LISA!28

2.5K 80 5
                                    

HANIF berjalan keluar dari jeriji besi yang didiaminya menuju ke sebuah bilik pelawat diikuti seorang anggota polis. Dia melangkah masuk ke dalam pintu yang sedia terbuka. Terlihat Laila dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya duduk bertentangan kerusi kosong yang memisahkan diri mereka dengan satu meja besar. Hanif melabuhkan punggung di kerusi kosong tersebut.

Laila diam memandang wajah lelaki itu, kelihatan sugul dan langsung tak bermaya. Dia sudah mendapat berita bahawa Hanif telah selesai menjalani hukuman sebatan dua minggu lalu.

"Hanif-"

"Laila... Kau sihat? Anak kita sihat?" Cantas Hanif sebelum sempat Laila berkata-kata. Laila terkedu. Perutnya diusap sebelum senyuman kecil terukir dibibir.

"Alhamdulillah, sihat. Anak kita pun sihat. Kau?" Hanif menggelengkan kepala.

"Aku kecewa dengan diri aku, Laila. Kalau bukan disebabkan aku, kau takkan jadi macam ni. Kau takkan jadi mangsa keadaan dalam masalah hidup aku. Aku patut lepaskan kau dulu, biarkan kau jalani kehidupan kau macam orang normal yang lain. Maafkan aku, Laila..." Air mata jantan yang ditahan sejak tadi akhirnya terlepas jua mengalir ke pipi. Hanif menundukkan kepala, tak mahu Laila melihat dirinya lemah.

Laila turut tak dapat menahan sebak. Lelaki yang berada disisinya lantas bangun dan meminta dua orang polis penjaga untuk keluar dari bilik melawat itu sebentar bagi memberikan privasi kepada mereka berdua. Mereka akur lalu membawa diri keluar dari bilik tersebut.

Kini, tinggal Laila dan Hanif berdua-duaan. Laila bangun lalu menyeret kerusinya sehingga berada disisi Hanif. Kemudian, dia duduk disitu. Tubuh Hanif ditarik masuk ke dalam pelukannya. Tangisan lelaki itu kedengaran semakin kuat membuatkan Laila semakin lemah.

Dia tahu semua rahsia lelaki itu dan ini kali pertama dia melihat Hanif menangis sebegini. Lelaki itu terlalu lama memendam perasaan sedih dan kecewa, disebabkan itulah perasaan marah dan dendam yang menyelubungi diri mengheretnya melakukan pelbagai kegiatan jenayah.

"Nangislah puas-puas. Luahkan semuanya. Aku ada dengan kau, Hanif. Kan aku pernah janji yang aku takkan tinggalkan kau. Hm?" Laila senyum dalam tangisan.

"Aku takut mati, Laila... Aku taknak ke tali gantung..." Tangisan Hanif semakin kuat. Tempoh untuk dirinya dikenakan hukuman gantung semakin dekat. Dia takut. Takut apabila mengenangkan setiap dosa yang dia lakukan.

"Kau masih ada masa untuk bertaubat..."

"Allah takkan terima taubat manusia jahat macam aku, Laila! Aku pembunuh, perogol, penzina, bertatu dan aku dah lama tinggalkan solat. Dosa aku terlalu berat untuk dimaafkan. Aku takut Laila! Apa yang patut aku buat sekarang..." Kepalanya dicengkam kuat. Tubuhnya menggigil.

"Jangan cakap macamtu, please... Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. DIA sentiasa tunggu kau kembali pada DIA. Percayalah cakap aku, Allah sayangkan kau sangat-sangat..." Belakang lelaki itu diusap Laila bagi menyalurkan semangat lelaki itu untuk terus bertaubat. Yang berlalu biarkanlah berlalu. Semua manusia melakukan kesilapan. Tiada manusia sempurna dalam dunia ni.

"Hanif, pandang aku." Pelukan lelaki itu dilepaskan. Kedua-dua rahang Hanif dicengkam lembut lalu kepalanya didongakkan ke atas agar empat mata mereka dapat bertentangan antara satu sama lain. Dapat dia lihat sepasang mata Hanif membengkak disebabkan terlalu kerap menangis.

"Aku dah mintak tolong kawan Taufiq untuk bantu tangguhkan hukuman kau sampai aku bersalin. Aku nak kau sambut anak kita. Aku nak nama dia berbintikan nama kau..."

"Macam mana kalau tak berjaya?"

"Kitorang akan cuba sedaya-upaya sampai berjaya. Demi kau. Demi kita dan bakal anak kita yang akan lahir..."

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now