LISA!03

3.3K 99 15
                                    

"APA yang bising-bising tu?" Zarul atau lebih dikenali sebagai Ayol membuang pandang ke arah rumah ketua kampung yang terbuka luas pintu rumahnya. Dia melihat ada seorang lelaki tinggi dan berbadan tegap sedang bersandar pada daun pintu sambil membelakanginya.

"Alamak! Ada orang tengah zina! Zina! Zina dosa besar!" Ayol yang merupakan seorang lelaki istimewa, menggaru kepalanya sambil memandang kiri kanan. Selipar jepun yang berada di kakinya diambil lalu menutup kedua-dua belah telinganya.

Kemudian, dia berjalan beberapa tapak menghampiri pagar rumah untuk melihat dengan lebih dekat. Biji matanya terbuka luas tatkala terlihat seorang wanita yang amat dia sukai berdua-duaan dengan lelaki lain.

Tak boleh jadi ni! Inara sakitkan hati Ayol! Inara tak suka Ayol!!

Ayol menangis perlahan, buku limanya digenggam lalu dimasukkan ke dalam mulut. Baru aje dia mahu berlari masuk ke dalam rumah ketua kampung, tiba-tiba lelaki yang bersandar pada daun pintu rumah, menutup pintu sehingga kelibat mereka tidak dapat dilihat Ayol.

"Inara dalam bahaya! Tskkk... Ada orang nak rogol dia! Tok imam!!" Ayol menjerit nama ketua kampung seraya membuka langkah seribu menuju ke arah masjid yang sedang diadakan kenduri tahlil.

Sesampai aje di masjid, nama ketua kampung diseru lagi membuatkan penduduk-penduduk kampung yang sedang membacakan Surah Yassin terganggu dengan kehadiran Ayol. Ketua kampung iaitu Imam Tarique menyuruh yang lain untuk teruskan bacaan. Dia kemudiannya bangun dari duduk dan berjalan merapati Ayol.

Dia melihat keadaan Ayol yang sedang tercungap-cungap mencari nafas. Peluh membasahi wajahnya yang comot. Baju dan seluar lusuh serta berbau diabaikan memandangkan dia faham akan keadaan lelaki istimewa tersebut.

"Ass–assalammualaikum, tok imam!" Ayol memberi salam terlebih dahulu. Tangan kanannya dikesat-kesat pada seluar lusuhnya sebelum tangan kanan Imam Tarique dicapai untuk bersalaman.

"Waalaikumussalam...kenapa ni, Ayol?" Tanya Imam Tarique dengan nada suara yang lembut.

"T–tadi Ayol lalu depan rumah tok imam. A–ayol nampak Inara! Ayol gembira sebab Inara dah b–balik!" Ujar Ayol dengan nada teruja. Dia tersenyum lebar menampakkan barisan giginya yang sudah rosak. Imam Tarique turut tersenyum. Dia tahu lelaki istimewa di depannya ini amat menyukai Inara. Dia juga manusia yang mempunyai perasaan jadi siapalah dia untuk memarahinya?

"Tapi..." Riak wajah Ayol bertukar keruh membuatkan Imam Tarique mula tidak sedap hati. Mesti ada perkara yang tidak baik berlaku pada anak daranya, kalau tidak takkanlah Ayol bersikap begini?

"Kenapa dengan Inara, Ayol?" Soal Imam Tarique, senyumannya pudar.

"Ayol n–nampak Inara dengan lelaki lain t–tadi! Diorang berdua-duaan dalam rumah tu, tok imam! Ayol nampak l–lelaki tu tutup pintu sampai Inara jerit-jerit!" Jelas Ayol membuatkan nafas Imam Tarique seakan tersekat di kerongkong.

Disebabkan suara Ayol yang agak kuat, ia membuatkan beberapa orang jemaah masjid berpaling memandang mereka berdua dengan riak wajah terkejut yang teramat.

ASTAGHFIRULLAHALAZIM, INARA!!

###

"KAU BUAT APA NI JAHANAM?! KAU BUKAK PINTU TU SEKARANG!!" Ya Allah, aku rasa nak nangis sekarang. Badan aku mula menggigil ketakutan. Aku harap apa yang aku fikirkan takkan terjadi!

Danish, kau kat mana? Tolong aku!!!

"Janganlah gelabah sangat, kan saya cakap saya tak buat apa-apa. Lagipun, tu! Dekat bahu awak tu, cuba tengok!" Arah lelaki itu seraya memuncungkan bibirnya ke arah bahu kanan aku.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now