BAB 4

12 1 0
                                    

     "Abang Qeeyy!! Bangun!! Dah pukul 9!! Tak payah nak melantak sangat tido tu mengalahkan orang tak tidur seminggu!" Jerit Fatin sebaik sahaja membuka pintu bilik abang keduanya.

     "Hurmmm...ish, kau ni menyemak lah, time ni lah aku nak tido puas-puas." Kata Ayden sambil menekup bantal ke mukanya.

     "Eh bangun je lah!! Mama suruh buang sampah laa!!" Marah Fatin sambil mengambil bantal yang ditekup dimuka Ayden.

     "Halah!! Ko pergi lah tolong sekejap!!" Kata Ayden yang sedang duduk walaupun marah.

     "Ha alang-alang dah duduk tu bangun lah terus." Kata Fatin lalu beredar namun sempat dia mematikan suis aircond bilik Ayden.

     "ISH ATIN!! PROBLEM LAH KAU NI BUKAK JE LAH AIRCOND TU!! PAHAL TANGAN TU GATAL SANGAT GI TUTUP!!" Marah Ayden yang baru saja baring semula di atas katil empuknya itu. Ayden lalu pergi ke arah bilik air di dalam bilik tidurnya untuk membasuh muka dan gosok gigi.

Setelah segar, Ayden turun ke tingkat bawah dimana terletaknya dapur.

Setibanya di dapur, Puan Sharifah sedang membasuh pinggan kotor di sinki. Dengan senyap Ayden berjalan ke arah Puan Sharifah dan....

     "BAA!! MORNING MAMA!!" Jerit Ayden betul-betul di sebelah telinga ibundanya. Siapa je tak terkejut kan kalau dah disergah macam tu.

     "Oh mak kau!" Melatah Puan Sharifah sambil memegang senduk ditangannya. Macam nak berkarate dah mak orang tu.

     "Ish! Qeey ni! Teringin sangat ke senduk ni sampai kat kepala Qeey? Kalau teringin sangat cakap je tak payah buat macam tu bila-bila je mama boleh buat." Marah Puan Sharifah sambil berpura-pura menghayun senduk tadi ke arah Ayden.

     "Wowo...mama tak pe kut, nanti biul kepala anak mama yang hensem ni." Kata Ayden sambil melangkah beberapa tapak ke belakang. Kalau tak nak kepala biul, sila melangkah ke belakang.

     "Eww perasan. Papa lagi hensem kot." Kata Tuan Taufeeq yang baru turun dari tingkat atas.

     "Eh papa, bila balik?" Tanya Ayden kepada bapanya.

Zayn Taufeeq atau lebih dikenali sebagai Taufeeq merupakan seorang Ketua Polis Bahagian Jenayah Berat di Cyberjaya. Berumur 53 tahun. Bapa kepada 3 orang anak.

     "Malam tadi. Time tu Qeey dah tido. Malas kejut. Kalau kejut pon bukannye bangun." Kata Tuan Taufeeq sambil menjeling anak keduanya.

     "Hehe..." Sengih Ayden.

     "Ha Qeey tolong pergi buang sampah kejap." Arah Puan Sharifah kepada anaknya sambil menghulur seplastik hitam berisi sampah sarap.

     "Okeyh." Sepatah jawapan Ayden lalu dia pergi buang sampah tersebut. Tak de lah jauh sangat pon.

Selepas Ayden pulang, mereka bersarapan berempat tanpa Haqeen dan Harraz. Haqeem sudah berada di tempat kerjanya daripada awal pagi tadi selepas menghantar Harraz ke rumah keluarga belah Alya.

Sememangnya perkara biasa yang mereka buat semasa makan ialah berborak dan bergurau senda. Riuh meja makan tersebut walaupun hanya ada 4 orang kerana keluarganya memang jenis Talk Machine. Tak berhenti cakap. Sehinggalah...

     "Abang Qeey, Carl macam mana? Mesti makin hensem kan? Bila dia nak lepak rumah ni lagi?" Soalan tersebut diajukan kepada Ayden dan ditanya oleh Fatin. Ayden yang sedang makan dengan tenang terus berkerut mukanya.

     "Hello? Abang Carl ye. Die jauh lebih tua dari ngkau kau tau tak?" Kata Ayden sambil menekankan perkataan Abang itu.

     "Ala...nanti kalau dah jadi suami tak panggil abang dah kan panggil baby." Kata Fatin. Senyum miang ditayangkan.

Will You Be Mine?Where stories live. Discover now