HANLEA - BAB 18

1.6K 65 0
                                    

Loceng sekolah berbunyi nyaring. Aihan mengerling jam tangannya sebelum mengemas buku-buku di atas meja.

"Lusa saya nak buat kuiz untuk dua bab. Probability and Trigonometric Functions. Dua bab mudah pada saya tapi saya tak tahu kenapa tak ada seorang pun yang boleh score dalam dua topik ni except Syahmi."

Auto mendada Syahmi bila mendengar namanya dipetik.

"Tak payah nak riak sangat Syahmi," jeling Aihan.

"Please buat latihan, latihan, latihan. Add math ni mudah kalau kita selalu buat latihan. Kita akan jumpa macam-macam cara penggubal akan pusing soalan. So, kalau selalu buat latihan, korang mesti akan familiar dengan soalan-soalan yang korang dapat nanti. Faham?"

"Faham sir! Terima kasih sir," berdiri masing-masing menunduk hormat pada Aihan sebelum keluar dia dari kelas menuju ke bilik guru.

Baru dia mahu melepaskan lelah, terima pula satu panggilan.

"Hello?" jawab Aihan malas.

"Hello? Err, Cikgu Arif?" suara wanita dihujung talian menyapa telinga Aihan.

"Ha, ya saya. Siapa ni?" tanya Aihan.

"Ni saya Harlina, ibu kepada Umar. Saya minta maaf Cikgu Arif, saya ganggu ke?"

"Oh puan, tak tak. Saya baru habis kelas. Kenapa puan?"

"Semalam Umar ada beritahu saya yang Cikgu Arif nak jumpa saya bincang pasal Umar di sekolah. Tapi saya rasa buat masa ni, saya tak dapat nak ke sekolah berjumpa dengan cikgu. Saya rasa malu sangat dengan cikgu. Saya harap cikgu faham. Tu yang saya call ni, nak minta kalau kita boleh berbincang melalui telefon sahaja boleh?"

"Tak apa, saya faham. Erm, kalau macam tu, boleh saya set call esok?" tanya Aihan sambil menyelak jadualnya di atas meja.

"Okay boleh cikgu. Terima kasih ya faham keadaan saya," sayu kedengaran suara Harlina di hujung talian.

"It's okay puan. Saya faham. Jangan risau ya."

"Baik cikgu, terima kasih sekali lagi."

Aihan mematikan talian. Wajah diraup perlahan. Tiba-tiba teringat akan Eleanor.

'Senyap je budak tu. Okay ke tak? Sibuk kot minggu exam,' bisik hati Aihan.

"Rep, nah list bajet untuk panitia math yang kau minta semalam." Hafiz menghulur fail pada Aihan yang sedang bersandar di kerusi.

"Oh, thanks. Gila perform lah buat kerja." Komen Aihan selamba.

"Ni Apis lah. Aku tak suka bebankan orang nak tunggu kerja aku lama-lama. Cukuplah aku menjadi beban di Mobile Legend."

"Pfftt! Praktis banyak lagi Pis. Tak penat ke jadi beban. Hidup asyik kena maki je nanti," seloroh Aihan.

Hafiz mencebik. Tahu lah dia tu dah nak naik level Mythic. Takbur pulak!

"Eh, kau minggu lepas asal cuti tiga hari tu? Tak sempat aku nak tanya." Hafiz mula mode membawang.

"Kawan kakak aku masuk hospital, tak ada yang jaga dia, aku tolong uruskan."

"Kawan kakak kau? Yang jadi pengepit dengan kau hari tu? Siapa ke nama dia?"

"Lea--"

"Ha! Lea!" Terangguk-angguk Hafiz. Tiba-tiba bibir tersenyum nakal.

"Kau dengan dia ada apa-apa ke Rep?"

"Tak ada lah. Asal?" soal Aihan. Hafiz mencebik.

'Iya lah tu. Hari tu layan minah tu bukan main sweet lagi. Kalah orang dah kahwin. Tak nak mengaku eh?' getus hati Hafiz.

HAN'S: HIS SHINING LIGHT | C | ✔️Where stories live. Discover now