LISA!69

735 72 5
                                    

"NARA, boleh slow sikit tak?! Kau nak mampus cepatkah?!" Mel memejam mata tatkala aku memandu selaju 160 km/j. Aku memekakkan telinga. Minyak ditekan lagi sehingga kereta yang aku pandu meluncur laju di jalan raya. Nasib baik harini tak jammed, bolehlah aku cepat pulang ke rumah!

"Nara, aku masih ada mak ayah tau?! Kalau kau tak kesiankan diri kau, kesiankanlah aku! Aku ni anak sulung!–"

"Sekali lagi kau berbunyi, aku naikkan 180." Aku menekan suara membuatkan Mel terdiam serta-merta. Tali pinggang dicengkam kuat. Dia memejam mata seraya beristighfar panjang. Nafas dalam ditarik. Kepalanya mula pening. Dia rasa mual.

Tak sampai 20 minit memandu, stereng kereta dipusing ke kiri masuk ke perkarangan banglo dua tingkat milik aku dan Khalif. Pedal brek ditekan tiba-tiba membuatkan Mel terkedepan.

"Kita dah sampai." Ucapku seraya menghembuskan nafas. Mel membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Nafas dihela. Akhirnya, sampai jugak...

"Jom keluar." Ajakku lalu enjin kereta dimatikan. Aku dan Mel melangkah keluar daripada kereta. Tombol pintu utama dipegang dan ditolak sedikit. Tak berkunci. Aku berhenti seketika.

"Tuan memang penyabar orangnya, tapi sekali dia mengamuk.. Habis semua kaca dalam rumah ni dia baling!"

Kata-kata Kak Yam bermain di minda aku secara tiba-tiba. Sandal di kaki dipakai semula.

"Masuk terus. Tak perlu buka kasut." Pesanku tatkala Mel mahu membuka kasutnya. Kegiatan Mel terhenti. Keningnya terjungkit. Namun, arahan aku dituruti.

Kami melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat tersebut. Suasana gelap dan dingin membuatkan bulu roma Mel terangkat. Aku meraba dinding mencari suis lampu.

Tick!

Aku dah agak. Tekaan aku betul. Petik saja suis, perkara pertama yang aku nampak adalah keadaan rumah yang sangat bersepah dengan serpihan-serpihan kaca. Semua pasu kaca pecah di atas lantai. Semua bingkai gambar turut pecah di merata tempat kecuali satu gambar ini.

Gambar perkahwinan aku dan Khalif masih tergantung elok di dinding.

"What the–" Mel menekup mulut. Sepasang matanya meliar memandang keseluruhan rumah yang tak ubah seperti tokang pecah! Kalau tak dibersihkan, tak lama lagi rumah ni akan jadi seperti sebuah rumah usang.

"Dr. Zafkah yang buat semua ni?" Aku menganggukkan kepala bagi menjawab pertanyaannya.

"Itu cara dia lepaskan kemarahannya. Semua kaca yang ada depan mata dia, dia akan baling sampai pecah."

"Apa kita nak buat sekarang?"

"Kau tunggu sini dulu. Jangan bergerak pergi mana-mana. Aku nak naik atas sekejap." Tanpa membuang masa, lantas langkah aku diorak naik ke tingkat dua. Bilik utama dituju. Masuk saja ke dalam, aku terlihat banyak pakaian dan penyangkut baju bergelimpangan di atas katil dan lantai.

Almari dibuka. Beberapa helai baju Khalif tiada. Aku berjalan pula ke laci meja. Semua barang penting terutamanya passport juga tiada. Naluri hati aku kuat mengatakan Khalif tiada di Malaysia sekarang.

Aku melangkah turun semula ke tingkat satu menuju ke bilik bawah tanah. Sampai saja di bilik itu, kelihatan barangan tinjunya yang sepatutnya berada dalam kotak kaca telah hilang. Kotak-kotak itu telah dipecahkan.

Ke mana kau pergi, Khalif? Aku meraup wajah. Dalam otak aku berfikir yang bukan-bukan. Tolonglah, aku harap naluri aku salah.

Aku kembali ke tingkat atas semula dan mendapatkan Mel di ruang tamu.

"Mel, aku nak mintak tolong kau."

"Tolong apa?"

"Tolong aku kumpul bukti tentang kes kematian Bob dan Imran dan kes pecah masuk rumah tu. Aku tak rasa Khalif yang buat."

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now