QN 34

1.9K 98 0
                                    

Qaid dan Anita sedang rancak bersembang sehinggalah seorang jejaka kacak menegur mereka.

"Sorry sayang..lambat sikit..ramai kat tandas tadi." Kata pemuda tadi kepada Anita.

Qaid dan Anita berpaling dan serta merta satu senyuman manis terukir di bibir Anita. Qaid memandang hairan. Rasanya dia tidak mengenali pemuda tersebut kemudian dia berpaling pula kepada Anita, bertanya dalam senyap siapakah si dia yang memanggil sayang kepada Anita.

"Oh! Maaf Qaid..perkenalkan Aidil Norman bin Datuk Nazman"

"Tunang kepada Anita Wardah binti Rasyid. Nice to meet you."

Wajah Anita merah padam setelah Aidil Norman memperkenalkan diri.
Celupar pula mulut tunang dia hari ini. Dia sebolehnya hendak menyembunyikan status tunang itu daripada Qaid. Dia rasa tidak selesa jika Qaid mengetahui yang dia sudah ada pengganti.

"Qaid Uzair..bekas ke..ops kawan sekolah dulu..kira classmate." Qaid hampir tersasul.

"Datuk Nazman dari Tetuan Nazman and Friends kan. Wahh!"

Siapa tidak kenal dengan Datuk Nazman, peguam terkenal di seluruh negara. Peguam yang selalu memenangi kes berprofil tinggi. Mempunyai barisan peguam yang handal. Ramai ahli politik dan orang kenamaan yang menggunakan khidmatnya. Sekarang Datuk Nazman sudah bersara dan firmanya diterajui oleh anaknya pula, Aidil Norman pemuda yang berada di hadapan Qaid sekarang.

Qaid berasa amat rendah diri apabila bersama Aidil Norman. Rasa dirinya begitu kerdil. Untung Anita mendapat pasangan yang hebat dan berjaya. Nampaknya Anita berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang yang terkenal dalam bidangnya melalui Aidil Norman.

Qaid hanya dapat memerhati dengan sayu kemesraan Anita dan Aidil Norman. Tangan sasa Aidil Norman sentiasa melekat di pinggang Anita. Hairan. Qaid hairan dulu Anita amat menjaga tata susila seorang gadis timur tapi sekarang boleh pula berpegangan tangan dengan bukan mahram. Qaid akur, manusia bisa berubah.

Seperti Nuryn walaupun dah tercabut tudungnya tapi tetap menjaga adab apabila berhadapan dengan bukan mahram. Tidak sesekali bertepuk tampar atau memegang orang asing.
Arrgghh..kenapa aku fikirkan Nuryn pula ni. Qaid geleng kepala.

"Kami nak pergi makan ni. Please join us. It's a pleasure to meet Anita's friend."

"Eh..tak apa..kawan saya dah tunggu dalam restoran Sushi King tu. Maybe next time."

Qaid terpaksa menolak kerana berasa tidak selesa untuk bersama Anita dan tunangnya.

"Sayang..dah panggil Qaid ke kenduri kita?" Aidil Norman tanya Anita.

"Alaa..lupa pula..sorry Qaid." Anita mencari kad jemputan di dalam tas tangannya. Setelah berjumpa dihulurnya kad itu kepada Qaid.

"Datang tau Qaid..maaf I buat kenduri sekali dengan Norman kat KL. Datanglah kalau you free."

"InsyaAllah..Anita tak jemput Nuryn sama ka?"

Muka Anita berubah apabila mendengar nama Nuryn. Dia sudah lama tidak menghubungi Nuryn..
terlupa sebenarnya setelah dia ke luar negara. Berjumpa rakan sealiran dengannya membuatkan dia terlupa sahabatnya di sekolah dan dia juga malu untuk terus berhubung dengan Nuryn kerana pekerjaan Nuryn yang tidak setaraf dengannya.

"I dah lost contact dengan dia. Rumah dia pun I dah lupa kat mana."

"Kalau Anita nak dia.."

"Tak..tak perlu..I tak nak dia hadiri majlis I, buat malu saja bawa pekerja kilang dalam majlis I."

"Tapi.."

"Jom sayang kita dah lambat ni. Got to go Qaid. Jumpa lagi."

Setelah saling mengucapkan selamat tinggal, Qaid berjalan menuju ke restoran Sushi King untuk menyertai Kai dan Rahul. Malangnya seleranya sudah hilang.

Bagaimana seorang yang lemah lembut dulu boleh menghina sahabat karibnya sendiri hanya kerana taraf pekerjaan yang tidak sama. Qaid geleng kepala memikirkan perkara itu. Kau dah banyak berubah Anita.

Nasib baik Nuryn tidak ada bersamanya tadi, jika tidak mesti Nuryn akan berasa sedih. Persahabatan mereka bukanlah setahun dua tetapi dari sekolah rendah lagi.

Mungkin juga ada hikmahnya apabila mereka berpisah. Qaid rasa Anita tidak dapat menerima pekerjaannya bukan kerana dia sibuk tetapi taraf pekerjaan mereka tidak sama. Peguam dengan polis..seperti enggang dan pipit. Bukan sahaja darjat keturunan yang menjadi alasan malah perbezaan pekerjaan juga boleh menjadi penghalang kepada sesuatu perhubungan.

Kalah Nyonya Mansur. Nasib kaulah Kasim Selamat.

"Wahh! Makan tak ajak!" Suara gadis yang amat mereka kenali menerjah ke pendengaran mereka.

Rahul dah tersedak. Kai segera menghulurkan air kepada Rahul. Kai tersengih melihat Nuryn menghampiri mereka. Qaid tidak terkata apa-apa. Faham sangat dengan perangai Nuryn. Tu kira kepala dah okey la tu..boleh duk jerit di khalayak ramai.

Nuryn mengambil tempat di sebelah Qaid walaupun tidak dipelawa oleh tiga jejaka tersebut.

"Aku tak ganggu kamu semua kan." Tanya Nuryn sambil sengih tayang gigi.

"Taklah cik Nuryn..jom join kami. Lagi ramai lagi meriah. Kan Qaid."

"Yalah cik Nuryn..boleh ja makan dengan kami lagipun bukan selalu kami dapat makan dengan cik Nuryn. Kalau Qaid tu lain la."

"Hehe sporting juga kawan-kawan Qaid ni ya. Haa Qaid umi kirim salam."

"Kau baru balik dari sana ka? Umi sihat? Adik-adik?"

"Haah..baru sampai..aku nak beli barang sikit..tu yang singgah sini. Umi dan adik-adik semua sihat."

"Kau tu dah okey?"

"Alhamdulillah..tak sia-sia aku cari umi.
Umi dah nasihatkan aku macam-
macam. Sekarang aku dah tenang."

"Nasib baik kamu semua makan kat sini. Saya memang kempunan nak makan lama dah tapi tak ada sapa nak teman. Kawan -kawan saya tak suka makan sushi." Kata Nuryn kepada Kai dan Rahul.

"Tak apa cik Nuryn..lepas ni ajak saja
kami. Kami sentiasa available kan Rahul kan."

Rahul hanya mengangguk tanda setuju dengan Kai.

"Yes..I like..suka pula saya berkawan dengan kamu. Bolehkan Qaid aku berkawan dengan kawan-kawan kau."
Nuryn minta kebenaran Qaid.

"Whatever float you boat Nuryn. Be my guest." Kata Qaid tetapi kemudian dia berbisik pula kepada Nuryn.

"Jangan lupa kau akan bertunang tak lama lagi."

"Isyy..mati selera aku dengar perkataan tunang ni."

Tak selera pun Nuryn makan dengan lahapnya. Betullah kata orang, perempuan bila stress mesti nak makan dengan banyak. Qaid hanya memerhati Nuryn makan. Dia tekad tidak mahu menceritakan pertemuannya dengan Anita..takut selera Nuryn hilang pula nanti.

Selesai makan Kai dan Rahul meminta diri untuk pulang. Qaid pula hendak temankan Nuryn membeli barang. Dia sendiri tidak tahu apa yang Nuryn nak beli.

"Kau nak beli apa Nuryn?"

"Aku nak beli tudung..ni pun aku ambil tudung Qalisha." Nuryn tunjuk tudung sarung yang dipakainya.

"Alhamdulillah..kali ni kau kena istiqomah tau, jangan duk tanggal-
tanggal dah. Dah nak jadi isteri orang."

"Baiklah ustaz..umi dah pesan tadi. Eh! Lama aku tak dengar kau bagi ceramah
rindulah pulak."

"Tak apa..lepas ni kau akan dengar aku bagi ceramah hari-hari tapi takut nanti bernanah telinga pula."

Nuryn pandang pelik kepada Qaid. Entahlah apa yang Qaid merapu pun dia tak pasti.

Qaid hanya senyum senang. Dia sudah tekad. Jika sebelum ini hatinya berbolak balik tetapi hari ini dia yakin.

Yakin seyakinnya.

**********************************

Thank you @Dhamirahazwani..Luv u.

Happy reading and thank you for the vote.

Stay safe stay sweet

CikInzzz

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now