LISA!59

973 60 9
                                    

"NARA tak pernah syak kau ada bilik nikah?"

Dush! Dush! Dush!

"Tak kot." Jawab Khalif ringkas. Punching bag ditumbuk berkali-kali.

"Kalau dia syak?"

"Pepandailah aku cover. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk dia tahu pasal aku."

Dush! Dush! Dush!

"Kau ni terlalu berahsia dengan dialah, Zaf. Nara tu macam innocent sangat saja. Kalau aku jadi dia, aku korek rahsia kau sampai dapat tau?" Khalif berhenti menumbuk. Nafas dalam ditarik. Tuala putih dicapai lalu menyeka peluh di wajah. Dia berjalan turun dari gelanggang.

"Aku risaukan dia, Luqman. Sebulan saja lagi, Nara akan bersalin. Keselamatan Nara dan anak aku tengah terancam." Khalif menghela nafas berat. Rambutnya diraup ke belakang.

"Maksud kau?" Luqman menjungkit alis kening. Khalif membuka laci meja lalu satu sampul dikeluarkan dan diletakkan di depan Luqman. Luqman mengambil sampul itu dan membukanya. Beberapa keping gambar Inara yang ditangkap secara candid dilihat satu per satu.

"Ada seseorang sedang pantau Inara dari jauh. Aku takut dia diapa-apakan."

"Sebabtu kau buat keputusan untuk masuk gelanggang semula?" Khalif mengangguk.

"Sebagai persediaan. Aku nak selesaikan semuanya. Aku kena berunding dengan diorang. Kalau aku menang, diorang tak boleh kacau keluarga aku lagi-"

"Tapi kalau kau kalah, kau juga perlu bersedia bahawa nyawa menjadi taruhan. Sama ada kau akan mati atau Inara. Diorang target Inara, Zaf..."

"Why? Nara takde kaitan dalam hal ni-"

"Tapi dia ada kaitan dengan kau. Dia kelemahan kau." Cantas Luqman membuatkan Khalif terkedu. Betul, Inara adalah kelemahan dia. Inara adalah segala-galanya bagi dia. Bertahun-tahun dia menunggu Inara sehingga sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan demi menjadikan Inara sebagai isterinya. Takkan dia nak biarkan Inara disakiti?

Dia takkan biarkan perkara itu berlaku.

"Semua ni salah kau, Zaf." Khalif mendongak. Wajah Luqman dipandang dengan seribu satu persoalan.

"Kalau kau tak tinggalkan tempat tu, benda ni takkan jadi. Kau selfish. Aku kenal kau bukan semalam tau? Aku dah masak sangat dengan perangai kau. Kau langsung tak kisah kesan buruk yang akan kau hadap di masa akan datang, yang kau tahu apa kau nak kau akan dapat. Sekarang, diorang dah kenal kau, tahu latar belakang kau dan tahu kelemahan kau. So, pilihan apa yang kau ada? Lari dari masalah macam orang pengecut atau hadap masalah ni?"

"Aku..." Khalif mati kutu. Kisah silam mula menghantui diri. Luqman tersenyum sinis. Sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya lalu diletakkan di dua belahan bibir. Pemetik api dipetik sebelum rokok tersebut diberikan kepada Khalif.

"Take it. Kau akan merokok bila kau stres." Khalif memandang puntung rokok itu buat seketika sebelum ia diambil dari tangan Luqman. Dah lama dia tak hisap rokok sejak pulang ke Malaysia.

Banyak perkara buruk yang ditinggalkan demi Inara. Dia tak mahu isterinya memandang serong padanya sekiranya tahu siapa dirinya yang sebenar.

Luqman bangun dari kerusi. Peti sejuk dibuka lalu sebotol arak berjenama Whisky dicapai. Dua gelas kaca turut diambil. Dia kemudiannya kembali ke meja.

Khalif hanya diam sambil menghisap rokok manakala Luqman menuang arak tersebut ke dalam dua gelas kaca yang diambil tadi.

"Tiara. Apa jadi pada dia sebenarnya?" Khalif mula membuka mulut setelah lama berdiam diri.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now