11 Hours To Boston: Bab 6

2.8K 128 2
                                    

"Are you good?" Soalnya dengan nada prihatin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Are you good?" Soalnya dengan nada prihatin. Nedinena tidak menyahut. Dia cuma mengangguk.

Segera dia berpaut ke kepala seat di hadapan Essac dan segera kembali berdiri.

Beberapa orang penumpang di sekeliling yang perasankan hal tadi, masing-masing senyum ke arah mereka, hal itu menambahkan lagi rasa malu dalam diri Nedinena.

Apa mampu dia buat? Cuma mampu balas sajalah senyuman-senyuman para penumpangnya itu.

Essac yang masih duduk di seatnya, masih cuba mengawal riak wajah yang sedari tadi, tidak henti-henti ingin tergelak. Sejujurnya, hatinya geli melihat sikap bekas teman wanitanya yang jelas-jelas sedang menahan rasa malu.

Dia juga terkejut tadi saat Nedinena tiba-tiba terduduk di atas ribanya. Tapi, pada masa yang sama, dia gembira, nampaknya, angin yang bertiup tadi, berpihak kepadanya untuk kembali mendapatkan Safieyah Nedinena.

"I... I... Nak pergi b..alik seat." Tergagap-gagap dia ingin menyatakan itu. Baru saja badan dipusingkan ke hadapan ingin mengatur langkah pergi, lengan mulusnya ditarik lembut.

"Lepas duduk atas riba I nak pergi macam tu aje?" Soalan dari bekas teman lelakinya itu buatkan dia kelu lidah. Dia pandang Essac. Ish, sengaja nak kenakan dialah tu.

"You ni... Bukannya I..." Tidak sempat dia hendak membebel, Essac hulurkan sebuah seni lukisan hasil daripada tangannya sendiri.

Nedinena senyap. Dia terkesima dengan lukisan cantik yang sedang menghiasi permandanganya ketika ini. Essac lukis gambar dia?

Oh ya. Baru dia ingat. Essac student art and design. Sudah tentulah setakat lukisan sebegini, mudah saja baginya untuk menyiapkannya dalam masa beberapa minit. 

Cantik. Bisik hatinya yang sedang berbunga. Sejak dua tahun lalu, memang ada satu perkara tentang Essac yang membuatkan dia sering tertarik dengan jejaka itu.

Bukan hanya kerana rupa, bukan juga harta, bukan pangkat, mahupun status hidupnya, tetapi... Lukisan. Ya, lukisannya.

Segaris senyuman nipis berjaya terbentuk. "Beautiful..." Pujian itu akhirnya terluncur keluar. Essac senyum bangga saat lukisannya dipuji.

Dia sudah agak. Nedinena masih peminat nombor satu hasil karya lukisannya. Tunggulah saat mereka mendarat di Boston nanti. Ada hadiah istimewa dia ingin beri pada wanita itu.

Memikirkan reaksi yang mungkin Nedine akan tunjuk nanti, dia tersenyum lebar.

"But not as beautiful as the real one.."

•••••••••••••••••••••••

"But not as beautiful as the real one.." Senyuman nipis di bibir merahnya tadi, mula padam. Mata dikecilkan memandang jejaka itu. Mulalah tu nak flirting bagai. Huh, jangan harap!

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now