast. Kau nak ikut?" tanya Spencer dengan senyuman nakal terukir di bibir. Kening diangkat beberapa kali. Nakal betul.

"Haa, sudah. Kau nak bagi Froy mengamuk pagi-pagi buta ke?" tanya Jayden sambil tangannya menyarung kemeja kerja di badan.

"Tak baik tau cakap macamtu. Aku cuma nak sediakan breakfast ajeeerrr...," kata Spencer sambil memuncungkan mulutnya.

"Ah! Pergi main jauh-jauh," kata Jayden sebelum terus menutup pintu bilik sekali gus membiarkan Spencer berada di luar bilik.

     Spencer mendengus sebelum dia melangkah ke arah bilik ketuanya pula. Telinganya diletakkan rapat ke pintu untuk mendengar perbualan orang di dalam.

"Iya, papa sayang mama. Sudah-sudahlah tu merajuk. Comot dah muka tu," kata Ariq kepada Erika.

     "Papa tak sayang saya ke?!" jerit Spencer dari depan pintu bilik Ariq.

     Ariq menghela nafas panjang sebelum membuka pintu dari dalam.

"Selamat pagi syaitan. Apa kau nak?" tanya Ariq yang juga sedang bersiap untuk ke kerja.

"I nak masak breakfast, you nak join I tak?" tanya Spencer dengan senyuman kerang busuknya.

"Tak nak. Bini aku tengah merajuk. Aku nak kena pujuk singa tu dulu. Takut malam nanti aku kena tidur dengan kau pulak. Mimpi buruk aku, siot," kata Ariq sambil menunjuk ke arah Erika yang sedang termenung ke luar koridor bilik.

"Ish. Semua tak nak teman aku masak. Menyampah!" kata Spencer sebelum terus melangkah meninggalkan Ariq terpinga-pinga di situ.

"Pahal mamat ni. Period ke?" bisik Ariq sendiri.

Spencer terus melangkah turun ke tingkat bawah rumah sebelum matanya terus memandang ke arah sebuah piano bewarna hitam yang berada di tepi tangga. Piano yang sudah berumur berpuluh tahun itu masih disimpan oleh Aryan memandangkan ianya menyimpan terlalu banyak kenangan bersama arwah Arlan dan arwah bapa mereka.

Spencer mendekati piano hitam tersebut sebelum dia terus mengambil tempat di kerusi piano itu. Dia meregangkan jarinya sebelum bermain alat muzik tersebut. Lagu Memory-B ciptaan Tavos dimainkan dengan lunak sekali. Matanya dipejamkan sambil jari-jemari bergerak menekan piano dengan lembut. Lagu yang dimainkan itu menyimpan terlalu banyak kenangan bersama si dia. Si dia yang tidak akan pernah dilupakan buat selama-lamanya. Dialah hero, dialah ayah, dialah abang, dia jugalah yang sanggup berkorban apa sahaja demi nyawa orang yang disayangi. Tidak ada lelaki sebaik dia yang pernah Spencer jumpa sepanjang hidupnya. Malah Spencer sangat terhutang nyawa padanya. Jasa si dia takkan dilupakan sehingga ke akhirnya. Tetapi, siapakah dia?



Ebook Spencer akan release pada awal tahun 2024. Tarikh akan diberitahu kemudian. Untuk pembelian ebook dan maklumat lebih lanjut, sila follow ig itsariaseva. Semua info akan diupdate di instagram :)

[Ebook] The Boy: Unspoken NightmareWhere stories live. Discover now