11 Hours To Boston: Bab 42

1.6K 71 1
                                    

"Kakak dah kata! Ibu dan abah tak ada hak nak tentukan hidup kakak! Tolonglah berhenti desak kakak macam ni!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kakak dah kata! Ibu dan abah tak ada hak nak tentukan hidup kakak! Tolonglah berhenti desak kakak macam ni!"

Puan Nadhirah menarik dalam nafasnya menerima jerkahan sebegitu kurang ajar daripada anak sendiri. Sungguh, kalau Nedine di hadapannya, silap makan penampar anak sulungnya itu.

"Ibu dan abah dah terima Syed dah pun. Kakak je yang belum. Baik! Ibu dan abah akan tunggu kakak balik. Sampai saja kakak dekat airport, status kakak berubah kepada tunang orang. Faham?"

Bibir merah yang tercalit sedikit warna gincu itu, diketap kuat. "Ibu dan abah kenapa sebenarnya?" Lemah. Lemah dia menyoal itu.

Telefon di dalam tangan Puan Nadhirah mula diambil oleh Encik Safwan pula. Kini, dia ialah pemanggil utama.

"Kami cuma nak Nedine bahagia. Tak terpesong, tak salah pilih. Itu aje! Susah sangat ke?"

Merah wajah Encik Safwan saat dia membicarakan itu kepada anaknya. Makin lama, Nedine makin runsing dengan sikap ikut kepala sendiri ibu bapanya ini.

"Bahagia? Nak kakak bahagia tapi macam ni? Rasanya ibu dengan abah yang silap. Maafkan kakak."

Panggilan tamat. Tamat seusai dia sendiri yang menekan butang tutup di permukaan skrin telefon. Rimas, serabut, semak. Semua rasa itu bercampur-baur.

Kalau boleh, dia nak saja baling telefonnya biar pecah mencium permukaan dinding. Kalau bukan kerana telefon ini hadiah daripada Essac akibat kes dia sesat di belakang ceruk bangunan bulan lepas dan telefonnya berkecai, memang dah lama telefon di tangannya sekarang, berkecai lagi atas sebab yang sama.

Ibu dan abahnya.

Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Dia bersandar lelah di kepala katil. Buat penat saja dia seterika baju dress elegan ini bagai, kononnya teruja hendak hadir ke penutupan pameran lukisan sesi akhir bagi musim sejuk di galeri Essac.

Akhirnya? Panggilan dari ibu dan abah dah rosakkannya segalanya.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu oleh seseorang dari luar sana, buat dia melepaskan keluhan kecil. Walaupun hati sedang dilanda gundah-gulana, dia tetap berpura mengukir senyum di bibir merahnya.

Daun pintu dikuak lembut. "Ye Dura?" Dia menyoal rakannya yang kelihatan sangat manis di dalam gaun panjang berwarna rose gold itu. Padan sekali dengan warna kulit Dura yang putih melepak.

"Jomlah gerak, tak sabar ni." Wajahnya teruja sungguh saat mengajak rakannya yang masih berada di dalam bilik tidur itu. Nedine senyum padanya. Dia angguk kepala.

"Jom.." Disebalik kepuraannya itu, masih terselit sedikit aura murung di dalam diri. Sejujurnya, dia tidak mahu sesiapa perasankan hal ini. Jadi, dia perlu terus berpura baik.

•••••••••••••••••••••••

Sekeliling begitu indah dihiasi dengan potret-potret menarik bertemakan musim sejuk. Potret-potret lukisan ini, menjadi tumpuan setiap para pengunjung yang hadir. Kalau ikutkan jumlah pengunjung pada hari ini, mungkin lebih daripada jangkaan.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now