HANLEA - BAB 36

1.9K 73 0
                                    

Masuk sahaja mereka ke dalam rumah, Aihan mula mengunci pintu dan menutup suis lampu dan berlalu ke bilik mereka. Eleanor terus ke bilik air membersihkan diri. Selesai sahaja mandi, Eleanor menukar baju basahan mandinya ke baju tidur seksi tetapi comel yang telah dihadiahkan oleh Aryssa.

Baju satin tanpa lengan bersama seluar pendek separas atas peha berwarna krim diambil lalu dipakai Eleanor. Mengerling dia pada Aihan yang tiba-tiba fokus duduk di meja kerja menghadap laptop. Selesai Eleanor berwangi-wangian, menuju dia ke arah Aihan.

"Baby Han..."

"Ya manja..."

"Awak busy ke?" Tanya Eleanor. Dipeluk leher Aihan dari belakang lalu mengintai skrin laptop suaminya.

"Sorry manja. Give me ten minutes boleh? Aku lupa nak siapkan sikit slide untuk kelas tuisyen Sabtu ni. Sabtu ni aku cuti, jadi aku kena bagi material mengajar dekat cikgu yang ganti aku tu," balas Aihan.

Terganggu sekejap fokusnya apabila terbau wangi dari tubuh isterinya.

"Hmm, okay. Saya tunggu awak," ujar Eleanor lalu mencium pipi Aihan sebelum berlalu ke arah rak buku Aihan.

Dikerling isterinya yang sedang memilih buku untuk dibaca. Tertelan air liurnya melihat Eleanor yang seksi mengenakan pakaian tidur itu.

'Ya Allah budak ni, sabar je lah aku. Ada yang tak siap kerja aku ni karang,' getus hati Aihan. Cuba dia untuk fokus menyiapkan slide secepat mungkin untuk dihantar kepada pusat tuisyen.


Setelah 20 minit, bahan mengajar yang telah disiapkan Aihan terus dihantar melalui e-mail kepada pusat tuisyennya. Bangun dia ingin menuju ke arah Eleanor di katil yang tadinya sedang membaca, tetapi terhenti langkah apabila melihat isterinya sudah terkulai lena dengan buku di tangan.

"Haih manja... tadi baru je tengok kau tak tidur lagi," gumam Aihan.

Ditutup lampu utama dan membiarkan lampu tidur sahaja yang berfungsi. Dia merebahkan badannya di sebelah Eleanor lalu diambil buku di tangan isterinya dan diletakkan di atas meja kecil tepi katil.

"Tak tidur awal konon..." tersenyum Aihan mengingat janji manis Eleanor untuk tidak tidur awal malam ini demi ingin mendapatkan baby. Ditarik selimut bagi menutup tubuh isteri yang separuh terdedah itu. 

Telefon bimbit diambil apabila terdengar notifikasi masuk. Dari Ean. Terus dibuka mesej itu.


Ean
- Oi, mana gambar kahwin?
Dah nak seminggu aku tunggu ni.

- Aku nak bagi je apa yang ada ni ha, tapi Elea
tak bagi. Dia suruh tunggu gambar cantik siap
dari fotografer. Kau sabar je lah. Karang merajuk
dia aku bagi gambar yang ada ni.



Ean
-Hmm. Eh, aku nak bagitahu ni, hari tu
mummy dengan uncle Jimmy tiba-tiba je
macam nak abort mission

- Maksud?

Ean
- Diorang kata diorang dah malas nak
teruskan misi. Susah. Mummy cakap dengan
aku, dia nak fokus naikkan balik bakery dia.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now