Bab 42 🎭🖤

591 57 6
                                    

TUBUH Adam terundur ke belakang apabila Nadine menolak kuat tubuhnya. Adam mengetap kuat rahangnya apabila dia diperlakukan kasar oleh kakaknya sendiri.

"Yang Adam pergi belasah anak orang sampai nyawa-nyawa ikan itu kenapa hah? Nak jadi gangster?! Kalau lelaki itu mati macam mana? Adam nak masuk penjara?!" jerkah Nadine. Dia ingin meluru ke arah adiknya itu tetapi cepat saja Emir merangkul pinggangnya untuk menahannya dari menyerang Adam.

Adam hanya diam dan tunduk memandang lantai. Penumbuk dikepal kuat. Geram dia apabila kakaknya salahkan diri dia yang hanya ingin pertahankan maruah isterinya.

"Jangan jadi bodoh sangat boleh tak! Ini sampai nak pukul kepala dia guna besi bagai!"

"Well... It's better than used a golf stick," perli Adam selamba. Dia memandang Nadine dengan wajah kosong. Renungan tajam kakaknya ditantang dengan berani. Sementara itu Emir sudah terkebil-kebil. Apa kena mengena dengan batang golf pula ini? Dia ada ketinggalan apa-apa ke? Sebab yang lain macam faham saja apa yang Adam cuba sampaikan kecuali dia!

"You... Son of-"

"We come from the same sperm donor, my sis."

"Bitch." Sambung Nadine perlahan apabila Adam memotong kata-katanya. Melopong Emir dibuatnya apabila isterinya mencarut. Terus dia merangkul erat pinggang isterinya dan meletakkan jari telunjuk pada bibir.

"Haip! No carut-carut ya Humaira! Nanti baby dalam perut ini dengar macam mana?" Spontan perut Nadine diusap lembut. Mata Nadine beralih pula pada Emir. Dia merenung suaminya tajam.

Emir yang melihat renungan tajam itu tersengih tak bersalah.

"Adam... You shouldn't do that to him. Adam nak jadi pembunuh ke? Adam patut biar polis yang  settle kan hal berat itu. Macam mana kalau dia ada senjata waktu itu?" Puan Natrah mencelah membuatkan Adam memandang mummy nya.

"I would take any risk just to save my wife. Like you Kak Aisyah. Kak Aisyah sendiri marah apabila orang cuba bunuh suami Kak Aisyah. So do I. Adam tak akan berdiam diri bila ada orang cuba buat benda tak elok dekat isteri Adam. Adam akan pertahankan hak isteri Adam."

"Macam mana Kak Aisyah berhasrat nak bunuh lelaki yang cuba bunuh suami Kak Aisyah begitu juga Adam. Adam tak kisah kalau pihak polis nak ambil tindakan pada Adam. Yang penting lelaki itu dapat hukuman setimpalnya selepas apa yang dia dah buat pada isteri Adam. Lelaki itu... Memang patut mati dalam tangan Adam."

"Kalau semua orang nak marah Adam marahlah! Adam tidak peduli! Sikit pun Adam tak menyesal buat jantan keparat itu macam itu. Adam nak dia rasa apa yang isteri Adam rasa selama ini! I'll do anything for my wife. Mark my words." Adam menjeling tajam satu persatu wajah di situ lalu berjalan masuk ke dalam wad isterinya.

Nadine terkedu. Begitu juga dengan Puan Natrah. Sementara itu Encik Nazrie memicit kepalanya yang terasa sakit. "Awak tak patut cakap macam itu Nat. Kita kena faham perasaan Adam juga. Mungkin masa itu dia dikawal emosi tengok isterinya sudah berlimpah dengan darah."

"Yalah sayang... Apa yang ayah cakap itu betul. Awak marah-marah dia macam dia pula yang salah dalam hal ini. Dia cuma nak pertahankan hak isteri dia. Mana mungkin dia tak marah bila dia tengok lelaki lain cuba sentuh isteri dia." Emir menyampuk. Dia juga sokong kata-kata bapa mertuanya. Bahu Nadine digosok mahu menenangkan isterinya itu.

Masuk sahaja dalam wad Qaylisha, Adam melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Tangan Qaylisha dibawa masuk ke dalam genggaman. Adam memandang sayu wajah Qaylisha yang tampak pucat. Isterinya itu masih tidak sedarkan diri. Hentakan yang begitu kuat di kepala Qaylisha membuatkan wanita itu kehilangan banyak darah.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now