Bab 2

3.1K 38 13
                                    

“Kau cakap macam tu? Ya,Allah Hannah….kau tak boleh buat macam tu,dia tu suami kau Hannah..lagipun,kau sendiri tahu yang dia tu bukan banyak duit pun…kau dah rosakkan kereta dia..then,kau marah dia lagi…kau tak takut dosa ke?”
Hannah telan liur.Eii..aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak..agak-agaknya,aku ni dapat masuk syurga tidak nih..alahai,apsal aku rasa semacam aja nih..
“Mai..aku bukan sengaja pun nak cakap macam tu.Salah Uwais tu jugak,dia yang cabar aku…salah aku ke? kiranya aku pecahkan cermin kereta dia tu dengan keizinan la kan..sebab dia yang suruh..” Hannah tak mahu mengalah.Maira, sepupunya itu menggeleng.Bercakap dengan Hannah Maryam umpama bercakap dengan batu,takde maknanya!
“Kalau Tuk ayah tahu kau buat macam tu,siaplah kau…”
“Beranilah dia nak mengadu…”
“Hai..tak habis lagi? bila nak insaf kau ni? belajarlah merendah diri Hannah. Kalau tak dengan orang lain pun..dengan suami sendiri cukuplah. Apa masalahnya dengan Uwais tu? sebab dia orang kampung? atau..sebab dia cuma penjual burger? setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal Hannah. Aku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwin dengan Tengku  Muiz tu kan?..Hmmm…kalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana Hannah. Bukan dapat bawa masuk kubur pun…”
Maira meluahkan rasa tak puas hatinya.Hannah memang macam tu,sikap angkuh dan sombongnya tu bukan baru. Dari zaman sekolahnya dulu pun,semua kena sempurna. Nak berkawan dengan yang pandai saja, anak VIP dan nak berkahwin pun dengan yang berdarjat kononnya. Alih-alih,tak jadi juga…Baru tahu langit tinggi rendah bila Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan budak bawah umur..pun masih tak sedar lagi?
“Kau datang bilik aku ni,sebabt nak bagi tazkirah ni ke? aku takde mood la nak dengar…” Panas telinganya bila disindir.Maira mengeluh.
“Aku datang cuma nak hantar laporan kewangan,tu aja..Kau yang mulakan cerita pergaduhan kau dengan Uwais tu kan? kalau tak nak dengar nasihat…lain kali zip aja mulut tu…Lagipun,tak elok jaja hal rumahtangga kat orang  tau?” Maira bangun dari kerusi.Tiada tujuan lagi dia berada di bilik CEO itu. Kalau tak mengenangkan mereka sepupu,tak mahu dia nak masuk campur.
              Hannah bangun dari kerusi.Sebenarnya,apa yang dikatakan Maira berbekas dalam hatinya.Teruk sangatkah apa yang dia buat semalam? seingatnya,sebelum berkahwin lagi mereka sudah selalu bertikam lidah. Bezanya seminggu yang lepas dia sudah bernikah dengan Uwais. Secara rasminya,dia menjadi isteri dan wajib menuruti kehendak dan patuh pada setiap arahan suami?
            Salahkah kalau dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya? tak adil kalau dia disalahkan kerana dia tidak rela menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Uwais Ukasyah itu..Dia tak cintakan Uwais,jauh sekali nak berkasih sayang. Dia mahukan lelaki yang sempurna sebagai suami tapi macamana dia nak cintakan Uwais kalau dari setiap sudut pandangannya lelaki itu tidak sempurna?. Berat untuk dia akui bahawa jodohnya ini adalah takdir daripada Allah…Bagaimana dia nak paksa dirinya sukakan orang yang dia tak suka?
             Siapa yang mampu memahami situasinya sekarang? Baik Tuk ayah,mahupun saudara-maranya..tiada! Mungkin kalau arwah mama dan papa masih hidup, mereka akan memahami keadaannya sekarang…Tapi sayangnya,mereka hanya hadir dalam mimpinya saja.


           Lewat petang itu,Hannah tiba di rumah.Sebaik turun dari teksi dia mengatur langkah. .Pintu pagar dibuka.Bila dia melihat mini cooper hijau milik Uwais tiada di garaj,hatinya merasa lega.Dia tak peduli ke mana Uwais pergi,yang penting lelaki itu tidak ada ketika dia dalam keadaan kepenatan untuk bertekak mahupun bergaduh.
         Hannah berhenti melangkah bila melewati kerete Audi miliknya.Dahinya berkerut seketika.Spontan dia membelek tayar keretanya yang tidak lagi kempis.Mungkinkah Uwais sudah menukar tayar kereta itu? tapi..kunci kereta dia bawa ke pejabat? melainkan Uwais mengepam semula tayar kereta itu.
“Whatever!” Hannah malas nak fikir.Kalau semuanya okey,dia takde sebarang kes untuk merungut..Bukannya dia suka sangat nak bergaduh dengan Uwais.
Hannah meletakkan briefcase dan handbag di atas sofa.Dia kemudian ke dapur,membuka freeze dan mencapai sebotol air mineral.Sewaktu freez ditutup dia melihat sehelai kertas ditampal di dinding  freez.Kertas bertulis sesuatu itu diambil lalu dibaca.

Malam ni saya balik lewat,kunci saya ada bawa
kalau awak lapar sebelum saya keluar petang tadi saya dah buatkan
cheese burger untuk awk. Makan kalau lapar..awak tu bukan pernah masak pun!
saya letak dalam microwave..pandai-pandai la panaskan sndiri..
p/s  sy minta maaf pasal semalam…

            Hannah terkedu.Zap! sekejapan dia rasa seperti jantungnya disambar elektrik.Dia minta maaf? biar betul ni…
           Hannah sedikit senyum.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia senyum..mungkin kerana dia rasa seperti kemenangan berada di pihaknya kerana Uwais terlebih dahulu memohon maaf.
          Hannah membuka microwave.Ternyata memang ada cheese burger yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad sayur-sayuran.Masih panas lagi kerana Uwais meninggalkan microwave itu terpasang dalam suhu normal. Nak buat baik la konon…memang aku malas nak memasak pun..ada aku kisah?
“Nampak sedap tapi…bukan aku tengah boikot burger ke? Hannah berfikir seketika.Kalau dia makan burger ni,apa pandangan Uwais agaknya? huh,mesti dia bangga sebab akhirnya aku makan juga burger yang dia buat…” dia bercakap sendirian.
         Penat dan lapar.Nak masak memang dah malas sebab dah terlampau penat! nak pulak sekarang dia sedang berhadapan dengan burger!  ya…burger. Makanan “terlebih” khasiat inilah makanan kegemarannya..Apa yang dia hairan,kenapa dia sukakan burger tapi dia tak mampu nak sukakan penjual burger tu?
“Nak makan ke tak ni?”
Hannah mengeluh.Makan Hannah sebab kau dah terlalu lapar..
Dia mula berniat untuk menikmati burger itu di meja makan.
Jangan Hannah!! pulak? sebab apa pulak tak boleh? langkahnya mati.Berfikir lagi…
Kalau kau makan,maka jatuhlah ego kau nanti.Burger ni Uwais yang buatkan…Uwais? takkan kau dah lupa…Si penjual Burger? ya tak ya…nanti mesti dia ingat aku teringin sangat nak makan burger dia ni..
Hannah renung pinggan di tangan.Perut makin lapar dan burger itu kelihatan lazat dan cukup menggodanya.Makan ajalah!
Baru saja dia nak duduk di meja makan, kakinya tersadung kaki kerusi.
Pang!
pinggan di tangan jatuh.Hannah terkebil-kebil memandang burger yang dah x macam burger.Terpenyek habis.Jatuhlah pulak! huish…memang takde rezeki! ni mesti penjual burger tu tak ikhlas bagi kat aku…


         Uwais termenung di kerusi batu tidak jauh dari gerainya.Dia memandang beberapa pelanggan yang singgah di gerainya itu.Dah hampir 7 bulan,gerainya yang dulu kecil sekarang dah mampu menampung pelanggan yang lebih ramai.Siap dipasang LCD dan layar lebar untuk pelanggannya menghilangkan rasa bosan menunggu tempahan.Bukan setakat pelbagai jenis resipi burger,gerainya juga menghidangkan pelbagai menu westernfood yang lain.
“Uwais!”
         Seseorang menyapa dari jauh.Uwais sekadar mengangkat tangan.Sedikit senyuman dihulurkan.Dia tidak ada rasa untuk berbual dengan sesiapa.Biarlah Wahab,rakan kongsinya saja yang melayan mereka.Lagipun,tak perlulah dia rasa kalut kerana beberapa hari lepas,dia sudahpun mendapat seorang pekerja yang mampu digajikan.
Fikiran Uwais jauh melayang mengingati kejadian beberapa hari yang lepas.Sangkanya,kalau dia lebih bertolak ansur,Hannah akan bersikap lebih toleransi dengannya.Huh! toleransi pekebenda! perempuan tu memang dah melampau! kalaulah bukan kerana kesabarannya yang masih utuh,mahu saja ditampar muka Hannah sekuat hatinya..
      Kalau bencikan dia sekalipun,tergamak Hannah membuang cheese burger yang dibuatnya ke dalam tong sampah.Apa hina sangatkah sesuatu yang datang daripada pemberiannya? tak bolehkah Hannah menghargai keikhlasan orang lain.Sepatutnya dia yang dihidangkan makanan dari air tangan isterinya itu.Dia tak minta Hannah jadi isterinya yang terbaik.Dari hari pertama mereka bernikah pun dia tahu,Hannah langsung tak sukakan dia..bukanlah dia bodoh sangat nak faham airmuka Hannah yang langsung tak gembira.Dia sedar dia bukan anak jutawan,hartawan apatah lagi..nak melekat satu perkataan “wan” pun memang takde..namun begitu,sehina mana pun dia pada pandangan Hannah,dia tetap manusia..dia juga ada perasaan..dia seorang lelaki yang ada jiwa,ada rasa,dia berhak untuk merasa sensitif jika dirinya tidak dipedulikan.
    “Pipit dengan Enggang mana boleh terbang sama Uwais…”
Dia teringat kata-kata emaknya sebaik saja dia menerima saranan Tan Sri Idris untuk menikahi Hannah Mariyam.Dia bukan pipit yang mahu terbang bersama enggang..Tak pernah terlintas pun…Lagipun,dalam dunia manusianya,dia hanya menaiki mini cooper hijau yang selalu terbatuk-batuk enjinnya sedangkan Hannah? Audi A4 Cabriolet  itu saja cukup untuk buat dia rasa “kecil hati..”
        Menyesalkah dia kerana bersetuju.Hanya kerana bantuan Tan Sri Idris yang menyelesaikan segala hutang-hutangnya,dia rela menjadikan dirinya umpama bidan terjun dalam majlis yang bukan “miliknya”.
       Perkara sudah berlaku.Mungkin ada hikmah di sebaliknya…Tiba-tiba dia mengingati segala yang bermula dalam riwayat antara dia dan Hannah Maryam…






SUAMI YANG KUBENCIWhere stories live. Discover now