HANLEA - SPECIAL CHAPTER 3 ✨

1.4K 66 0
                                    

Berpelukan Eleanor dan Sofiyah di muka pintu. Sudah lebih dua bulan dia tidak bertemu dengan ibu mertua kesayangannya ini akibat masing-masing terlalu sibuk.

Disebabkan hujung minggu ini Aihan sibuk dua hari mengetuai kursus untuk guru baru di pusat tuisyen, terus sahaja Eleanor meminta Aihan untuk menghantarnya ke rumah Sofiyah.

Tidaklah bosan hujung minggunya siang dan malam. Kurang-kurang, ada juga masanya terisi dengan aktiviti bersama ibu mertuanya dan Nek Mi.

"Lamanya tak jumpa Lea. Masuk-masuk. Umi baru je siapkan sarapan. Ayah ada dekat dapur. Sarapan sekali meh," pelawa Sofiyah.

Aihan meletakkan bagasi kecil mereka di dalam bilik tidur lantas mencium tangan dan pipi uminya.

"Laju-laju nak pergi mana ni Han? Tak nak makan dulu ke?" Tegur Sofiyah.

"Han start kursus pukul 8 umi. Lagi 15 minit. Han takut lambat. —manja jangan lupa makan, jangan nakal-nakal, apa-apa Whatsapp aku," terus diraih tubuh Eleanor ke dalam dakapan. Dicium dahi, pipi dan bibir Eleanor sekilas.

'Ish dia ni. Lupa ke depan umi!' Marahnya di dalam hati.

"Kalau aku lambat, tidur dulu eh manja. I love you!" Pesan Aihan lagi sebelum mencicit dia keluar dari rumah masuk ke dalam Myvi hitam berkilatnya itu.

Sekelip mata hilang bayang kereta suaminya.

"Sibuknya suami Lea tu," ujar Sofiyah lantas menarik tangan menantunya lembut menuju ke dapur.

Eleanor meraih tangan Arian bapa mertuanya dan dicium hormat.

"Sebulan dua ni Han sibuk sangat umi. Waktu cuti selalu dia tak ada," muncung bibir Eleanor seraya duduk di sebelah Sofiyah untuk bersarapan.

Tidak sempat Sofiyah ingin membalas, terdengar suara anak-anak kecil terjerit-jerit dari luar.

Muncul si kembar Aryssa dan Ku Adlee di muka pintu dapur dengan wajah riang.

"Nyekmi! Tokyah!" Jerit Ku Adra riang lalu berlari memeluk Sofiyah yang sedang duduk di kerusi makan itu.

"Adam pulak nak calam!" Berebut-rebut mereka ingin mencium Sofiyah dan Arian.

"Adra Adam! Tak nampak mummy ke?!" Bercekak pinggang Eleanor berdiri sambil mengetap bibir geram.

"Eh! Mummy Eya!" Berlari masing-masing ke arah Eleanor.

"Alolo budak dua debot ni! Lamanya tak jumpa! Tak rindu mummy Eya ke?"

"Indu! Mummy Eya omok!" Petah Ku Adra berkata-kata sambil memicit pipi Eleanor.

Terbuntang mata Eleanor memandang Ku Adra tidak percaya.

"Adra, janganlah jujur sangat!" Sampuk Aryssa yang baru sahaja tiba di dapur. Terlepas tawa Ku Adlee di belakang melihat wajah kelat Eleanor dikomen begitu oleh anak daranya.

"Adam, mummy Eya omok ke?"

"Tak. Mummy Eya antek!" Balas Ku Adam tersenyum.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now