BAB 8

721 13 1
                                    

“Assalamualaikum…Mak!”

Sarimah  yang sedang menjerang air di atas dapur bergegas membuka pintu dapur bila mendengar suara memberi salam di luar rumah.

“Uwais? apa hal pagi-pagi lagi dah terjengul kat sini?”

“Dari surau tadi mak..malam tadi Uwais tidur di rumah Tuk Ayah..”
Jawab Uwais.

Dia tidak mahu berterus terang yang sebenarnya dia tidur di pondok semasa menunggu buah durian gugur.

“Dari surau? tapi..dari mana pulak kau dapat  buah durian ni?”

“Err..malam tadi,Uwais ikut abang Din pergi tunggu buah durian gugur mak..”

“Pulak? ada-ada ajalah kau ni…hah,tu nak ke mana?” Sarimah bertanya bila melihat Uwais bergegas  meninggalkan ruang dapur.

“Salin baju mak..”

Uwais masuk ke biliknya.Selepas menyalin pakaian dia ke dapur semula.

“Adik mana mak? tidur lagi?” Uwais membantu maknya menggoreng cekodok pisang.

“Hmmm..lepas subuh tadi tidur balik agaknya, biasalah…Anis tu pukul 2 pagi baru tidur.. study sampai ke pagi..tau ajalah, STPM tinggal berapa bulan aja lagi..”

“Mak tak ke pasar ke pagi ni? biar Uwais hantarkan…”

Kebiasaanya setiap Ahad,ibunya akan ke pasar membeli barangan basah.

“Nak juga..eloklah kau datang ke mari..mak pun terfikir nak telefon kau tadi…ni,yang kau datang sorang aja kenapa? menantu mak mana? takkan tak sudi menjengah ke teratak buruk mak ni…”

Uwais menarik nafas.Apa yang patut dia jawab.Maknya dah mula menyindir.

Bukan sekali dua maknya bertanyakan  Hannah..tapi dia selalu saja berat hati untuk mengajak Hannah ke rumah itu.

Entah Hannah mahu atau tidak..sedangkan dia selalu dihina inikan pula tempat tinggalnya yang sememangnya hanya sebuah rumah papan separuh batu.

“Dia tak berapa sihat mak…”jawapan itu terkeluar.

“Tak sihat? hai…dah berisi ke?” Sarimah mengerut dahi.

Pelik? kahwin baru dua minggu dah mengandung? ish..ntah-ntah anak aku ni “Pak Sanggup” tak? sebab itulah beriya sangat Tan Sri Idris tu nak kahwinkan cucu dia dengan anak aku yang cuma jual burger ni?

Dari awal lagi dia curiga dengan kesungguhan Tan Sri itu..apatah lagi bila mengatakan cara itu saja yang  akan membalas segala budi baiknya melangsaikan hutang pinjaman pelajaran anaknya dan juga hutang lintah  darat.

“Ke situ pulak mak ni…berisi apanya mak..kami kahwin baru 2 minggu..lagipun,Hannah belum bersedia lagi mak..”

Uwais segera mereka alasan..mustahil Hannah akan mengandung kalau mereka tidur berlainan bilik.

Lagipun,usahkan nak pegang..nak duduk dalam satu kereta pun bertekak sampai nak hilang suara..dia teringatkan kata-kata Hannah malam tadi..

“Ieee..saya tak ingin nak tidur satu katil dengan awaklah..” Uwais rasa sedih memikirkan rumahtangganya yang tidak seperti orang lain itu.

“Tak bersedia? ewah..muda sangat ke dia tu sampai tak bersedia? dah nak masuk 25 tahun.Elok sangatlah kalau jadi mak orang…kenapa? sibuk sangat dengan jawatan dia tu..apa ke namanya? CAO? huh..”

“CEO lah mak…”Uwais sempat ketawa.

“Whateverlah! sama aja bunyinya..”
“Uisk..mak dah pandai cakap omputih erk? sejak dapat menantu dari UK ni,dah maju ye?”Usik Uwais.

SUAMI YANG KUBENCIWhere stories live. Discover now