EPISODE 26

1.4K 51 13
                                    

Dengan tangan yang digenggam kuat. Dia masuk ke dalam sebuah hospital. Mukanya ketat. Langsung tiada secalit senyuman. Seorang Hans Ariff langsung tidak mahu diganggu hari ini.

BUK!

Satu tumbukkan padu diberikan di pipi sebelah kanan Aiman. Namun jejaka itu hanya diam membisu. Dia pandang kearah lantai. Diam.

Ariff meramas rambutnya dengan kasar. Geram. Sedih. Marah. Kecewa. Semua bercampur aduk. Moodnya untuk pergi ke kerja terus hilang apabila mendengar khabar berita daripada Aiman.

"Aku tahu kau tak suka Elisya. Aku tahu kau tak suka anak dia. Tapi kau sedar tak apa kau buat man?" Suara Ariff sudah naik seoktaf. Baru saja dia ingin melayangkan satu penumbuk di muka Aiman. Tangannya ditahan oleh seseorang.

Harris..

"Tepi sial! Kau jangan tahan aku!" Mata hijaunya merenung tajam kedalam mata coklat milik Harris. Namun Harris membalas tatapannya dengan berani.

"Uncle.." Tangan Ariff jatuh. Langsung hilang segala rasa marah. Hanya gadis yang bernama Erina dapat membuatkan Ariff tenang. Bagaimana jika gadis itu meninggalkan dia suatu hari nanti?

"Rina.." Panggil Ariff. Mata mula sayu. Air mata bertakung. Dia memeluk erat tubuh kecil Erina sebelum meletakkan gadis itu di atas ribanya.

"Uncle..kenapa dengan mommy cu?" Soal Erina. Dia melihat kearah Ariff yang sedaya upaya menahan tangisan.

"Mommy cu.." belum sempat Ariff menghabis kan ayatnya. Pintu bilik di buka dari dalam. Terus Ariff terbangun dari duduknya.

"Ini keluarga patient ke?" Soal doktor itu. Ariff orang pertama yang mengangukkan kepala. Sekarang mata doktor itu tertuju pada Ariff

"Awak suami patient ke?" Soalan itu dilempar kan pada Ariff. Dia tidak menjawap. Hanya memberi jelingan maut pada Aiman.

"Maaf kan saya ya encik..isteri encik mengalami keguguran. Dia masih tidak sedarkan diri. Kandungannya sudah mencecah 7 bulan. Tapi malangnya..Tuhan lebih sayangkan dia." Panjang lebar doktor itu berucap. Kaki Ariff terasa longgar. Dia kembali menganggam tangannya.

Kolar baju Aiman dicengkam kuat. Langsung tidak peduli pandangan sekeliling. Dengan pantas Harris menahan Ariff daripada menghadiahkan Aiman sebuah penumpuk padu.

"Ariff! Kita dekat hospital." Dingin Harris berkata. Dia tidak mahu Ariff melakukan kekecohan di situ. Ariff menarik nafas panjang sebelum dia kembali bertenang. Hanya muka yang kelihatan tenang tetapi sebenarnya hati dia merancang untuk mandulkan Aiman.

"Encik boleh melawat pesakit tapi jangan ramai ramai ya" Ujar doktor itu sebelum pergi meninggal kan mereka sekeluarga. Tanpa menghiraukan yang lain. Aiman terus masuk kedalam bilik itu.

"Assalamualaikum Elisya.." dia melabuhkan punggungnya pada kerusi yang berada di sebelah katil pesakit. Hatinya sayu melihat wajah pucat sang isteri. Satu kucupan penuh makna diberikan pada dahiku.

"Aku..minta maaf Sya.." dia meletakkan wajahnya di tapak tanganku. Suaranya berubah serak. Air mata mula bertakung di tubir mata.

"Sya..buka lah mata..abang rindukan Sya.." Dia langsung tidak perasan yang dia telah gelarkan dirinya 'abang'. Peduli apa? Dia nak isteri dia kembali. Tengku Elisya Amani. Isteri sah Hans Aiman. Tidak mahu yang lain.

Air matanya jatuh di tanganku. Sayu.

Dia tidak boleh nafikan. Dia memang mula menyayangi Elisya. Isteri sahnya. Disebabkan ego semua hancur. Di sebabkan ego. Dia kehilangan anaknya. 'Bagaimana Elisya bertahan? Bagaimana dia boleh bertahan dengan suami dayus?' Soalan itu terus bermain di fikiran Aiman.

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)Where stories live. Discover now