11 Hours To Boston: Bab 22

1.8K 93 3
                                    

Hening

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hening. Keheningan ini nampaknya bakal berterusan. Wanita berhoodie maroon bersama dengan winter coat bewarna kelabu gelap di sisinya dipandang sekilas.

Liur diteguk beberapa kali. Perasaan ingin tahu yang terus menerus menyelubungi diri, buatkan dia akhirnya menyusun dan mula membuka tutur bicara.

"Dengan siapa you cakap?"

"Anak."

Anak? Sepatah jawapan, dalam sekelip mata menusuk tajam hatinya. Ghaze kebisuan seketika. Dia kaku. Apa yang sedang berlaku sekarang? Dia sudah taruh hati pada isteri orangkah?

"Y..you dah kahwin?" Nadanya berubah suram. Dia pandang Dura yang duduk berhadapannya di sofa yang tersedia di tengah-tengah kawasan lobi ini.

Pandangan mata itu... Ya, berkaca.

Tiada sahutan. "You dah kahwin dan ada anak nama Estela? Tapi you selamba turun flight Boston dan sekarang hampir sebulan di sini? Kenapa berkelakuan seolah you anak dara sedangkan you mak orang? Kenapa layan I? Kenapa bagi I harapan? Kenapa biarkan I masak you bubur? Kenapa biarkan I beli dan bagi you ubat? Kenapa buat I jatuh hati sedangkan you dah halal pada lelaki lain?"

Untuk kali pertama dalam sejarah hidupnya, dia rasa sakit yang sebegini. Mengapa dia boleh jatuh hati pada wanita yang rupanya milik orang lain? Siap dengan anak. Habis dia? Apa yang dia perlu buat? Bagaimana sekarang?

"I tak bagi you harapan. I tak suruh you masakkan I bubur. I tak suruh you beli dan bagi I ubat. I tak suruh you jatuh hati dengan I. I tak kenal pun you."

Mendatar. Riak wajahnya tidak berperasaan. Kelakuannya seperti seseorang yang telah mati jiwa. Mengapa? Ghaze menyoal diri.

"J..jadi betul you dah kahwin? Orang yang you cakap dalam phone tadi, anak you?" Lagi sekali soalan yang Ghaze lontarkan tidak menerima sebarang jawapan.

Dia angguk berat kepalanya. Punggung mula diangkat. Sejurus selepas itu, kaki panjangnya mula dihayun ingin berlalu pergi. Namun... Hatinya meronta menyuruh mulut meninggalkan sesuatu.

Pesanan. Yang penuh makna.

"Sudahlah. Back to your home.. makin sejuk di sini, you kan demam. Jangan lupa makan, lepas tu makan ubat."

Buat seketika, Ghaze rasa hendak hentak kepalanya di dinding. Bodoh. Sudah tahu Dura Elayni itu isteri sah seseorang, mengapa ditinggalkan lagi pesanan sebegitu?

Baru dia hendak kembali melangkah pergi, "I ada anak, nama dia Estela. Tapi Estela binti Abdullah. You nak tahu kenapa?"

Ghaze rasa jantungnya berdegup kencang. Nanti... Mengapa dia rasa dia sudah pun boleh agak tentang sambungan yang bakal Dura lontarkan?

"Estela tu anak haram!"

Zap!!

Entah mengapa sakit yang Ghaze rasakan seolah-olah sakit yang datangnya dari wanita itu. Dura berdiri, dia yang meloloskan diri terlebih dahulu. Dibiarkan saja jejaka itu berdiri tegak dengan keadaan kejung kaku di hadapan sofa lobi bangunan apartment mereka ini.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now