EPISODE 2

1.6K 69 0
                                    

Hari ini ialah hari pernikahan sekali gus, hari perkahwinan aku. Tanpa aku kenal siapa lelaki yang bakal bimbing aku selepas ini

"Kita mula sekarang ya ?" Kata ayahku. Semua orang hanya mengangukkan kepala. Aku melihat kearah pengantin lelaki. Muka dia bersih tanpa sebarang misai dan jambang. Mata hazelnya membuatkan dia kelihatan lebih tampan

Manakala Aiman langsung tidak memandang kearahku

"Bismillahirrahmanirrahim. Aku kahwin kan dikau dengan anak perempuan ku Tengku Elisya Amani Binti Tengku Khaleed dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai" Sekali lagi aku memandang kearah bakal suamiku. Bila tengok lagi sekali. Muka dia hampir sama macam Ariff. Harap perangai pun samalah

"Aku terima nikahnya Tengku Elisya Amani Binti Tengku Khaleed dengan mas kah--" Belum sempat pengantin lelaki menghabiskan ayatnya, kedengaran suara jeritan di tengah tengah majlis. Siapa lagi kalau bukan aku

"AAAA!! LIPAS!!" Terus aku memeluk tubuh pengantin lelaki. Dia memandang ku pelik

"Bunuh lipas tu!!" Arahku. Dia memberi pandangan tajam kearahku

Akhirnya lipas itu berjalan keluar. Fuh..lega rasanya..bukan aku sorang je yang jerit

"Ekhem..belum halal belum halal.." Ujar ayah ku. Aku terus melepaskan pelukkan itu. Aduh! Pipi aku tambah blusher pulak! Malu malu..

"Ok..kita mula kan sekali lagi ya?.." Sambungnya. pengantin lelaki hanya mengangukkan kepala

"Semoga tak ada lipas lagi lah ya.. Bismillahirrahmanirrahim.Hans Aiman bin Han Eric.. Aku kahwin kan dikau dengan anak perempuan ku Tengku Elisya Amani Binti Tengku Khaleed dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai" Sempat lagi dia sindir aku!

"Aku terima nikahnya Tengku Elisya Amani BintiTengku Khaleed dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai"

"Sah ?"

"SAH" Balas semua orang dengan serentak. Kini aku sudah digelar isteri orang. Aku terus menghela nafas panjang ! Kini aku lelaki itu melihat kearahku. Bukan dengan tatapan gembira, tetapi dengan tatapan tajam. Tatapannya membuat aku takut

Beberapa minit kemudian, aku terus pergi ke ruang makan.

Buk ! Siapa pulak yang aku langgar ni ? Malunya.. aku mengangkat wajahku. Ingin melihat kearah orang itu. Aku terdiam sebaik saja melihat wajahnya. Ariff ?

"Ariff ? Awak buat apa kat sini ?" Soalku. Mungkin dia kenalan pengantin lelaki kut

"Elisya ? Saya patut tanya awak. Awak buat apa kat sini?" Soal Ariff. Mungkin dia tak perasan aku pengantin. Aku pakai baju kurung biasa je

"Saya pengantin perempuan." Balasku ringkas

"Awak kenalan pengantin lelaki ke?" Soalku pula. Ariff sudah ternga nga. Masih tidak percaya dengan kata kataku tadi

"Awak p-pengantin perempuan ? Kenapa awak tak pernah cakap dengan saya yang awak nak berkahwin ?" Soalan berbalas soalan. Rasa bersalah mula muncul dalam diri

"Maaf Ariff, saya kena paksa kahwin..saya tak nak malu kan family saya..awak buat apa kat sini ?" Soalku sekali lagi. Aku melihat wajahnya. Wajah kecewa. Aku tahu dia menyukaiku

"Saya adik pengantin lelaki..ha ha ha, tak sangka orang yang saya suka sekarang jadi kakak ipar saya" Balasnya. Dia menghadiahkan aku senyuman. Jelas itu senyuman hambar. Kini giliran aku pula yang ternga nga

Patutlah muka hampir sama..tapi..kalau dia adik pengantin lelaki..maksudnya..aku kakak ipar dia?!

"Woy rif ! Kau pergi mana sial ? Aku dok cari kau,kau tahu tak ?" Kata seorang lelaki yang tiba tiba datang dari belakang Ariff. Dia..suami aku ?

"Siapa perempuan ni ? Oh ini bini aku ? Huh ! Kau tahu lah nasib kau !" Katanya sebelum dia menarik tangan Ariff pergi dari situ.

Aku terus menelan air liur dengan kasar.

Ariff menghentikan langkahnya sebelum dia kembali berjalan kearahku

"Bye sya..and..congratulations..saya doakan korang bahagia" dia kembali berjalan meninggalkan aku

Kenapalah kau suka buat aku rasa bersalah Ariff!!

Aku melihat mereka berjalan dari jauh. Aiman mengetuk kepala Ariff. Aku hanya menahan gelak saat melihat aksi itu.

"Macam mana ? Isya okay tak ? Handsome kan suami Isya ? Ibu harap ini pilihan terbaik untuk Isya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana ? Isya okay tak ? Handsome kan suami Isya ? Ibu harap ini pilihan terbaik untuk Isya.." Ujar ibuku. Aku hanya menganguk kepalaku perlahan tanpa memberi apa apa reaksi. Dari kata kata lelaki tadi, aku tahu dia langsung tidak menyukai ku

"Bu..boleh tak malam ni isya tidur dengan ibu ? Isya takut lah.." Kata ku secara tiba tiba. Ibu terus memandang tepat kearahku

"Kenapa ni ? Isya kan dah ada suami..tidur lah dengan suami Isya" balas ibuku

"Dia kahwin dengan isya pun sebab terpaksa kan ? Persoalan isya ialah, dia anggap isya isteri dia tak ?" Soalku. Ibuku terus terdiam. Kehilangan kata kata

"Isya takut dia benci isya..mana lah tahu dia dah ada orang lain, maksudnya isya jadi yang ketiga lah ye bu ? Isya taknak.." Sambung ku lagi. Ibu terus memegang pipiku dengan lembut

"Isya jangan risau ye nak..ibu yakin Aiman ialah lelaki yang baik.." Balas ibu. Aku memberi dia senyuman pahit

"Isya jangan fikir pasal tu sekarang ni.. Isya masuk aje bilik dulu..ibu kenal Aiman tu dah lama..Isya jangan risau" Sambungnya. Aku hanya mengangukkan kepalaku sebelum aku masuk ke bilik tidur

"urut kaki aku !" Tiba tiba Aiman bersuara. Nasib baik aku tak melompat

"A-awak cakap dengan saya ke ?" Soalku. Manalah tahu dia cakap dengan cicak ke. Tiba tiba aje bersuara

"Habis takkan aku bercakap dengan cicak ?! Kau ni bengap ke apa ?!" Tengkingnya. Bahuku terus terhinjut. Terkejott

"Eem..baik" aku hanya menurut perintahnya. Perlahan lahan aku menarik stokinnya. Lalu menyapukan minyak panas ni bahagian kaki itu. Tiba tiba dia menendang minyak tu. Habis kena seluruh tangan aku. Rasa sangat panas. Sakit.. Aku harap dia tolong aku, tapi harapan aku disia sia kan. Dia hanya melihat aku merengek kesakitan

"Kau ni bising lah ! Kau ingat aku ni kesah ke dengan kau ?!" Dia menarik tudung aku lalu bercakap betul betul disebelah telinga ku

"Perempuan macam kau ni memang suka buat drama kan? Contohnya..Kau dah bagi diri kau dekat jantan. Lepastu kau ulang balik cerita. Dia rogol kau? Pandai kau buat drama kan?" Belum apa apa lagi aku dah rasa nak tumbuk muka laki ni. Suka hati dia je nak fitnah aku

"Saya masih hormat awak sebagai suami. Jangan sampai rasa hormat saya tu hilang." Balasku. Aku bangun dari katil

"Suami? Sejak bila aku ada isteri? Aku rasa aku ada bakal isteri je." Ujar Aiman selamba. Baru hari pertama dah cadang nak madukan aku

"Ha pergi lah. Pergi menggatal nanti saya suruh ayah sunat awak lagi sekali" aku berjalan keluar dari bilik itu. Reaksi Aiman membuatkan aku ketawa

Comel betul kalau dia terkejut

Bersambung..

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)Where stories live. Discover now