HANLEA - BAB 4

1.7K 81 0
                                    

Perlahan Eleanor melangkah masuk ke lobby pejabat milik Dato' Ghaz untuk menghadiri mesyuarat. Beberapa staff bawahannya pasti sudah tiba.

Sengaja dia mahu gerak berasingan dengan pekerja-pekerjanya supaya usai sahaja mesyuarat, boleh lah dia terus berdesup ke sekolah Aihan dengan superbikenya.

Eleanor mengetuk pintu bilik lalu masuk ke dalam bilik mesyuarat dan melabuhkan punggungnya ke kerusi berdekatan dengan beberapa orang pekerjanya.

"Sorry lambat," ucap Eleanor sopan.

"It's okay," balas seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya.

Berkerut dahi Eleanor memikir siapakah gerangan lelaki ini.

"Err, Dato' Ghaz mana?" soal Eleanor.

"Dia tak sihat. So, I cover dia untuk hari ni dan seterusnya. I Rafiq. Rafiq Harez," bangun lelaki itu sambil menghulur tangannya pada Eleanor untuk berjabat.

Bingkas Eleanor bangun dari duduk dan menyambut tangan lelaki itu sebelum memperkenalkan dirinya juga.

"Hai Rafiq. Eleanor Nadra. Call me--" terhenti sebentar ayat Eleanor. Mana satu ek? El? Elea? Lea? Eleanor? Berkira-kira di dalam kepala panggilan mana yang sesuai.

"--anything," sudahnya itu yang dibalas Eleanor.

Ketawa semua yang berada di situ.

"Anything? I panggil you darling boleh? Suits you." Selamba Rafiq mengusiknya di hadapan staff mereka.

Terkelu Eleanor memandang tepat wajah lelaki itu.

"Sure, no problem. Harap tak ada girlfriend or wife you yang marah nanti," balas Eleanor tersenyum dan melepaskan tangannya dari Rafiq. Malas mahu mengambil serius dengan usikan Rafiq.

Rafiq tersenyum lebar.

'Attractive!'

"Okay, shall we begin?" soal Rafiq pada semua ahli mesyuarat. Mengangguk semua dan mula masing-masing membuka helaian senarai agenda yang akan dibincangkan petang itu.


*****


Tidak senang duduk Eleanor sekejap-sekejap matanya melirik pada jam di tangan. Hampir 3.30 petang. Kepala otak sudah merempit ke sekolah Aihan untuk bertemu dengan lelaki itu. Hanya jasad sahaja yang masih tinggal di bilik mesyuarat itu.

Rafiq yang sedari awal mata tidak lepas dari menatap wajah cantik Eleanor perasan akan kegusaran gadis itu.

Cepat-cepat dia merumuskan intipati mesyuarat sebelum mereka bersurai. Bingkas semua bangun dari kerusi untuk keluar dari bilik mesyuarat.

"Kami balik office dulu ya bos," ujar Aiman salah seorang pekerja bawahannya.

"Okay Aiman. Nanti tolong e-mail dekat I input meeting tadi," arah Eleanor lembut.

"Jom Cik Darling I hantarkan you ke lobby,' pelawa Rafiq sopan dan memberi laluan pada Eleanor untuk berjalan mendahuluinya.

"Alah, susah-susah je. I ingat lagi lah jalan nak keluar ke lobby," balas Eleanor tersenyum sambil tangannya meleraikan rambutnya yang sedari pagi dia sanggulkan.

Terangkat kening Rafiq merenung gadis yang sedang berjalan beriringan dengannya sambil tangan cekap menyanggulkan kembali rambut itu.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now