QN 7

2.4K 112 9
                                    

Habis waktu kerja, Nuryn tidak terus pulang ke rumah. Destinasinya ke jeti paya bakau berhampiran dengan rumahnya. Jeti itu menyediakan tempat rekreasi untuk penduduk tempatan beriadah.

Nuryn menyelurusi titi yang menghubungi pokok-pokok bakau di situ. Rasa damai menyerap dadanya ketika dia berada di situ. Remang senja mula meniti di ufuk barat.

Nuryn mengambil tempat di salah satu kerusi batu yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaran. Termenung seorang diri sambil mata melihat air sungai yang mengalir tenang itu.

Ketenangan air sungai bersejarah itu tidak dapat meredakan gelojak jiwanya. Dua kejadian dalam masa dua hari berturut-turut, jantungnya masih belum reda dari berdegup kencang.

"Cik! Cik!" satu suara menegur Nuryn yang sedang ralit termenung itu.

Nuryn terlangut apabila terdengar suara menegurnya.

"Ya.. en..cik." tergagap juga kerana terkejut.

"Satgi lagi setengah jam pakcik nak tutup pagar kompleks ni tau."

Pengawal keselamatan yang menjaga Kompleks  Pelancongan Jeti Semeling  mengingatkan Nuryn.

"Oh! Baik pakcik. Saya pun tak mau duk lama-lama kat sini. Seram."

Nuryn masih lagi berteleku di situ sehinggalah dia merasakan kawasan itu kian gelap. Melihat jam tangan sudah hampir pukul tujuh malam. Sebentar lagi pagar kompleks itu akan ditutup.

Ketika Nuryn hendak bangun, seketul batu mengenai belakangnya. Nuryn pusing badan tetapi tiada sesiapa di situ. Ada seketul lagi batu jatuh betul-
betul di atas kepalanya. Nuryn langut tetapi tiada tanda hujan batu yang turun pun.

Nuryn mula rasa seram sejuk. Dia cepat-cepat ingin berlalu dari situ. Ketika dia melewati sebuah kerusi batu yang terdapat  disitu tiba-tiba...

"WARGHHHHH!!!!!"

"ARGGHHHH!!!! Ampun tok... chek nak balik dah ni...chek tak kacau tok dah..."

Nuryn yang terperanjat terus melolong.
Cakap pun melalut tak tentu pasal. Dia tunggu masa nak kena cekik ja dengan jembalang sungai. Mata pun dia tak berani buka.

Dia membuka mata setelah keadaan menjadi senyap sunyi. Apa yang dilihatnya ketika ini ialah seorang pemuda sedang berpeluk tubuh memandangnya dengan sengihan nakal dibibir.

"QAID UZAIR!!! Kau nak bagi aku mati ka!!! Kalau jantung aku terjatuh dalam sungai ni tadi aku cekik kau!!"

"Hahaha..aku ingatkan kau berani.. harap suara ja kuat tapi penakut."

"Kalau dah gempaq macam tu punya cara, gajah pun boleh lari."

Nuryn tarik muncung sedepa, geram dipersendakan begitu ketika hatinya sedang runsing. Qaid masih lagi tertawa kecil.

Qaid mengekori Nuryn sejak dari tempat kerja lagi. Entah kenapa dia tergerak hati untuk mengekori Nuryn.
Dia rasa syukur mengikuti Nuryn kerana Nuryn tidak balik ke rumah tetapi melencong ke sini.

Kenapa dia risaukan Nuryn? Dia sendiri tiada jawapannya. Mungkin melihat Nuryn yang hampir pengsan setelah bertemunya tadi membuatkan Qaid berasa bersalah.

Oh! Dia ada alasan jika Nuryn tanya mengapa dia mengekori Nuryn. Nuryn pula dengan rasa tidak puashati terus melangkah pergi dari situ.

"Eh! Nak kemana pula tu?"

"Nak balik la. Nak malam dah kan. Kalau kau nak teman jembalang sungai tu, kau duduklah sini sorang-sorang."

"Alaa..aku gurau ja tadi. Janganlah marah. Macam aku tak biasa kacau kau dulu?"

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now