QN 13

2.3K 102 2
                                    

Nuryn menjegilkan matanya kearah insan yang menyergahnya tadi. Kenapa setiap kali aku ingin bersendirian dia ada? Dia intip akukah? Monolog Nuryn sambil matanya tak lepas memandang Qaid.

Qaid tersengih menunjukkan giginya yang tersusun kemas. Dia tahu Nuryn pasti marah melihat dia di situ. Tengok wajah Nuryn pun dia tahu Nuryn sedang menahan geram.

Dia ke sini pun atas desakan Pak Lang yang risaukan keselamatan Nuryn. Pak Lang risau apabila Nuryn meminta izin
untuk ke sini seorang. Dia rasakan Nuryn sedih kerana tidak jadi berkahwin dengan Azmir.

Sebenarnya Nuryn amat gembira dengan pembatalan ini tetapi dia tidak mahu menunjukkan kegembiraannya dihadapan bapanya. Jadi dia membawa diri ke tepi pantai kononnya hendak menenangkan fikirannya.

"Dah habis berangan?" Qaid ulang ayat dia tadi kepada Nuryn.

Dia mengambil tempat di sebelah Nuryn. Nuryn masih lagi statik dan matanya masih memandang kearah laut. Malas nak melayan Qaid yang tiba-tiba datang mengganggunya.

Kalau dulu dia amat gembira dengan kehadiran Qaid tetapi sekarang dia rasa kelibat Qaid dah macam langau. Eh! Kalau Qaid langau jadi aku ni...no..no..
Nuryn geleng kepala.

"Dah kenapa pula duk geleng-geleng kepala ni. Jom balik..dah nak malam ni," ajak Qaid.

"Nanti.. kau skodeng aku eh. Kat mana aku pi mesti kau mai kacau."

"Cik Nuryn..aku datang sini pun atas perintah Sarjan Mejar Azizan Hj. Abd Rahman. Aku mana tau kau nak ke mana pun. Dia risaulah.. takut kau terjun laut pasal sedih sangat."

"Kau datang sebab bapak aku suruh eh.
Alaa sorry la Qaid, aku ingat kau sengaja skodeng aku."

Nuryn tersengih malu. 'Bapak ni pun, aku bukanlah sedih sangat sampai nak terjun laut. Exaggerate sungguh bapak aku ni.'

"Eh! Sedih..terjun laut..alamak..bapak aku dah cerita kat kau ka?"

"Ahaa..dia dah cerita tapi sikit ja la. Dia kalut suruh aku datang tengok kau."

Nuryn tutup muka dengan kedua tangannya. Malu sebab Qaid dah tahu kisah hidupnya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu Qaid tahu mengenai kisah hidupnya yang menyedihkan.

"Mana kereta kau?"

"Kenapa dengan kereta aku?"

"Nak balik la. Habis ingat aku nak balik jalan kaki."

"Kereta kau?"

"Kai hantar aku tadi tapi dia balik dulu."

"Jadi aku kena balik dengan kaulah ni?"

Sudah gaharu cendana pula..sudah tahu bertanya pula Nuryn ni. Qaid hanya buat muka seposen. Nuryn tiada alasan lagi, terpaksa balik dengan Qaid.

"Macam nilah. Kita solat maghrib dulu kat surau resort belakang kita ni. Lepas tu aku belanja kau makan on the way nak balik nanti. Okey tak?"

"Aku ikut ja lagipun aku yang nak tumpang kau nanti."

Qaid dan Nuryn menunggu di bangku itu sambil melihat matahari terbenam sementara menunggu masuk waktu maghrib. Mereka berdua berdiam diri kerana masing-masing asyik melayan perasaan.

Selesai menunaikan solat, mereka segera beredar dari kawasan pantai kerana suasana agak sunyi. Nuryn tidak berasa takut kerana ditemani oleh Qaid. Kelewatannya pulang juga sudah dimaklumkan kepada bapanya.

Dah bapanya sendiri menyuruh Qaid datang jadi Nuryn mengambil kesempatan ini dengan pulang lewat.
Hahaha gelak Nuryn dalam hati.

Nuryn membawa Qaid makan di sebuah kedai makan yang terkenal dengan masakan kampung di kawasan itu. Kedai Pak Cha amat terkenal kerana masakannya yang sedap dan murah. Nuryn selalu datang bersama ibubapanya jika ada kelapangan.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now