QN 5

2.5K 107 2
                                    

Hari minggu itu, mereka tiga beranak menuju ke Kampung Kuala Dingin, Serdang. Kampung Pak Lang Azizan.
Sudah agak lama Nuryn tidak balik kampung. Sibuk dengan kerja membataskan masanya untuk menziarahi tok.

Keluarga bapa Nuryn amat dihormati di kampung tersebut. Moyangnya dahulu yang membuka kampung tersebut. Arwah tokwan Nuryn merupakan ketua kampung di situ.

Walaupun ketua kampung sudah bertukar mengikut kerajaan yang memerintah tetapi  keluarga Tok Abd.Rahman masih dihormati di kampung tersebut.

Setibanya mereka di kampung, mereka disambut dengan senyuman mesra Tok Pah.

"Mak, tok duk senyum-senyum tu macam ada sesuatu ja." bisik Nuryn kepada ibunya.

"Tulah, mak pun pelik tengok tok Yin. Abang Jan, mak tak bagitau apa-apa ka kat Abang Jan?"

"Dak pun. Abang pun hairan tiba-tiba ja mak panggil balik."

Tok Pah menunggu dengan sabar di atas tangga. Macam nak sambut menteri la pulak.

"Amboi hangpa kalau nak mai tengahari baru sampai. Tu kira nak makan tengahari terus la ni. Nasib baik aku masak awai. Kalau tunggu hangpa mai baru nak masak, alamat kita makan malam la."

Tudia kalau maharani bertitah mau bernanah telinga. Mak Yam dan Nuryn langsung tidak kisah sebab dah faham sangat dengan perangai Tok Pah.

Dulu Mak Yam selalu sentap dengan Tok Pah kerana Tok Pah selalu condemn
Mak Yam. Apa yang Mak Yam buat semuanya tidak kena dimata Tok Pah.

Bila dah berpuluh tahun menjadi menantu Tok Pah akhirnya Mak Yam akur, malas nak sentap dan merajuk lama-lama. Dia pun jadi macam Pak Lang Azizan buat pekak dan buat bodo-
bodo bila Tok Pah berleter.

"Haa..tunggu apa lagi, mai la masuk cepat. Ingat aku nak nak hampaq karpet merah kat hangpa ka?"

Nuryn dan Mak Yam terseringai. Pedih dengan kata-kata Tok Pah.

"Nak naik la tok. Tok sihat?"

"Dah tercegat macam tugu negara ni kira sihat la."

Aduh! Kena setepek. Nuryn dan ibubapanya masuk beriringan. Pak Lang Azizan memang tidak banyak cakap apabila berhadapan dengan ibunya. Dia hanya menurut apa saja suruhan Tok Pah tanpa bantahan.

Selesai makan tengahari, mereka semua kecuali Nuryn berkumpul di ruang tamu. Nuryn sengaja menyibukkan diri di dapur kerana tidak mahu mengganggu perbualan orang-orang tua.

Dia membancuh kopi, mana tahu sebentar lagi mereka bertekak boleh juga basahkan tekak. Eh! Nuryn tergelak sendiri.

"Awat mak panggil kami balik ni?"

Pak Lang Azizan memulakan bicara. Dia cukup faham dengan ibunya. Mesti ada sesuatu yang penting untuk disampaikan bila jumpa face to face. Bukan tak boleh telefon.

"Mak nak jodohkan anak kak ngah hang, Azmir dengan Nuryn."

Pak Lang Azizan dan Mak Yam saling berpandangan. Wajah Mak Yam dah berubah keruh.

"Tapi mak depa orang kaya, Azmir pula lulusan luar negara. Mana padan engineer dengan pekerja kilang."

Mak Yam cuba membantah. Dia bukan tidak suka jika Nuryn berjodoh tetapi dia tidak suka dengan perkahwinan sesama saudara. Dia mencuit paha Pak Lang agar turut membantunya membuat bantahan tetapi Pak Lang macam biasa jika arahan ibunya dia tidak sesekali membantah.

Dia akan diam seribu bahasa. Sejak azali Pak Lang akan akur dengan apa yang diatur oleh Tok Pah. Tok Pah angkat tangan tanda suruh diam. Mak Yam ketap bibir. Geram.

"Mak tak mau hangpa adik beradik terputus silatulrahim. Nanti bila mak tak dak nanti hangpa bawak diri masing-masing."

Tok Pah buat ayat sedih. Mak Yam diam , mata menjeling Pak Lang tapi Pak Lang hanya menunduk. Huh tak hek pun tak.

Nuryn terpaku di muka pintu. Tangannya yang sedang menatang dulang menggeletar hebat. Tidak! Dia tidak sanggup berkahwin dengan sepupunya sendiri. Not in this life.

Dia dah anggap sepupu-sepupu lelaki yang tua daripadanya sebagai abang.
Berkahwin dengan sepupu banyak risikonya. Banyak hati yang kena jaga.
Hatinya sendiri bagaimana?

Dia tahu susah untuk melawan cakap Tok Pah dan sememangnya bukan sifatnya melawan atau membantah cakap orang tua. Mestikah dia membalas jasa Tok Pah ketika dia tinggal bersama Tok Pah dulu?

"Lagi pun hari tu dia bertunang dengan orang luar putus jugak kan. Lebih baik kahwin dengan sepupu sendiri."

Bila Tok Pah dah bentangkan hujah, harus terdiam siapa yang mendengarnya. Kenapalah dulu Tok Pah tidak menjadi lawyer saja?

'Memang aku takkan menanglah kalau cakap dengan mak.' Mak Yam hanya boleh berkata dalam hati.

"Mak dah tanya ka dekat kakngah? Azmir bagaimana pulak? Dia mau ka?"
Mak Yam tanya bertubi-tubi.

"Mak tak tanya lagi tapi mak yakin depa mesti setuju punya."

Yakinnya kamu hebatnya kamu. Nuryn tersengih sendiri.

"Macam nilah mak. Mak tanya dulu keluarga kakngah. Kalau depa setuju kira kami pun setujulah."

Pak Lang beri kata putus. Dia dan Mak Yam pasrah jika itu jodoh untuk Nuryn.
Sebagai ibubapa mereka memang mahukan yang terbaik untuk puteri kesayangan mereka.

Nuryn sudah panas di muka pintu dapur. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk ke ruang tamu. If you can't fight them, joint them. Betul tak betul lantaklah kau Nuryn.

"Ni pasaipa muka macam tertelan biji durian? Ada masalah negara yang tok kena pi PBB ka?"

"Ni masalah hang la. Ada saja akai nak kenakan tok noo. Hang dengan arwah tokwan hang sama ja. Suka usik tok."

"Mentor Yin tu."

"Hang bila nak tukar kerja?"

"Eh! Tukar apa pulak. Yin okey ja kerja kat situ."

"Hang tak mintak cikgu lagi ka?"

"Yin tak minat la tok."

"Hang kena cari kerja yang elok sikit. Cerah masa depan. Kerja kilang ni payah dapat jodoh. Orang tak mau menantu kerja kilang."

"Tok, semua tu jodoh tok. Kawan Yin ramai ja yang kahwin. Okey ja Yin tengok."

"Cukup makan ka kerja kilang ni?"

"Mak..la ni pun dia yang tanggung kami sekeluarga." Mak Yam bela Nuryn.

Pak Lang ajak anak dan isterinya balik apabila keadaan nampak bertambah panas.

"Tapi kita tak abih bincang lagi ni." Tok Pah protes.

"Tak pa nanti bila semua setuju mak telefon saja. Kami dah beri kata putus kan tadi."

"Hmm baiklah. Bawak keta elok-elok. Mata hang pun bukannya cerah dah la ni." Sebagai ibu nasihat masih tidak lekang dari bibir tuanya.

Dalam perjalanan pulang, keadaan dalam kereta sunyi sepi. Masing-
masing melayan perasaan sendiri. Mak Yam terpaksa buka mulut. Dia perlu memberitahu rancangan Tok Pah kepada Nuryn.

"Yin.. tadi tok kata.."

"Yin dah dengar tadi mak."

Pak Lang dan Mak Yam saling berpandangan.

"Jadi..apa pen.."

Nuryn memotong cakap Mak Yam.

"YIN TAK SETUJU."


************************************


Ahhh sudah Yin tak setuju pula.
Mau perang besar dengan Tok Pah.
Jeng..jeng..jeng.

Thanks for reading and vote.

CikInzzz.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now