QN 46

2.1K 101 0
                                    

Nuryn merajuk lagi. Setelah selesai kes Ito Nakamura, Nuryn telah memberi surat perletakan jawatan kepada Mr.Samy. Mr.Shinji tidak mahu menerima perletakan jawatan Nuryn dan menasihati supaya berfikir dengan lebih mendalam lagi.

Mr.Shinji dan Mr.Samy amat sayangkan Nuryn kerana kerjanya yang amat bagus. Susah untuk mencari pengganti secekap Nuryn. Oleh itu mereka memberi cuti selama sebulan untuk Nuryn menenangkan fikirannya.

Nuryn kini berada di rumah Tokwan Ali dan Tok Siah. Hanya di sini dia dapat menenangkan fikirannya. Sebenarnya bukan kerana kerja yang membuat Nuryn runsing tetapi pertelingkahan kecil dengan paklang.

Di rumah paklang:

"Pak, Yin rasa nak batalkan pertunangan ni..boleh dak pak?" Dengan suara lemak bersantan Nuryn cuba memujuk paklang.

"Awatnya?" Mak Yam pula yang bersuara. "Hang jangan buat pasai Yin..
kali ni nampak macam nak jadi kenduri..takkan tak mau pulak kut."

Suara Mak Yam dah mula memetir. Dada dah berombak deras. Dia dah war-warkan mengenai kenduri Nuryn kepada sanak saudara..takkan tak jadi pula. Mak Yam tak mahu dikutuk lagi.
Panas telinga dia bila ada orang kutuk anak dara dia tak laku.

Paklang masih berdiam diri..mencari ayat yang tidak akan menyakitkan sesiapa samada isteri atau anak. Benda boleh bincang.

"Awat Yin..kalau Yin tak mau yang ni..Yin nak sapa pulak?" Paklang dah agak sesuatu tidak kena setelah Nuryn balik hari tu,Nuryn menjadi pendiam. Langsung tidak bertanya khabar mengenai tunangnya. Siapa nama..tinggal di mana..kerja apa. Huk tak hek pun tak.

"Dah! Tak payah duk layan cakap dia. Kita dah janji dengan pihak sana. Yin, hang jangan duk buat malu kami." Mak Yam dah mula naik suara.

"Tapi ini semua masa depan Yin mak."Nuryn cuba memancing simpati Mak Yam.

"Amboi baru hari ni ingat masa depan dia..sebelum ni tak kata apa pun. Ni mesti ada apa-apa. Hang cakap betui-betui Yin..hang dah terlanjur ka?"

"Ishhh mana ada..mak ni..ingat Yin teruk sangat ka."

Kalau Mak Yam guna perkataan hang, kira dia marah betul dengan Nuryn. Nampak gaya tak ada tolak ansur dah dari pihak Mak Yam. Nuryn cuba beralih kepada paklang pula. Dia tahu paklang hatinya lebih lembut daripada Mak Yam. Selalunya paklang akan turut cakap Nuryn.

"Pakkkk.." meleret panggilan Nuryn kepada paklang.

Paklang masih lagi berfikir baik dan buruk jika dia mengikut kehendak Nuryn. Mak Yam dah jeling dekat paklang. Perlukah dia ikut cakap Nuryn lagi? Atau biarlah dia mengikut apa yang telah direncanakan oleh mereka?

"Yin..kerbau berpegang pada tali.. manusia berpegang pada janji. Kita dah berjanji siapa yang pertama datang dialah yang kita terima. Pak tak mau buat filem munafik 3. Yin fahamkan apa yang pak cakapkan ni. Yin takkan malukan pak kan."

Nuryn hanya tundukkan kepalanya. Paklang memang suka berlawak dalam bicaranya dengan sesiapapun tetapi bila paklang mula serius bila bercakap bermakna dia benar-benar maksudkan apa yang dia cakap. Nuryn akan berdiam apabila paklang berada dalam mode serius. Begitu juga mak Yam akan senyap apabila paklang tegas dalam bicaranya.

"Yin dengar dak apa yang pak cakap tadi?" Suara paklang mula kuat sedikit.

Nuryn terlangut apabila mendengar suara paklang yang agak kuat itu. Cepat-cepat dia anggukkan kepalanya tanda faham apa yang paklang katakan tadi. Melihat Nuryn kalut anggukkan kepalanya, paklang tersenyum sendiri. Dia tahu Nuryn seorang anak yang patuh kepadanya dan mak Yam. Dia perlu tegas kali ini demi kebahagiaan Nuryn. Dia harap Nuryn akan berterima kasih kepadanya nanti kerana ketegasannya.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now