11 Hours To Boston: Bab 40

1.8K 83 2
                                    

"You nak cari dia dekat mana? Dah malam ni, lagipun you kan baru nak baik demam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You nak cari dia dekat mana? Dah malam ni, lagipun you kan baru nak baik demam.." Kata-kata Dura, buatkan dia berpaling ke belakang semula memandang ke arah wanita itu bersama rakan-rakannya yang duduk di sofa.

"Betul tu Sac.. nanti, demam pula kau balik, tak akan asyik nak missed kelas?" Ghaze juga setuju dengan kata-kata Dura.

"Habis? Korang nak biar Nedine hilang macam tu aje? Sekarang dah dua jam kita tunggu, hari dah pukul 2.00 pagi.. Kalau apa-apa jadi dekat dia? Macam mana?!" Suara garaunya naik seoktaf saat perasaan sebal menyelubungi diri.

"Sac, memanglah, habis kalau kau keluar cari? Kau yakin kau akan jumpa dia? Tengok luar? Salji turun, mesti sejuk.. Kalau kau sakit balik nanti, kitorang juga yang susah lagi." Alvin bangun dari sofa seraya mulut berbicara, langkah kaki dihayun mendekati rakannya yang sudah memegang tombol pintu.

"Aku tak akan susahkan korang, tapi please, let me go and find her.. what if she's in danger right now?" Kemungkinan-kemungkinan negatif, mula laju muncul di benaknya. Sejujurnya, dia takut kalau apa-apa buruk terjadi pada Nedinena.

"Kita cari sama-sama?" Ghaze bercadang. "Nedine mungkin tak jauh dari galeri kau, rasanya dia tersilap jalan, mungkin sesat belakang blok bangunan." Dia sambung dengan menyatakan teorinya.

"Mungkin.. Tapi yang I risau, dia tak jawab telefon. Kenapa agaknya? Telefon dia habis bateri ke?" Dura mula pamerkan riak risau juga.

Ini, kali pertama Nedine tidak angkat telefon. Selalunya, rakannya itu, akan melekat saja bersama telefon. Kerana itulah dia dapat rasakan yang ada sesuatu menimpa rakannya itu sekarang.

"Tak apa Dura, I keluar dulu, you semua lock rumah lepas tu keluar cari dia, nanti, apa-apa I telefon." Essac sudah memulas tombol pintu. Dalam masa tidak kurang sesaat, pintu yang tadinya terbuka, sudah tertutup kembali.

Begitu cemas dia. Rakan-rakannya yang lain, tidak menghalang lagi, dari riak Essac saja, mereka tahu, mereka tidak akan mampu menghalang Essac dari keluar pergi mencari Nedine.

Hurmm, efforts seorang Essac Damien.. bilalah Nedine hendak nampak agaknya?

Tinggallah Dura, Ghaze dan Alvin di dalam rumah. Masing-masing agak janggal seketika, lagi-lagi apabila aksi boxer tadi, menyinggah kembali ingatan masing-masing.

Alvin lah yang paling malu, manalah dia tahu ada Dura di depan pintu, dia hendak tanya Ghaze pasal boxer mereka yang kebetulan berwarna sama. Tiba-tiba ada pula Si Dura di pintu sana. Merah wajahnya.

"J..jadi.. korang memang share-share boxer eh?" Ghaze tiba-tiba terbatuk. Begitu juga Alvin.

"Sharing is caring.. it's okay, it's okay." Dengan wajah yang masih merah akibat tidak dapat menahan malu, Alvin selamba menuturkan itu.

Bantal sofa dicapai Ghaze, dia baling itu pada Alvin yang ingin mendekati sofa berhadapannya. "Bila masa kita kongsi spender? Kau jangan macam-macam!" Dalam hati, Dura ketawa. Ini, kali pertama dia selamba berborak pasal seluar dalam dengan lelaki.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now