LISA!39

1.9K 84 10
                                    

"ABAH nak pergi mana?" Afeef bertanya tatkala melihat ustaz Yahaya bersiap-siap untuk keluar. Ustaz Yahaya berpaling memandang anak lelakinya seraya tersenyum.

"Nak pergi tengok budak-budak berlatih silat. Nak ikut?" Afeef diam seketika sebelum kepala dianggukkan.

"Boleh jugak. Tapi, along tak pandai silat."

"Apa saja kau pandai? Tidur, bangun, main game, makan. Abah tak suruh kau bersilat pun, abah suruh kau tengok saja." Afeef tergelak kecil. Kepala yang tak gatal digaru. Ustaz Yahaya menggelengkan kepala. Haih... Along... Along...dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Kuat main! Bila suruh belajar, malas!

"Kau dengan adik...macam langit dengan bumi, tahu? Adik kau tu rajin, kau tu pemalas. Sampai bila nak jadi pemalas, along? Nanti bila dah kahwin, kau tahu menyusahkan isteri saja...." Afeef menghela nafas kecil. Mula dah bapak dia ni membebel, mengalahkan mak dia pulak.

"Along tak malaslah... Dekat KL tu along sampai tak cukup tidur kerja siang malam tau? Balik kampung saja, abah fitnah along, tak pandai buat kerjalah, pemalaslah... Kalau takde along, adik tu susah nak sambung belajar, hutang rumah abah pun along yang settlekan..." Afeef mencebikkan bibir.

"Bukan tu maksud abah... Abah tahu kau rajin bekerja dekat KL tu, maksud abah perkara-perkara asas seperti mempertahankan diri, betulkan paip bocor, menukang, memasak... Semua kau tak pandai buat. Itu belum lagi abah tanya hafazan kau lagi, entah ingat entah tidak... Maklumlah busy sangatkan? Solat-solat wajib pun langgar saja..." Afeef mendiam.

Dia sedar dia sudah banyak berubah sekarang sejak berkawan dengan Hud dan Imran. Dulu, dia rajin solat, rajin berjemaah di masjid, rajin menghafaz Al-Quran tapi sekarang solat wajib pun dia sengaja langgar inikan pulak solat-solat sunat? Masjid pun sudah lama dia tak jejakkan kaki. Surah-surah yang dia hafal dulu pun dah banyak dia lupa. Huh, apa nak jadi dengan kau ni, Afeef Raes?

"Kita dah sampai..." Afeef memandang sekeliling. Oh, ini ke tempat budak-budak kampung belajar silat? Afeef membuntuti langkah ayahnya ke pondok kayu sambil melihat pelajar-pelajar silat yang sedang berlatih. Ada kanak-kanak dan juga remaja. Dianggarkan lebih kurang 20 orang pelajar malam ni.

"Zam, ni anak sulung aku, Afeef. Along, ni kawan silat abah. Tok guru dalam kampung ni, ustaz Azzam." Afeef menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Ustaz Azzam menarik senyuman manis seraya menyambut huluran tersebut.

"Handsome betul anak kau, Haya. Tengah buat apa sekarang?" Tanya ustaz Azzam.

"Berniaga, kuli syarikat saja, ustaz..." ustaz Azzam mengangguk. Businessman rupanya!

"Ada girlfriend?"

"Takde."

"Betul takde?" Afeef menggeleng. Perempuan suka-suka tu adalah, tapi girlfriend memang takde. Dia takde masa nak jaga hati perempuan, dia lebih selesa untuk enjoy zaman mudanya sekarang.

"Nak jadi menantu aku?" Afeef memandang ayahnya, meminta bantuan untuk hentikan topik ini. Dia tak sukalah kalau dijodohkan dengan perempuan sembarangan. Dia masih muda, kalau nak pilih calon isteri pun mestilah sekufu dengan dia. Dia juga tak suka orang luar mencampuri urusan hidupnya.

"Zam, budak-budak ni macam mana? Nak aku ajar fasa seterusnya?..." Afeef menghelakan nafas lega apabila perhatian ustaz Azzam beralih kepada ayahnya. Perlahan-lahan dia membuka langkah menjauhi mereka berdua.

Afeef berjalan menyelusuri pantai berdekatan kawasan silat. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan dirinya tenang. Dia suka akan suasana di kampung, tenang, tidak sesak seperti di bandar dan yang penting... tidak terlalu tertekan.

Sedang dia menikmati angin malam tiba-tiba sepasang matanya menangkap satu susuk sedang duduk di buaian bawah pokok. Dia meneguk liurnya kelat. Hantu ke tu? Mata dikecilkan ke arah susuk tersebut. Bercahaya. Eh, telefon ke tu? Ada ke hantu main telefon?

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now