Bab 12

154 10 0
                                    

Hujung minggu terakhir sebelum mereka perlu berpisah selama dua minggu, Hud membawa Nayla berjalan makan angin. Kata Hud bulan madu olok-olok.

Dia mahu manjakan kesayangannya itu sebelum fly. Setelah penat berjalan, pasangan itu singgah di sebuah gerai untuk santapan tengahari.

"Selepas ni ada nak ke mana-mana lagi tak?" Hud menyuap nasi ke dalam mulut.

"Kita pergi rumah bonda nak? Saya rindu." Nayla menatap wajah Hud menunggu jawapan dari encik suami.

Hud menjatuhkan kepala.

"Boleh tapi kita singgah rumah letak barang dulu baru gerak ke sana. Coklat kau saja dah penuh satu beg." Sempat Hud mengata isterinya. Mana tidaknya, coklat KitKat yang bersaiz value pack tu saja dah penuh satu beg shopping besar.

Nayla menepuk tangannya perlahan sebelum menjamah semula makanannya.

Sisa nasi yang terlekat dihujung bibir Nayla dikutip oleh Hud. Disuapkan sisa itu ke dalam mulutnya.

"Comot." Nayla tersenyum suka.

"Hud." Suara dari belakang Nayla menegur.

Hud mendongak kepala dan memandang gerangan di belakang tubuh Nayla.
Berubah riak wajahnya. Tegang.

Nayla turut memusingkan tubuhnya ke arah suara yang menegur suaminya itu.

Tubuhnya mengeras. Maisara? Macam mana dia boleh ada di sini?

"It's been a while since I saw you . I tumpang meja you boleh? Semua meja dah full." dengan suara gediknya.

"No! Cari meja lain." Halang Hud dengan suara garangnya. Tidak mahu Maisara merosakkan mood makan tengahari mereka.

"Semua meja dah full."

"I said-" Suaranya mula menaik satu oktaf. Namun sempat dihalang oleh isterinya.

"Awak." Nayla menggeleng kepalanya. Tidak mahu Hud membuat drama di khalayak ramai.

"Thanks. Your friend ke? Baiknya." Laju saja dia melabuh duduk di sebelah Nayla. Mata tak lepas dari memandang Hud.

"My wife. Makan cepat sayang. Nanti lambat nak pergi rumah bonda. Tetiba rasa panas kat sini." kata Hud dengan suara sinis.
Tidak betah duduk semeja dengan perempuan itu.

Nayla dengan segera menghabiskan sisa makanannya sebelum mereka bangun dari tempat duduk tanpa pedulikan kehadiran Maisara di situ.

Dia menarik tangan Nayla ke kaunter bayaran sebelum bergerak ke kereta. Nayla hanya menurut langkah Hud tanpa bersuara.

Tahu suaminya itu sedang menahan amarahnya. Dia tidak dapat mentafsir raut wajah suaminya tika ini.

Tapi kenapa nak marah lagi?

Tergamam Maisara setelah mendengar penyataan Hud tadi. Wife? Dia dah kahwin?

Dia beranggapan yang Dhia hanya main-main sahaja tempoh hari. Tidak sangka Hud betul-betul sudah berkahwin.

********

Masing-masing senyap sepi di dalam kereta. Hud dengan pemanduannya.
Nayla setia menatap wajah Hud yang masih tegang.

Nayla mencapai tangan kiri Hud yang
sedang memegang gear itu di bawa ke ribanya.

Nayla mengelus tangan itu penuh sayang. Ditekan-tekan urat tangan kekar yang timbul itu. Minda cuba menyangkal perkara negatif yang bertandang.

Nayla Adeena : His Forever (Slow Update)Where stories live. Discover now