11 Hours To Boston: Bab 35

1.8K 82 2
                                    

Pintu dibuka cemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dibuka cemas. Lekas kaki masing-masing dihayun ke arah bilik Essac yang pintunya separa terbuka. "Essac!" Alvin dan Ghaze serentak dengan cemas menyeru dia.

Tubuh yang sudah terterap di atas lantai bersebelahan katil, dipapah bangun. Tangan sasa itu sudah mengalirkan cecair hangat yang berwarna merah pekat dek sisa kaca yang pecah berkecai.

Mungkin kerana tangannya terhentak sekali dengan bingkai gambar kaca itu. Motif Essac mengambil gambar itu? Mereka sendiri tidak tahu. Ya, gambar Nelydia Erica.

"You guys tak nak bawa Essac pergi hospital ke?" Soalan yang kedengaran agak prihatin milik Dura, dibalas dengan gelengan.

"Bukan tak nak, tapi nanti Essac mengamuk. Dia memang sakit tak pergi hospital." Jawab Ghaze sambil dia mengutip serpihan-serpihan bingkai kaca tadi. Manakala tatkala ini, Nedine membantu Alvin naikkan Essac ke katil.

"Badan dia panas.." Nedine bersuara sebak. Melihat Essac begini, hatinya sering terguris? Mengapa?

"Dia tak makan ubat, dari semalam dia dah demam, masa keluar dengan you pun dia demam." Penjelasan Alvin, buatkan Nedine lagi terkejut.

Dia tidak tahu yang Essac demam semalam. Patutlah asyik bersin dan batuk. Juga, patutlah Essac asyik ajak dia balik.

Tubuh lemah Essac kembali didudukkan bersandar pada kepala katil. Namun, kepala itu tidak henti terlentok dengan sendirinya. Essac bahkan tidak sedar apa yang berlaku ketika ini.

Nedine merapati bekas teman lelakinya itu. Dia bantu Essac baringkan tubuh semula sementara dia meminta Alvin untuk mengambil peti kecemasan bagi merawat luka di tangan Essac terlebih dahulu.

"Ni.," Kata Alvin seraya peti kecemasan yang diminta, diserahkan pada Nedine. Dia mulakan tugas merawat luka yang masih basah di tangan jejaka itu.

Sekali sekala wajah pucatnya berkerut, mungkin kerana sakit terasa tetapi dia tidak mampu untuk buka matanya.

Ghaze yang sudah selesai mengutip serpihan-serpihan bingkai gambar kaca yang bertaburan di lantai tadi, kini bangun meninggalkan bilik. Dura yang berada di hadapan pintu bilik itu, membuka laluan. Lagi sekali mereka perlu berhadapan dengan kejanggalan.

"You ada stock cool fever lagi?" Tiba-tiba Nedine menyoal itu pada Alvin. Dia angguk. "Ambilkan." Arahnya. Tidak lama kemudian, Dura dipandang. "Boleh tolong I cari kain kecil? Basahkan.. I nak jeram kepala Essac, panas sangat." Pintanya.

Dura tanpa sebarang halangan, mengangguk laju.

•••••••••••••••••••••••

Seperti yang dimintanya, cool fever bersama dengan kain tuala yang bersaiz kecil, kian tiba.

Dia lekatkan cool fever itu di dahi bekas teman lelakinya. Tanpa berlengah lagi, kain tuala yang sudah dibasahkan oleh Dura dengan air sejuk, kini dia jeram di sekeliling wajah pucat Essac.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now