11 Hours To Boston: Bab 49

1.7K 80 0
                                    

"Awak dah lama jadi pramugari? Maaflah, saya tak ambil tahu pasal awak, kali terakhir kita jumpa pun masa umur 12 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak dah lama jadi pramugari? Maaflah, saya tak ambil tahu pasal awak, kali terakhir kita jumpa pun masa umur 12 tahun."

Sengaja Syed memulakan bicara. Sudah 30 minit mereka dilanda kesunyian janggal bahkan dengan keberadaan Safa di kerusi belakang.

"Err.."

"Kakak jadi pramugari sejak umur 19 tahun. Dah lama dah, sebab tu dia duduk Turki." Nedine yang baru hendak bersuara terkedu. Laju betul Safa jawab soalan Syed. Pelik.. Safa selalunya pendiam, tidaklah ramah begini.

"Ouh.. Jadi memang jarang-jarang kakak balik Malaysia ya?" Sudah alang-alang Safa yang menjawab, Syed terus mengajukan soalan kepadanya.

Nedine di kerusi penumpang bahagian hadapan, cuma senyap. Baguslah kalau Safa memang hendak tolong dia lari dari perlu berborak sakan dengan lelaki itu.

Tetapi... Pelik, Safa macam tahu-tahu pula dia tidak mahu rapatkan diri dengan Syed. Macam mana agaknya dia boleh tahu?

"Iye? Hurm... Jadi Safa akan tinggal sendiri dekat rumah dengan ibu dan abah?" Syed terus mengajukan soalan. Entah apa yang mereka bersoal jawab buat sebentar tadi, Nedine tidak perasan kerana sibuk dengan lamunannya.

"Iye.." Safa menjawab dari belakang. "Safa tak ada boyfriend?" Tiba-tiba tawa Safa pecah. Nedine turut mengalihkan pandangan ke belakang. Amboi, sakan betul budak ni.

"Lambertt lagi." Jawab adiknya itu. Nedine menggeleng kepala sambil membentuk senyum di bibir. Tidak lama kemudian, dia kembali beralih ke hadapan.

"Awak Nedine?" Tiba-tiba saja Syed kembali bersuara dengannya. Sebelah kening dijongket kurang pasti dengan soalan yang baru diajukan. "Huh?"

"Awak ada boyfriend?" Syed menyoal dengan lebih terperinci. Nedine menggenggam tangan halusnya sendiri, cincin berlian yang berkilau di jari manisnya diusap lembut. Hati mula mengenangkan Essac.

'Bukan setakat boyfriend, you patut tanya I dah ada calon suami ke belum.'

Bisiknya sendiri. "Entahlah." Dalam tidak sedar, perkataan itu terlepas dari mulutnya. Dia kerling ke sisi, lelaki itu sudah kembali fokus dengan pemanduan. Dia terasa gamaknya. "Maaflah, bukan masalah I." Bicara Nedine dalam hatinya lagi.

•••••••••••••••••••••••

"I..ini.. r..rumah s..s.. siapa?" Dura tercengang. Dia terkebil-kebil bertanyakan itu kepada Ghaze yang baru menurunkan luggage mereka berdua dari bonet kereta.

Saat ini, Dura kaget tanpa mampu mengungkapkan sebarang bicara. Gila tidak kaget, dia sedang berdiri di hadapan sebuah rumah agam yang mewah tidak terkata.

Bertemakan konsep kemodenan yang begitu sistematik. Setiap rekaan luar rumah agam ini direka dengan begitu sempurna. Tiada cacat celanya. Cantik sungguh.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now