11 Hours To Boston: Bab 33

1.6K 89 5
                                    

Ais krim berperisa vanila yang masih kemas dipegang di tangan kanannya itu, dijilat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ais krim berperisa vanila yang masih kemas dipegang di tangan kanannya itu, dijilat. Seraya mata hitam berkilatnya sibuk membundar comel memandang butir salji yang turun satu per satu indah dari dada langit malam Massachusetts.

Dia senyum terus menerus tanpa urat pipi dirasakan lenguh. Rasa seronok yang membuak hadir buatkan dia sungguh ceria berada di sisi jejaka itu.

Dia pandang Essac, sekali sekala, jejaka itu batuk dan bersin, namun apabila ditanya, bilangnya dia baik saja. Jadi, dia putuskan untuk berhenti bertanyakan soalan sedemikian berulang kali lagi.

"S..sedap?" Suara menggigil Essac dia dengar sedang bertanya padanya. Dia kembali toleh jejaka itu. Ais krim vanilanya, terus dijilat berulang kali.

Dia angguk. "You sakit ke?" Namun melihat bibir pucat itu, dia rasa tidak sedap hati. Mulut terus melontarkan soalan yang sama sejak tadi. Lagi sekali juga, jawapan jejaka itu sama. Tidak.

Dia angguk lagi. "Kalau macam tu, kita main ice skating nak?" Dia mengelip kelopak mata beberapa kali sehingga aksi comelnya terpapar jelas.

Essac garu kepala. Sekarang, sudah lewat. Tak akanlah dia nak terus bawa Nedine ke hulu ke hilir begini? "Nedine.. kita pergi lain kali boleh? Dah lewat ni." Cadangnya.

Nedine ketap bibir lalu mengangguk. Ya juga. Akhirnya dia setuju untuk terus pulang selepas ais krim di tangannya dihabiskan.

Jalan punya jalan dalam tidak sedar saja, mereka sudah menghampiri kawasan bangunan apartment mereka. "Nedine.." Dia lekas toleh ke kanan dimana jejaka itu sedang berjalan beriringan dengannya.

"Kenapa you tiba-tiba berubah lepas kita dating tujuh jam haritu?" Dia senyap. Nafas ditarik dalam sebelum proses exhale berlaku.

"Sebab I rasa you baik saja tanpa I. You ada orang sekeliling yang sayangkan you. You ada Alvin, ada Ghaze, family pun semua sayang you. Untuk apa I menyibuk dalam kehidupan you kan?"

Essac toleh Nedinena lama. "Sebab tu you saja mengaku you suka Dr. Alfie? Sebab tu juga you setuju untuk keluar dengan dia?" Soalnya lagi. Serius.

"Tak. I memang suka dia. Dia baik. Pandai ambil hati I. Peramah dan mesra dengan I. Dia pandai mengalah dengan I. Bukan macam you, ego."

Aduh. Sentap pula dibandingkan begitu. "Habis? You nak siapa? dia atau I?" Essac makin rasa dia diputar belit. "Neither you, nor him." Ini jawapan jenis apa sebenarnya?

••••••••••••••••••••••

"Neither you, nor him." Ini jawapan jenis apa sebenarnya? Essac rasa sebal dengan Nedine yang tidak henti buat dia keliru.

"Nedine..."

"Essac... I tak nak." Mereka jeda. "T...a...nak?" Nedine pejam matanya lama seolah sedang mengumpul kekuatan.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now