LISA!53

1K 58 2
                                    

MATA dibuka perlahan-lahan. Perkara pertama yang dilihat adalah siling berwarna putih. Imran cuba menggerakkan tangannya namun ia terasa agak pedih. Lelaki itu menghela nafas berat. Sakit dadanya telah berkurangan namun masih terasa.

Klerk...

Bunyi pintu mengalihkan perhatian Imran. Ekor matanya melihat ke arah susuk tubuh yang baru saja masuk ke dalam wad yang didudukinya.

"Sara..." Nama wanita itu diseru. Sara pantas menoleh. Biji matanya terbeliak.

"Imran!" Wanita itu berlari ke arah Imran. Butang merah di atas kepala katil ditekan untuk memanggil doktor. Imran mengamati wajah resah Sara. Bawah mata wanita itu sembab dan pucat tak seperti selalu.

"Dah lamakah aku tak sedarkan diri?" Sara mengangguk. Melihat wajah Imran yang pucat dan badan lelaki itu yang semakin kurus membuatkan dirinya bertambah sedih dalam masa yang sama dia gembira kerana lelaki itu akhirnya telah sedarkan diri.

Tak lama selepas itu, Doktor Maya bersama tiga orang jururawat masuk ke dalam wad yang diduduki Imran. Sara berganjak ke belakang untuk memberi ruang kepada Doktor Maya melakukan pemeriksaan terhadap lelaki itu.

Setelah selesai, Doktor Maya menoleh ke arah Sara.

"Sara, jumpa saya di luar sekejap?" Pintanya. Sara mengangguk lalu dia mengekori langkah doktor wanita tersebut keluar dari bilik wad bersama jururawat-jururawat yang lain.

Imran melihat sekeliling. Dia cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku. Seingatnya, dia dilempang oleh pak long Habib sebelum jatuh terjelopok ke atas lantai. Dunianya berpusing. Kepalanya sakit. Hidung dan mulutnya berdarah sebelum dia pengsan.

Mesti mummy sedang risaukan aku sekarang...

Mesti semua orang dah tahu penyakit yang sedang aku hadap...

Klerk!

Lamunan Imran mati tatkala dia melihat wajah muram Sara. Wanita tersebut melabuhkan punggung di kerusi sebelah katilnya.

"Kau okay?" Tanya Imran. Sara merenungnya dalam. Kelopak matanya berkaca-kaca. Dia menggelengkan kepala.

"I tak okay... Kenapa you buat kitorang macam ni? Kalau you bagitahu awal, you dah sihat sekarang..." Sejurus itu, Sara menghamburkan tangisannya di depan Imran. Imran hanya diam. Tangannya naik mengusap lengan Sara.

"Doktor cakap apa tadi?" Soal Imran lagi. Tubuhnya dikuatkan untuk bangun dari perbaringan. Baring terlalu lama buatkan badannya lenguh yang teramat.

Sara lantas bangun membantu lelaki itu untuk bangun. Satu alat kawalan dicapai lalu punat putih ditekan. Kepala katil bergerak ke atas untuk mod 'duduk'. Ucapan terima kasih diucapkan Imran.

"Doktor cakap... You dah tak banyak masa lagi. Doktor suruh I contact mummy and daddy you untuk proceed jalankan operation pada you secepat mungkin."

"So, lepas operation tu aku masih berpeluang untuk hidup?"

"I don't know, maybe 50-50." Imran hanya mengangguk. Dia mengeluh kecil.

"Kenapa you tak bagitahu kitorang pasal ni? Kenapa you diam? You tahukan kanser ni bahaya?"

"Tahu. Bukan aku taknak bagitahu tapi aku takut mummy pulak yang jatuh sakit. Dahlah aku ni satu-satunya anak kesayangan dia."

"Then, why you didn't tell me?"

"Why should I?"

"Cause I love you, Idiot!" Air mata Sara mengalir lagi. Jari-jemarinya mencengkam skirt labuh yang dipakai, cuba menahan diri dari menghamburkan tangisan yang sudah tak terkira lagi.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now