LISA!66

1K 102 5
                                    

TIBA saja di perkarangan rumah, handbrake ditarik. Kepalanya disandarkan ke kerusi pemandu seraya nafas dalam ditarik. Pintu utama yang tertutup rapat ditenung lama.

Hatinya rasa tak sedap. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Ke mana mak dan Danny pergi? Kenapa perlu bawa Dina sekali? Sejak dua menjak ni, dia perasankan sesuatu. Sikap Inara berubah agak dingin dengan dirinya. Isterinya itu tidak banyak bercakap sejak mereka berdua pulang dari Sabah tempoh hari.

Khalif menggengam erat stereng kereta. Takkan Inara dah tahu tentang rahsia terbesarnya yang selama ni dia simpan rapi? Kalau ya, siapa yang beritahu? Dalam dunia ni hanya dua orang saja yang tahu rahsia terbesarnya.

Tiara dan Luqman.

Tapi, Tiara dah lama mati. Tak mungkin dia masih hidup. Dia sendiri nampak dengan mata kepalanya sendiri arwah Tiara dikebumikan di tanah perkuburan Islam di United Kingdom. Kalau dia betul-betul dah mati, jadi siapa perempuan seiras Tiara? Tiara ada kembar atau cuma kebetulan saja?

Khalif menggeleng kepala. Tak mungkin Tiara ada kembar. Sepanjang mereka berdua hidup bersama, Tiara tak pernah cakap dia ada kembar. Malahan, dalam gambar ahli keluarganya juga tak menunjukkan yang wanita itu mempunyai kembar seiras. Hanya satu Tiara saja yang ada.

Mungkin itu kawan baik Tiara yang pakai topeng kulit berwajah Tiara? Kebetulan mereka mempunyai suara yang hampir sama?

Semenjak kes bunuh yang terjadi beberapa tahun lalu, dia tak pernah bertemu dengan mana-mana manusia yang berhubungan rapat dengan Tiara. Semuanya lenyap begitu saja selepas Tiara mati.

Bermacam-macam spekulasi bermain dimindanya tika ini.

Khalif menggigit bibir. Takkanlah Luqman? No. Dia tak percaya lelaki itu akan tikam belakangnya. Sepanjang mereka berdua berkawan, dia yang banyak membantu lelaki itu teruskan kehidupan dikala restoran ayahnya hampir muflis. Meskipun dia hanya bekerja sebagai pekerja sambilan, tapi tak bermakna dia miskin. Dia bekerja hanya untuk menutup identitinya saja.

Khalif merengus kasar. Rambut hitamnya dicengkam. Fikirkan benda ni membuatkan kepalanya runsing! Stereng ditumbuk kuat. Dia perlu lakukan sesuatu jika keadaan menjadi semakin rumit. Dia tak mahu hilang Inara dan dia tak mahu hilang Dinara.

Dia sudah berjanji bahawa dia akan pertahankan rumahtangga ni walau apapun yang terjadi. Dia takkan sesekali menyerah kalah. Masa silam adalah masa silam. Dia takkan ulangi kesilapan yang sama lagi.

Enjin kereta dimatikan. Khalif melangkah keluar daripada perut kereta menuju ke pintu utama. Kunci dibuka. Langkahnya diorak masuk ke dalam rumah. Suasana terasa hening. Bulu romanya mula mencanak naik. Seperti yang dia cakap tadi, hatinya rasa tak sedap.

Ada sesuatu yang akan terjadi.

Khalif meraba dinding mencari suis lampu.

Tick!

"Sayang? Kenapa sayang duduk dalam gelap?" Khalif bertanya dengan nada lembut tatkala melihat aku duduk di sofa single dengan riak wajah kosong sambil memegang satu sampul surat berwarna coklat. Khalif berpaling ke tepi. Dahinya berkerut melihat sebuah beg bagasi terletak elok di sisi kabinet bawah tv.

Aku menarik nafas dalam. Sampul surat yang berada di tangan diberikan kepada lelaki itu.

Khalif mengambil sampul tersebut kemudian dibukanya. Rahangnya diketap tatkala terdapat gambar-gambar aku yang dipangkah menggunakan marker merah.

"Sayang selongkar bilik kerja abang?–"

"Apa semua ni?" Soalku dingin. Aku memeluk tubuh seraya merenung wajahnya yang mula dibasahi peluh.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now