LISA!10

2.8K 71 1
                                    

DANISH Taufiq diam merenung gambar-gambarnya bersama Inara sepanjang hampir sepuluh tahun mereka bersama. Banyak kenangan tercipta antara mereka berdua. Tak kira pahit atau manis. Pergi mana-mana mesti ada aje gambar-gambar yang ditangkap untuk dijadikan memori.

Dia seorang introvert manakala Inara pula seorang yang extrovert. Dahlah cantik, pandai, cepat selesakan diri dengan situasi baru. Yang penting, rajin dan langsung tak pandang latar belakangnya yang tak seberapa ni.

Tapi, jodoh dan ajal di tangan Allah. Dia faham walaupun masih sukar untuk diterima kenapa dirinya tak dijodohkan dengan Inara. Dia juga dapat berita daripada Rizza, rakan serumahnya bahawa Inara telah diijab kabulkan bersama Khalif Zafran siang tadi.

Hati mana yang tak kecewa? Hati mana yang tak hancur bila dapat tahu berita macam tu?

Dia cuba untuk reda dan dia berjanji dengan diri sendiri bahawa dia takkan kacau rumahtangga Inara. Salah satu cara untuk lupakan wanita yang dia sayang itu adalah bakar semua memori mereka bersama. Itu adalah jalan terbaik.

Dia perlu faham bahawa cinta tak semestinya memiliki. Dia mahu Inara bahagia. Jika wanita itu bahagia bersama suaminya, dia juga akan turut bahagia.

Danish menarik nafas dalam. Tak guna lagi bersedih. Past is past. Inara bukan untuk kau, Danish. Terimalah hakikat... Mak ayah mana yang nak tengok anak perempuan diorang susah? Kau tak sesuai untuk anak diorang yang berpelajaran, Danish... Sebabtu Imam Tarique setuju untuk kahwinkan Inara dengan Khalif. Sebab diorang sekufu dan saling melengkapi.

Tak macam kau. Takde rupa, miskin, takde kerja tetap, takde masa depan. Siapa aje nak jadikan kau menantu?

Huh!

Gambar-gambar mereka dicampak ke dalam bekas arang yang sudah menyala dengan bara api. Mata Danish sayu tatkala melihat api tersebut menyambar memori-memori manisnya bersama cinta hatinya.

Maafkan saya, Inara. Saya tak mampu nak pertahankan hubungan kita.

Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya terlepas jua. Danish tersedu-sedan sambil matanya tak lepas dari memandang memori-memori mereka yang telah menjadi abu. Dia memungkiri janji yang mereka buat beberapa tahun lalu.

Janji yang mereka takkan berpisah. Janji yang mereka akan hidup susah senang sama-sama. Tapi, kalini biarlah dia seorang aje yang hidup susah. Dia tak mahu wanita yang dia cintai terpalit sama. Dia harap dan berdoa agar Khalif dapat menjaga Inara lebih baik darinya...

###

FLASHBACK;

"DANISH, cuba tengok ni!!" Aku berlari sekuat hati menuju ke arah Danish yang sedang tunggu aku di pondok depan sekolah. Danish berdiri dan mendapatkan aku dengan riak wajah gembira. Senyumannya tak lekang dari bibir.

"Biar saya teka, mesti awak dapat straight A, betul tak?" Aku mengangguk keriangan. Air mata kegembiraan yang mengalir di pipi, aku lap. Walaupun sedikit kecewa kerana mak dan abah tak dapat datang hari penting aku, sekurang-kurangnga Danish ada untuk temankan aku walaupun aku tahu dia sibuk.

Terharu aku bila dia cakap..."Saya tak kisah pun kena potong gaji, asalkan saya dapat tengok girlfriend saya gembira ambik result spm."

Danish melabuhkan punggung di atas bangku dan meminta aku duduk disisinya. Slip peperiksaan spm aku dia tengok tanpa mematikan senyuman.

"Alhamdulillah...pandainya awak, Inara! Bm, Bi, Mm, Addmath pun A plus?! Gila bijak! Saya pun tak mampu nak dapat keputusan secantik ni... Awak dah ada plan nak sambung belajar dekat mana? Kalau keputusan baik macam ni, awak belajarlah luar negara. Mesti bestkan?"

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now