LISA!43

1.9K 59 17
                                    

"ALONG... tolong hantar bekal ni dekat rumah ustaz Azzam?" Afeef yang sedang bermain dengan telefon pintar mendongak memandang ibunya yang meletakkan bekal tingkat di atas meja kayu.

"Nak buat apa bagi ustaz Azzam?"

"Haritu, isteri dia bagi makanan dekat mak. Mak pulangkan bekal ni semula. Bawak hati-hati tau? Lauk berkuah dalam tu." Pesan Ustazah Zaiton. Afeef menggumam, malasnya dia nak keluar harini. Dahlah panas terik dekat luar sana.

"Kejap lagi along hantar–"

"Kamu ni kan, cuba kalau mak suruh buat sesuatu tu jangan kejap lagi? Lauk ni masih panas. Takkan nak bagi orang lauk yang dah sejuk? Kalau taknak tolong, takpelah. Biar mak saja yang pergi hantar." Baru saja ustazah Zaiton mahu mengambil semula bekal bertingkat itu, lantas ditahan Afeef.

"Yelah-yelah along hantar sekarang. Mak ni kecoh lah..." Afeef mengeluh berat. Dalam malas, dia gagahkan diri jugak untuk bangun. Bekal tingkat dicapai dan berlalu ke pintu rumah.

"Mak, kunci motor mana?"

"Takde. Abah kamu keluar pergi pekan. Rumah ustaz Azzam tu tak jauh, boleh jalan kaki."

"Mak..." Afeef mengeluh lagi.

"Dekat luar tu panas terik, takkan nak jalan kaki?"

"Kamu tu bukannya tua lagi, long...takkan suruh jalan pun malas? Orang muda zaman sekarang ni memang pemalas eh? Mak dulu pergi sekolah 15 kilometer jalan kaki. Hidup saja sampai sekarang? Takde kereta, motor pun boleh hidup?..." mulalah tu nak membebel. Lebih baik dia cau sekarang, kalau tak sampai lauk ni sejuk pun orang tua ni tak berhenti membebel lagi.

"Along pergi hantar sekarang, okay? Rumah ustaz Azzam tu kat mana?"

"Cari sendiri. Pepandailah kamu tanya orang kampung yang lalu-lalang." usai berkata begitu, terus ustazah Zaiton berlalu pergi ke dapur meninggalkan Afeef keseorangan yang masih terpinga-pinga. Biar betul mak aku ni? Dah lah suruh jalan bawah terik matahari, kena cari jalan nak ke rumah orang tua tu lagi. Aduh, malas betul aku macam ni!

.

Setelah hampir 30 minit berjalan berbantukan pertolongan Usop, kawan yang dia jumpa semasa melepak di warung haritu. Nasib baik lelaki tu ada, kalau tak entah ke mana dia merayau sampai ke sudah tak jumpa rumah ustaz Azzam. Dia fikir rumah orang tua ni dekat tepi jalan, rupanya kena jalan lagi masuk ke dalam baru jumpa. Kalau takde orang tolong, memang dia akan sesatlah jawabnya.

"Assalammualaikum..." Salam diberi. Ustaz Azzam yang sedang mengait jala di bawah rumah menjawab salam tersebut. Afeef menundukkan kepala ke bawah rumah tatkala suara itu kedengaran di bawah sana. Senyuman manis diberikan pada lelaki separuh abad tersebut.

"Siapa tu?"

"Saya Afeef, anak ustaz Yahaya." Ustaz Azzam diam seketika sebelum mengangguk. Baru dia teringat akan lelaki itu, maklumlah faktor umur.

"Ada apa datang sini? Cari siapa?"

"Saya datang nak hantar bekal, ustaz. Mak saya masak."

"Oh, ha kau pergi belakang sana ada pintu dapur. Masuk saja. Letak bekal tu atas meja makan. Bini aku takde, dia keluar pergi jumpa jiran dekat hujung kampung sana." Balas Ustaz Azzam, bibirnya dimuncungkan ke arah kiri menunjukkan dimana arah isterinya berada. Afeef hanya mengangguk. Langkah dibuka ke belakang rumah seperti yang diarahkan.

Nampak saja pintu kayu yang terbuka, terus dia berjalan ke arah pintu tersebut. Langkah kakinya tiba-tiba terhenti apabila dia terdengar bunyi kuali dan sudip berlaga di dapur. Kepala dijengukkan ke dalam. Ada orang tengah masak. Dari belakang nampak macam Sumayyah.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now