QN 15

2.3K 107 0
                                    

Pagi ini kilang Saeki Electronics kecoh. Bukan kerana kilang terbakar dan bukan kerana ada artis shooting di sini tetapi kecoh kerana Nuryn datang kerja dengan Qaid.

Itu pun nak kecoh? Ya, semestinya keadaan itu akan menjadi bahan bualan atau gosip untuk pekerja-
pekerja kilang pada hari itu.

Sesiapa yang mengenali Nuryn akan berasa hairan melihat Nuryn datang kerja dengan lelaki. Lelaki. Apa yang dihairankan sangat? Biasalah datang kerja berdua. Ramai saja yang buat begitu.

Tidak bagi Nuryn. Nuryn selama bekerja di sini tidak pernah datang dengan seorang lelaki. Sekali sekala rakannya yang bertiga itu akan menumpang keretanya. Kebiasaannya
mereka akan pulang bersama Nuryn apabila mereka membuat OT.

Sesiapa sahaja yang berselisih dengan mereka di tempat parkir kereta pasti akan menoleh dua kali melihat Nuryn dan Qaid. Kemudian mereka akan berbisik sesama sendiri. Qaid pun naik hairan melihat telatah rakan-rakan sekerja mereka.

"Dah kenapa mereka duk gelak-gelak dan bisik-bisik bila tengok kita?"

"Tahniah Qaid, kau dah jadi bahan gosip kilang kita hari ni." Nuryn ketawa
melihat muka Qaid dah berubah kelat.

"But why?"

Nuryn hanya ketawa tanpa memberi penjelasan kepada Qaid. Qaid tarik muncung, merajuk kerana Nuryn ketawakan dia. Eh! Sejak bila Qaid dah pandai merajuk ni.

"See you this evening Qaid," sambil melambai tangan kepada Qaid.

Nuryn terus dengan tawanya sambil berjalan menuju ke production. Qaid garu kepala. Apa yang tak kena dengan budak-budak kilang ni, tengok dia datang kerja dengan Nuryn pun boleh jadi bahan gosip.

"Amboi..amboi..dah datang dengan gadis cantik, kami pun dah tak nampak." Kai pula perli Qaid.

Rahul hanya tersenyum. Dia belum biasa bergurau dengan Qaid sebab watak Qaid yang agak serius. Dia lebih senang dengan Kai kerana Kai lebih mudah mesra dan peramah.

"Eh! Kau berdua pergi mana semalam? Dah la balik lambat."

Kai menoleh ke kiri dan kanan, melihat jika ada orang di situ kemudian barulah dia memandang Qaid. Dengan nada berbisik Kai menerangkan apa yang mereka lakukan semalam.

Qaid menganggukkan kepalanya tanda faham dengan penerangan Kai.

"Jadi mereka hanya berhibur sajalah di kelab semalam." Qaid mengetuk dagunya.

Kai dan Rahul hanya mengangguk kepala tanda mengiakan kata Qaid.

"Tapi masa kami nak balik, aku terlanggar seseorang ni. Mukanya familiar sangat tapi aku lupa siapa dia."

"Tak apa..nanti kita check dalam senarai muka wanted. Mana tau ada terselit rupa tu dalam sana."

"Hoi! Hangpa duk mesyuarat apa lagi kat situ. Dah nak masuk waktu kerja ni. Satgi punch kad merah jangan duk cari aku pula." Johan dah melaung dari jauh.

Saja nak tunjuk lagak supervisor dekat budak-budak baru ni. Bukan boleh biar
orang baru datang lewat, nanti semua malas nak datang kerja awal. Kalaulah Johan tahu kerja sebenar Qaid dan rakannya, agak-agak Johan nak melaung lagi tak kepada mereka.

Qaid, Kai dan  hanya tersengih melihat Johan. Mereka segera angkat kaki menuju ke store. Malas nak dengar Johan buka ceramah pula nanti.

Di satu sudut bangunan yang terlindung, sepasang mata tajam memerhati mereka. Penumbuk dikepal
tanda tidak puashati meraja di sanubari.

Setelah line berjalan lancar, barulah Nuryn dapat duduk di tempatnya. Menyelesaikan masalah yang berbangkit. Selalunya perkara yang perlu ditekankan ialah target yang perlu mereka capai setiap hari.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now