11 Hours To Boston: Bab 34

1.6K 85 2
                                    

Tok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tok... Tok... Tok...

"Essac... Buka pintu..." Laungan lantang Alvin dari balik pintu sana tidak diendahkan. Dia terus menyelubungi tubuh dengan duvet tebalnya.

Bersin tidak henti menyinggah, begitu juga dengan batuk yang tidak henti menyerang.

"Sac.. bukalah please.. makan ubat demam dulu. Nanti kau lambat baik." Ghaze juga turut mengetuk pintu meminta rakannya berbuat demikian.

Ya, inilah situasi mereka setiap kali Essac dijangkiti demam. Tak mahu makan ubat. Persis anak kecil, walhal sudah tua!

"Essac... Kitorang pecahkan pintu ni eh? Tapi nanti kau bayar baliklah pintu baru... Kitorang pecahkan eh?" Alvin terus bersuara dari luar.

Dia tidak henti mengetuk kuat pintu bilik rakannya itu. Namun, masih gagal. Essac tidak memberi sebarang sahutan.

"Eh, dia senyap tu, hidup ke mati?" Tiba-tiba mereka saling berpandangan. Mata masing-masing membundar laju.

Tok! Tok! Tok!

"Essac! Kau mati ke?! Hoi.. buka dulu pintu! Kau betul-betul mati ke dalam tu?!" Alvin kedengaran sangat serius. Jantung kedua mereka berdetak laju. Sehinggalah...

Plak!

"K... Korang nak apa? Hachoo!" Soalan diajukan sambil bersin menyerang tiba-tiba lagi. Hidung merahnya digisai beberapa kali.

"Oh.. hidup lagi lah." Alvin siku Ghaze, rakannya itu tersenyum polis. Namun, perhatian mereka berdua kembali dialihkan pada Essac yang berdiri lemah di hadapan pintu biliknya.

"Essac, kau ni macam teruk aje.. kita pergi hospital nak?" Mendengar itu, Essac laju geleng kepalanya. Tepat juga pada saat itu, matanya menangkap sepapan ubat demam di tangan Alvin. Dia menjauhi rakan-rakannya dengan menggerakkan satu langkah kebelakang.

"Aku tak nak ubat. Dah lah.. pergilah, nanti aku oklah. Janganlah kacau aku nak tidur." Essac mengeluh panjang.

Ghaze dan Alvin keduanya tertunduk serba salah. "Tapi.. telan sebiji ubat ni aje please... Nanti kau oklah." Essac jeling Alvin.

"Kau nak terus paksa aku makan ubat atau kau nak aku sumbat kau dalam jamban baru kau nak diam?" Belum sempat mereka ingin terus memujuk Essac untuk makan ubat, pintu biliknya sudah dihempas terlebih dahulu.

Bam!

"Marah betul tu." Alvin garu kepala. "Dia bergaduh dengan Nedinena semalam. Nedinena menangis." Alvin terkejut dengan hal yang baru disampaikan oleh Ghaze.

"Apa dia buat sampai Nedine menangis?" Soalan itu terus dikemukakan laju pada rakannya itu.

"Tak tahu. Tapi itu yang aku dengar. Mungkin sebab tu dia moody harini." Bidik Ghaze sambil dia bergerak ke sofa ruang tamu.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now