11 Hours To Boston: Bab 50

1.9K 77 3
                                    

Uhuk! Uhuk!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Uhuk! Uhuk!

Edward terkejut sehingga tersedak saat dia mengunyah makanan. Anak gadisnya di sisi terkebil-kebil melihat si ayah begitu. Dia menggaru kepala dengan jari kecilnya.

Essac yang melihat aksi abangnya, turut tertawa kecil. Jarang-jarang Edward buat lawak. "Kau gila ke?"

Selang beberapa minit saja, Edward kembali serius selepas dia meneguk air yang dihulurkan Clara. Pelik-pelik anaknya itu.

"Hahahaha, kau ni, nampak aje serius kan? Sekali tersedak, nampak comel pula.." Essac sempat mengusik abangnya. Senggang beberapa saat, dia terus menerima jelingan.

"Aihh.. jangan jeling-jeling.. sekarang, kau kena tolong aku." Pintanya. "Tolong? Tolong kau? Tak nak aku, tak pasal-pasal aku kena dengan papa," ujar Edward.

"Ala... Kau je boleh tolong aku... Sebenarnya, aku dah minta mama pinangkan Nedine tu... Mama ada pergi tak?" Essac mengjongket sebelah keningnya ingin mendapatkan kepastian.

Edward mengangguk. "Tapi..."

"Tapi apa?" Belum sempat si abang menghabiskan ayat, dia sudah memotong terlebih dahulu. "Tapi, diorang tolak."

Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Kali ini, Essac pula yang berganti tersedak. Clara yang duduk di kerusi bayi, semakin keliru. Apa jugalah daddy dengan uncle dia ni, dia yang kecil pun, tak makan tersedak-sedak begitu.

Dia capai air yang ada di sisi daddynya tadi, kemudian menyerahkan air Coca-Cola di dalam cup Macdonald itu kepada unclenya pula.

"Ape uncle ngan addy ni.. makan la leklok.." Petah mulut Clara membebel dengan pelat pada ayah dan pakciknya. Dia kemudian kembali menguyah kentang goreng Macdonald.

Edward tersengih, begitu juga Essac. Pipi anaknya dicubit manja. Manakala Essac pula, terus menyedut air minuman yang diserahkan gadis kecil itu.

"Ey, kau serius ke ni? Keluarga dia tolak pinangan aku, sedangkan dia terima lamaran aku?" Essac melentokkan kepala ke atas meja makan kedai Macdonald, gaya kecewa.

Edward menggeleng kepala. "Kau bincanglah dengan mama dan papa. Aku tak nak masuk campur.." Edward awal-awal sudah berkata demikian.

"Ala... Kau kan abang kesayangan aku... Tolonglah aku... Minta la mama dengan papa pinang Nedine sekali lagi... Haritu kita berurusan dengan family dia, susah sikit, ni, dia dah balik Malaysia, jadi... Senang sikit, dia yang akan buat keputusan." Essac menyakinkan abangnya lagi.

Edward kemudian terus mengeluh. "Tapi... Diorang tolak sebab katanya, Nedine already have a fiance... His name... Syed Iskandar."

Essac sekali lagi melentokkan kepala ke permukaan meja. "Ish! Asyik-asyik budak Syed tu! Aku sure lah aku lagi handsome!"

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now