LISA!16

2.6K 83 2
                                    

DANISH melangkah keluar dari bilik tidurnya setelah selesai menyiapkan diri untuk pergi ke kerja. Tangga dituju lalu membawa diri ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

Tatkala dia melalui ruang tamu, deria baunya menangkap bau yang tak enak. Lubang hidung ditutup menggunakan jari-jemari.

"Apa yang busuk sangat ni?" Sampai saja di tingkat bawah, dia cuba menahan nafas apabila bau busuk tersebut semakin kuat. Langsir di ruang tamu dibuka luas. Sliding door dan semua tingkap rumah turut dibuka agar bau-bau busuk itu keluar.

Setelah dia merasakan bau-bau busuk itu mula berkurangan, nafas kembali dilepaskan. Dia berpaling ke arah sofa lalu bercekak pinggang. Nafas berat dilepaskan tatkala melihat Hud dan Afeef yang masih lagi tidur. Di atas meja kaca, bersepah dengan botol-botol arak.

"Mabuk lagi." Danish menggelengkan kepala. Plastik hitam di dalam laci dikeluarkan lalu botol-botol kaca yang sudah kosong dibuang ke dalam plastik. Tak lupa juga dia turut mengelap meja dan lantai yang terkena sisa minuman syaitan itu.

Baju-baju dan seluar milik rakan-rakan serumahnya turut diambil dari atas lantai kemudian dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Setelah tugasnya selesai, dia masuk pula ke ruangan dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

"Apa bising-bising ni aku nak tidurlah!" Hud merungut apabila bunyi kuali dan sudip berlaga mengganggu tidurnya. Baru saja dia mahu menyambung tidur, hidungnya menangkap bau makanan yang dimasak Danish. Perlahan-lahan dia bangun dari sofa dan berjalan ke ruang dapur.

Sedapnya bau!

"Danish... Kau masak apa hari ni?" Soalnya yang masih mamai. Danish menoleh ke arah Hud yang berambut kusut-masai dan berseluar dalam saja. Dia menggeleng sebelum sambung memasak. Pertanyaan dari Hud tadi dihiraukan.

"Uishhh nasi goreng kampung! Nasi goreng bandar takde?"

"Takde."

"Patutlah...sesuai untuk kau yang orang kampung masuk bandar. Dasar miskin."

Danish hanya diam. Dah masak sangat dengan perangai Hud ni. Kalau dah memang kaki botol, cakap pun pakai lepas saja.

"Kau wangi-wangi ni nak pergi kerja ke? Awalnya?"

"Harini aku bertugas hantar makanan. Kena gerak awal." Hud mengangguk faham. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Perut yang sakit dipegang.

"Kalau nak kencing, tolong kencing dalam jamban. Bukan dalam sinki. Semalam aku dah basuh bilik air tu." Hud tersengih seperti kerang busuk. Macam tahu-tahu saja habit dia yang satu itu.

"Okay, Danish. Nanti aku kencing dalam sin– eh! Dalam lubang jamban!" Danish menggulingkan biji mata ke atas. Nasi goreng yang telah siap dimasak dimasukkan ke dalam mangkuk besar. Dua mangkuk berserta sudu turut disiapkan di atas meja.

Satu bekas putih dikeluarkan dari dalam kabinet lalu nasi goreng disenduk masuk ke dalam bekas tersebut untuk dijadikan sebagai bekalan sarapan dan makanan tengah harinya.

Setelah kerja-kerjanya di rumah selesai, dia melihat jam di pergelangan tangannya. Pukul 8.20 pagi.

"Aku nak gerak pergi kerja ni. Dah siap makan biar saja mangkuk-mangkuk kotor tu dalam sinki. Balik nanti aku basuh."

"Kau balik pukul berapa?"

"Kalau kerja aku siap cepat, petang aku balik."

"Okay. Ambik kunci kereta dekat sebelah pasu tu!" Danish memandang wajah Hud yang menyengih sebelum berpaling ke arah kunci kereta yang ada di atas meja sebelah pasu.

"Happy birthday, bro! Aku belikan kau kereta semalam. Takdelah mahal sangat tapi bolehlah untuk kau bawak pergi kerja. Kereta buruk kau tu buang saja dekat tempat pelupusan sampah. Area ni area perumahan orang-orang kaya, so janganlah guna kereta buruk tu lagi. Buat malu saja!" sambung Hud sebelum menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut dengan berselera sekali.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα