11 Hours To Boston: Bab 28

1.7K 90 4
                                    

"Sorry

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sorry.." Dingin. Kalau bukan kerana pangkat jejaka itu ialah seorang pensyarah di Universiti Harvard ini sekarang, memang lambat lagi dia hendak ucap begitu.

Kes Nedine keluar dengan Dr. Alfie tempoh hari, belum selesai ya? Dia masih marah!

"It's okay.. you bergaduh apa dengan dia sampai mencarut tengah-tengah hallway ni?"

Essac jeling biji mata coklat uniknya itu. Semak pula dengan Dr. Alfie ni. Memang dia anti gamaknya dengan pensyarah pertukaran ini ya?

"Maaf, my bad I guess, tak sengaja." Ikhlas? Sudah tentu tidak. Dari cara pertuturan saja Dr. Alfie sudah boleh tafsir. Memang Essac tidak ikhlas meminta maaf.

"Tak apa. Saya tak harapkan awak ikhlas nak minta maaf, cuma tak elok. Kalau pelawat luar datang, bawa nama buruk pada Harvard saja nanti." Essac ketap rahang. Baik, memang salahnya. Dia yang mencarut pada Evelyn yang sudah hilang entah ke mana tadi.

"Baik. Saya minta maaf." Kali ini kedengaran lebih matang dan ikhlas caranya bertutur. Dr. Alfie senyum nipis saja mengeyakan.

"By the way, Nedine mana? Lama tak nampak dia. Saya ada call dia lepas dia balik dinner dengan saya. Tapi tidak berjawab pula. Dia ok kan?"

Mendengar itu, terasa berderau darahnya. Nanti, nanti, nanti... Nedine beri nombor telefonnya pada Dr. Alfie ini? Tetapi tidak beri pada dia? Ewah! Panas pula! Tengah-tengah musim salji begini boleh pula panas ya?

"Maaf tak tahu." Dingin. Cukup dingin. Api cemburunya pada waktu ini, bukan main membuak hadir. Terasa bagai ada api di sekelilingnya.

"Sac, are you coming? I need to go to the hospital immediately. Nedine still there. Dura is awake already."

Laungan Ghaze yang baru muncul dari kafeteria, kedengaran. Dia tampak cemas dan resah. Heh, Dura punya pasal, bagai nak ribut Ghaze dibuatnya ya?

Essac tunjuk isyarat supaya menunggunya di sana. Dia kembali menjatuhkan pandangan ke arah Dr. Alfie yang masih tegak berdiri bersama beg kulit berjenama mahal di tangan kanan.

"Nedine di mana tu? Tadi saya dengar kawan awak sebut hospital? Dia sakit?" Entah mengapa Essac semakin dilanda amarah. Acah-acah caring pula! Oii, kuatnya dia cemburu.

"Kawan dia yang sakit. Gotta go." Usai, dia berlari pergi begitu saja. Tanpa sempat Dr. Alfie bertanyakan apa-apa lagi, batang tubuhnya lesap terus dari pandangan.

•••••••••••••••••••••••

Massachusetts, General Hospital.

"Nedine!"

Laungan dari si jejaka tampan yang kelihatan cukup resah menggambar wajah itu buatkan dia berdiri dari kerusi di ruangan menunggu.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now