QN 19

2K 95 1
                                    

Qaid garu kepala melihat kaum wanita masuk ke dalam rumah dan meninggalnya keseorangan di luar. Apa yang umi dan adik-adiknya nampak pada Nuryn sehingga mengabaikannya.

"Umiii..kenapa tinggal chek seorang kat sini? Chek anak umi bukan dia."

"Oh! abang please grow up. Kakak kan tetamu jadi kita kena rai dia." adik Qaid yang bongsu Quratun Aini mengejek Qaid.

"Yalah abang ni cemburu ek kami layan kakak lebih." kata Qalisha, adik nombor empat Qaid.

Qaid mempunyai lima orang adik berlainan ibu, semuanya perempuan. Qamariyah, Qanitah, Qadeeja, Qalisha dan Quratun Aini. Qamariyah mengajar di sekolah rendah di sebuah negeri di pantai timur. Qanitah dan Qadeeja masih menuntut di universiti tempatan sementara Qalisha masih menunggu jawapan untuk melanjutkan pelajaran selepas habis matriks. Quratun Aini masih menuntut di tingkatan lima.

"Ya Allah Uzair..macam tak biasa pulak.
Mai..mai.. ala bucuk..bucuk umi."

Nuryn galak mentertawakan Qaid. Dia jelir lidah kepada Qaid. Dia seronok melihat keakraban adik beradik Qaid. Umi Qaid pun amat baik dan pertuturannya pun amat lembut, berbeza dengan Mak Yam. Mungkin sebab itu dia agak kasar dan Qaid lembut saja percakapannya.

Nuryn sedar dia tidak boleh membandingkan di antara dua insan yang berbeza kerana masing-masing datang dari tempat dan budaya yang berbeza. Mungkin Mak Yam agak kasar bila bercakap tetapi dia amat patuh dan taat kepada Pak Lang Azizan dan dia tidak pernah melawan ibu mertuanya.
Hehehe. Apapun Nuryn amat bersyukur mempunyai emak yang amat memahami dirinya.

"Maafkan umi..umi belum tanya nama.
Seronok sangat tengok Uzair bawak balik kawan."

"Nama saya Nuryn Farhanah..saya pun nak mintak maaf makcik sebab paksa Qaid bawa saya ke sini. Dia tak mau bawa..mungkin dia takut saya tak reti bawa diri kut. Maklum la saya ni kasar sikit..kerja kilang pulak tu." Nuryn terang dengan panjang lebar.

Bukan apa, Nuryn takut tanggapan buruk penduduk kampung terhadap keluarga Qaid. Membawa pulang perempuan bukan mahram merupakan
taboo bagi sesetengah orang. Lagipun bapa Qaid adalah bekas imam di kampung ini dan merupakan orang yang dihormati di sini.

"Eh! Umi tak kata apa pun. Umi pun seronok terima tetamu. Asyik tengok budak berdua ni jemu juga."

"Umi!!" Qalisha dan Quratun Aini menjerit serentak.

"Uzair..tolong pi kedai sat..tambah lauk.
Tu la nak balik tak bagi tau..umi tak sedia apa-apa pun untuk tetamu kita."

"Ala umi..dia tak makan banyak pun. Tengoklah badan dia dari dulu sampai sekarang kecik macam tu la."

"Ishh..tak baik la Uzair kata macam tu."

"Eh! Tak pa umi..Yin memang makan sikit saja."

"Yin?" Umi, Qalisha dan Quratun Aini terkejut mendengar Nuryn menyebut nama pendeknya.

"Opss! Maaf saya rasa macam keluarga sendiri pulak...tu sebab saya sebut Yin.
Umi panggil Nuryn ja macam Qaid panggil."

"Eh kak..sedap ja nama Yin tu..rare gitu.
Kami panggil kak Yin boleh kan."

"Boleh ja."

"Dah..dah..hah Uzair pi kedai cepat..
umi rasa nak berkelah la hari ni."

Ketika kaum perempuan sibuk memasak, Qaid berjalan mengelilingi rumah umi. Dia melihat jika ada kerosakan di rumah pusaka itu. Sebagai anak lelaki tunggal dia perlu menjaga keselamatan umi dan adik-adiknya setelah kematian walid.

Ketika dia asyik meninjau keadaan rumah, dia ternampak sebuah kereta ditepi jalan masuk ke rumahnya. Qaid berasa hairan kerana tiada siapa yang turun dari kereta itu.

'Mungkin orang tu nak tanya jalan kut.'
Fikir Qaid. Qaid berjalan menuju ke kereta tersebut tetapi baru melangkah beberapa tapak tiba-tiba kereta itu memecut pergi dari situ. Qaid mengejar kereta itu tapi kereta itu terus hilang dari pandangan.

Qaid berasa curiga dan tidak sedap hati. Keadaan kereta itu amat mencurigakan. Malangnya Qaid tidak sempat melihat nombor plat kereta itu.
Apakah motif kereta tersebut berhenti di situ? Sedang mengintip diakah? Atau mengintip Nuryn?

Qaid masih termangu di situ, tidak tahu hendak buat apa sehinggalah umi memanggilnya.

"Uzair..jom kami dah siap masak."

"Baik umi."

"Uzair buat apa kat situ?"

"Tak ada apa umi..chek tengok rumah ni, kut-kut ada yang nak perbaik. Dah agak usang rumah ni kan. Nanti kita bina rumah lain ya umi."

"Ishh..tak payahlah Uzair..rumah ni elok lagi. Uzair simpan duit habuan nak menikah nanti..lagi baik."

"Lambat lagilah umi. Calon pun tak ada lagi. Nak menikah macam mana?"

"Tu yang bawak balik bukan calon ka tu?"

"Entahlah umi..chek pun tak tau nak kata apa tapi chek tak ada perasaan la kat dia."

Umi senyum. Dia tahu Qaid masih lagi berperang dengan perasaannya. Tak ada perasaan tapi sanggup jadi bodyguard dan mampu bawa balik kampung pula. Nuryn dah cerita mengenai Qaid menjadi bodyguardnya kepada umi dan adik-adik Qaid.

Umi tidak hairan memandangkan Qaid amat prihatin kepada siapa saja yang memerlukan pertolongan. Tambahan pula tugas sebagai seorang anggota polis menyebabkan dia sentiasa mendahului kepentingan awam dari kepentingan peribadi.

Mereka menuju ke sungai yang  terletak hanya beberapa meter di belakang rumah umi. Suasana begitu riuh dengan suara tiga orang anak dara yang seronok bermain air. Umi dan Qaid hanya duduk di tepi sungai melihat telatah kanak-kanak ribena bermain air.

Qaid ralit memerhati Nuryn bermain air bersama adik-adiknya. Nuryn langsung tidak kekok untuk bersama Qalisha dan Quratun Aini. Gelak ketawa Nuryn turut menyebabkan bibir Qaid turut melengkung ke atas.
Mengapa baru hari ini dia nampak Nuryn sangat menarik dan kelihatan amat comel.

Umi yang melihat perlakuan Qaid hanya senyum senang. Mulut boleh menafikan tetapi rasa hati tidak dapat menipu. Sekilas ikan di dalam air umi dah dapat teka jantan betinanya.

'Tak apa Uzair boleh nafi sehingga hujung dunia tapi satu hari nanti hati Uzair sendiri yang menderhaka kepada Uzair.' Bicara hati umi sambil senyum yang tidak lekang dari bibirnya.

Tanpa mereka sedari terdapat tiga orang lelaki menghampiri mereka secara perlahan-lahan. Seorang daripada mereka membawa sebatang kayu. Qalisha yang menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang itu terus menjerit memberi amaran kepada Qaid sambil jarinya menunjuk kearah belakang Qaid dan umi.

"Abang!!!" jerit Qalisha.

Semua yang berada di situ terkejut mendengar jeritan Qalisha dan Qaid segera berpaling untuk melihat apa yang mengejutkan Qalisha. Tanpa sempat dia menoleh, satu pukulan mengenai belakangnya.

Melihat Qaid dipukul menyebabkan kaum perempuan menjerit dengan lebih kuat. Keadaan bertambah kecoh apabila dua orang lagi menerpa kearah Nuryn dan menariknya ke darat.

Qalisha dan Quratun Aini cuba menghalang tetapi mereka juga dipukul. Kedua-duanya jatuh terlentang didalam sungai. Umi pula cuba menghalang cubaan memukul Qaid dengan meniarap diatas badan Qaid. Qaid ketika itu tidak sedar akibat dari hentakan yang kuat di belakangnya.

Ketiga-tiga penjenayah berjaya menculik Nuryn. Suasana menjadi kecoh dengan tangisan Qalisha dan Quratun Aini. Umi terpaksa mententeramkan mereka berdua. Qaid yang baru tersedar kelihatan masih pening-pening lalat.

Dia memegang belakang tengkuknya dan melihat keadaan sekeliling. Hanya ada umi, Qalisha dan Quratun Aini. Dia tidak dapat melihat kelibat Nuryn. Dia memandang kepada ketiga-tiga insan kesayangannya dan ....

"Mana Nuryn?"

************************************

Thank you for reading and vote.

Salam sayang 💖  CikInzzz

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now