11 Hours To Boston: Bab 19

2K 97 3
                                    

"Amboi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Amboi.. cantiknya, nak pergi mana?" Teguran dari Dura yang masih baring di atas sofa ruang tamu bersama tubuhnya yang diselubungi duvet tebal buatkan Nedine berpaling dengan senyuman nipis.

"Dating kot." Jawabnya. Dura terkedu. Dalam tak larat, tak larat dia akibat demam pun, dia bangun juga kerana terkejut. "Dengan Dr. Alfie?"

Nedine ketawa lalu menggeleng kepala. "Dengan ex-boyfie kot. Panjang ceritanya, bila you dah sihat, I story. Ingat, jangan keluar, sejuk. Lagi satu semalam, Ghaze kesayangan you pesan. Kalau nak apa-apa panggil dia dekat rumah. Dia caring gila pasal you semalam."

Nedine mendekati Dura seketika. "You bercinta dengan dia tak bagitahu I ke?"

Pap!

"Auch,babe, sakitlah. Janganlah pukul tanya je." Nedine berkata. "M..mana ada. I terserempak dengan dia dekat lobi je. Patutlah dia caring, dia yang buat tangan I melecur ni ha."

Saja ubah topik. Bisik Nedine. "Ok, jangan tak nak sangat, nanti sangkut. Tak tahu." Saja Nedine mengusik. Habis cemberut wajah cantik rakannya itu.

"You tu! Dating dengan ex, jangan nanti kahwin dengan dia sudah. You lupa kes dua tahun lepas?" Nedine diam. Tidak dia tidak lupa saat Essac tinggalkan dia.

Saat seluruh rakan serta ahli keluarga mentertawakan dia kerana patah hati dengan cinta bodoh. Ya, keluarganya tahu, Nedine punya seorang teman lelaki dari keluarga kaya.

Tetapi, bagi mereka, mustahil. Mustahil lelaki itu mahukan Nedine, seorang pramugari tanpa sebarang kelulusan tinggi dalam bidang pendidikan.

Datang pula dari keluarga yang biasa saja. Apalah sangat dia di mata Essac sepatutnya. Tetapi, tidak. Dia tetap tidak lupa tentang kebaikan Essac.

Essac pernah jatuh cinta dengannya dulu. Dia tidak mengambil kesempatan. Dia ikhlas. Itu, Nedinena yakin. Jadi, saat Essac dilanda sebak dan sedih dalam jiwanya, dia akan mengambil kesempatan untuk merawat luka yang ditinggalkan itu. Dia mahu Essac gembira. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu lihat jejaka itu seperti semalam.

"Nothing serious. I told you, long story.. nanti I cerita. Bye, take care, jangan lupa makan ubat. Kalau tak, I panggil Ghaze."

Dura mencemberutkan wajahnya. Geram betul. Suka betul Nedine usik dia kan? "Ish, yelah. You pun. Elok-elok. Kalau Essac tu menggatal sangat, siku je dia."

Nedine tertawa ringkas. Sakit-sakit pun garang macam singa.

••••••••••••••••••••••••

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now