EPISODE 8

1.2K 60 0
                                    

"Bangun Tengku Elisya Amani !" Kejut Aiman. Aku terus terbangun

"Ye wak ? Kenapa ? Ada apa apa jadi ke?" Soalku. Dia memberi aku tatapan tajam sambil menggeleng kepalanya

"Kau nak pergi tandas tak?" Soalnya pula. Aku menggeleng kepala

"Kau jaga kereta kejap, aku nak pergi tandas"

"Hmm" balasku

Beberapa minit kemudian kembali masuk ke dalam kereta

"Awak.."

"Diam." Aku belum habis cakap lagi dia dah suruh diam

"Iye iye, saya diam !" Ujarku sebelum kembali tidur

Buka buka mata je dah sampai kat Cameron. Aik pelik. cepat betul dia bawak kereta..tak pun aku masih lagi kat alam mimpi !

"Hoi ! Kau termenung apa ?" Soal Aiman sebaik saja melihat aku pandang kiri kanan

"Termenung masa depan" balasku selamba

"Orang macam kau ni ada masa depan ke ?" Ayat dia buat aku makin benci kat dia..tapi tak apa, aku akan tetap cuba untuk dapatkan hati dia

"Insyaallah, hanya Allah yang tahu.." dia diam.

"Awak..kita dah sampai kan ? Mana mommy dengan Hanan? Rindu lah.." Sambungku lagi

"Mommy dengan Hanan je? Ariff kau tak cari?" Eleh, tahu lah cemburu

"Saya cari dia juga..nak bagi benda ni" aku menunjukkan sebuah kotak kecil

"Apa tu? Kau ni isteri aku tau? Kau sibuk nak bagi jantan lain hadiah dah kenapa ? Kau curang dengan adik aku eh?" Soalnya. Mataku automatic membulat. Aku tengah menahan emosi

"Awak fikir saya ni apa? Saya tahu lah dosa pahala !"

"Cih, terpaling.."ucapnya sinis

"Cakap dengan cermin ke.." bisikku perlahan. Dia memberi aku pandangan tajam

"Upss dengar ke?" Baru saja dia mahu datang dekat kearah ku tiba tiba sebuah kereta tiba. Aku tahu tu mesti kereta mommy !

Beberapa saat kemudian Hanan keluar dari kereta lalu berlari kearahku. Dah macam budak tadika !

"Akak!!" Jeritnya sebelum dia memelukku. Buat drama kat sini

Ariff terus jalan kearah kami kemudian dia mengusap kepala Hanan dengan lembut. Fuh, bestnya ada abang yang lembut macam ni

"Assalamualaikum, hai Cha..lama tak jumpa, Cha sihat?" Soal Ariff prihatin. Aku memberi dia senyuman manis sebelum membuka mulut

"Waalaikummusalam Al-" belum sempat aku berkata Aiman sudah memegang pinggangku dengan erat

"Yayang, Abang penat lah..masuk dalam jom? Mesti yayang sejuk duduk luar ni kan?" Nak terkeluar biji mata aku bila dengar perkataan yayang dengan abang yang keluar daripada mulut dia. Aku terus memandang tepat kearahnya

Dia menghadiahkan aku senyuman manis sebelum menarik pinggangku masuk ke dalam

Sampai saja di dalam bilik aku terus melepaskan pegangan dia lalu melihat tepat kedalam matanya yang berwarna coklat muda itu

"Kenapa panggil saya yayang? Tak ada panggilan lain ke?"Aku tergelak kecil. Dia merapatkan aku kedinding lalu memerangkapku dengan kedua dua tangannya

"Kau nak aku panggil apa? Bie?" Gulp ! Terus jadi susah aku nak telan air liur

"A-awak sendiri yang kata jangan panggil abang ?" Soalku

"Kita kena lah berlakun sikit 4 hari ni.." bisiknya. Aku mengangukkan kepala

Hanan mengajak ku untuk berborak jadi aku hanya ikut kan saja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hanan mengajak ku untuk berborak jadi aku hanya ikut kan saja

"Kak, akak dengan bang Man dah berbaik ke macam mana? Dia dah insaf ke? Kenapa beryayang yayang tadi?" Soal Hanan. Soalan apa ni ? Pipi aku terus memerah

"Dia nak bertaubat.." balasku sebelum kami sama sama tergelak

"Seronoknya ketawa ye bie? Abang nak peyuk cikit.." ucap Aiman manja. Membulat mata aku saat melihat dia disebelahku

Dia menyandarkan kepalanya di bahuku. Ibuu! Anak mu nak pengsan !

"Eee geli ! Abang pergi lah sana! Hanan nak borak dengan akak ! Pergi lah jalan jalan dengan bang Rif" halau Hanan. Aiman memberikan dia tatapan tajam sebelum pergi dari situ

"Akak tahu tak? Hanan kan still belajar kat uni..lepastu Hanan dapat sorang lecture baru ! Garang giler lecture tu ! Macam sin-" Kata kata Hanan terpotong saat melihat sebuah kereta datang kearah kami

"Tu mesti kawan mommy..jap Hanan panggil mommy" Aku mengangukkan kepala. Hanan sudah masuk ke dalam rumah untuk memanggil ibunya. Beberapa saat kemudian dia kembali keluar

Aku melihat dia salam seorang perempuan kira kira berumur seperti mommy.

"Assalamualaikum Aunty Mia.."ujar Hanan kemudian orang yang digelar aunty Mia itu menjawap salam itu sebelum menghadiahkan senyuman manis

Hanan terus mengalihkan pandangannya ke arah seorang lelaki. Tinggi kira kira 180 cm keatas. Mata warna biru, hidung mancung, ni jenis jenis lelaki yang ramai minat. Kemudian aku melihat muka Hanan berubah terkejut dan cuak. Sama juga seperti muka lelaki itu

"E-emm Aunty m-masuk lah dulu..mommy dekat dalam.."kemudian aunty itu masuk kedalam bersama suaminya. Manakala anak nya masih lagi berdiri di depan Hanan

"Oh my students Hanan? Anak best friend mak saya? What the.." ucap lelaki itu sambil mengangkat sebelah keningnya

"Sir ! Shh jangan kuat kuat !" Balas Hanan sambil meletakkan jari telunjuk dibibirnya. tanda diam

"Hanan..awak datang family day ni..awak dah siap ke kerja yang saya bagi?" Tegas lelaki itu berkata. Muka Hanan berubah cuak

"Alaa sir..nanti lah saya buat..balik nanti saya janji saya buat !" Hanan mengangkat tangannya kemudian lelaki itu pergi meninggalkan nya berdiri di situ sendirian

Bersambung..

𝐃𝐈𝐀 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊𝐊𝐔 (OG)Where stories live. Discover now