11 Hours To Boston: Bab 43

1.7K 90 3
                                    

Throwback

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Throwback

"So? Is it mean uncle kena goda dia semula?" Sebenarnya, ini kerja bodoh. Minta tolong budak-budak kecil yang baru berumur tujuh tahun untuk membantunya dalam misi mendapatkan kembali Nedine? Ya. Ini kerja bodoh. Juga kerja gila.

"Yes Uncle Essac, of course... Tak akan itu pun tak tahu?"

Serentak pasangan kembar bersuara membalas pertanyaan polos daripada uncle mereka.

"Tapi macam mana? Uncle dah buat macam-macam untuk tarik perhatian dia. Uncle siap ikut cakap korang untuk buat misi tujuh jam mengorat dia tahu?" Essac berguling-guling dengan gelisah di atas katil empuknya.

Sejujurnya, dia sudah buntu. Nak minta tolong siapa dia pun tidak tahu, kalau ditanya Ghaze, nampak seperti dia pun sedang mempunyai masalah soal hati dan perasaan dengan Si Dura. Ya, bukannya Essac tidak perasan, cuma dia tidak mahu membuka soal ini dihadapan Ghaze lagi.

Alvin? Dia asyik sibuk dengan teman-teman wanitanya di universiti. Mentang-mentang pointer akhir ujian tempoh hari tinggi, bukan main sakan dia sekarang.

"Uncle, cuba uncle ingat balik, apa yang uncle selalu buat dengan Aunty Nedine dulu-dulu?" Dhafiqi mula membuka mulut berceloteh ingin menyumbang idea buat bapa saudaranya itu.

Essac garu-garu kepalanya. Dia bingung. Apa aje yang dia sering buat dengan Nedine dulu-duku?

"Dulu-dulu?" Soalnya.

Daisy dan Dhafiqi mengangguk serentak di dalam skrin telefon yang memaparkan jelas imej mereka.

"Masa korang tengah bercinta.." Sambung Si Daisy pula. Dia tersengih-sengih sendiri. Macam manalah Uncle Essac dia tu bila bercinta ya? Tiba-tiba dia terfikir sendiri. Ehek! Gatal. Beritahu mama papa baru tahu.

"Ouh! Uncle rasa uncle tahu!"

End of flashback...

Gerakan mereka padan. Amat padan dengan rentak muzik. Kaki kanan melangkah perlahan, diikuti dengan langkah kaki kiri terus kehadapan.

Lentok badan, elok sungguh berpusing kemudian kembali merapati jejaka di hadapannya. "I told you this is going to be fun." Bisikan menerpa telinga wanita di hadapannya itu.

"Kita selalu menari macam ni dulu-dulu ingat tak? Waktu birthday I, you pasang my favorite playlist, kita menari dekat atas kapal yacht..."

Sewaktu Essac sibuk mengungkit kenangan silam yang manis buat mereka berdua, Nedine kelihatan terkebil-kebil cuba mengingati.

"Penang, you ingat tak? I tipu mama I, cakap I pergi Penang sebab nak siapkan assignment lukisan, nak lukis gambar permandangan Bukit Bendera, padahal, pergi birthday date celebration dengan you.."

11 HOURS TO BOSTON ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora