11 Hours To Boston: Bab 11

2.2K 111 3
                                    

Berus cat di tangannya diletakkan kembali ke dalam cawan biru gelap yang ada di atas permukaan meja di sisi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berus cat di tangannya diletakkan kembali ke dalam cawan biru gelap yang ada di atas permukaan meja di sisi. Lukisan yang separuh siap itu, ditilik sebentar.

Mengapa tiba-tiba memori dua lalu tahun muncul kembali?

"I nak break up." Sebaris ayat itu, cuma dituturkan dengan intonasi biasa, tetapi, mengapa ianya begitu menusuk hingga ke dalam jiwa?

Dia senyap. Tidak.. kedua mereka senyap. Saat situasi mula terasa tegang, dia berdiri dari duduknya. "Sit down please.." Teman wanitanya merayu. Air mata, mula menitis lembut mengalir jatuh membasahi pipi merah itu.

Dia tidak menurut. Sebaliknya, dia kaku berdiri. Pada masa yang sama, bunyi petir yang menyambar dada langit menambahkan ketegangan di situ.

"Kenapa?" Soal teman wanitanya itu. Dia angkat bahu buatkan hati Nedinena semakin hancur lebur. Riak Essac, serupa orang tidak berperasaan. Serupa dia tidak pernah punya perasaan terhadap Nedinena selama ini.

"You... You nak break, tanpa sebab?" Soal Nedine lagi. Suaranya mula bergetar hebat.

"I dapat tawaran Universiti Harvard. It can be the reason.." Senangnya.. begitu saja? Kerana dia mahu sambung belajar, perasaan wanita yang selama ini menyayanginya sepenuh jiwa, dibiarkan saja?

"It.. it can be the reason? Apa maksud you? Essac.. you janji you nak bawa I jumpa family you, you kata nak kahwin dengan I hujung tahun ni.."

Belum habis lagi. Dia kesat tubir matanya. "I tak halang you belajar sayang.. silakan. Capai impian you. Tapi jangan hampakan impian I. You are my dream.. how can you.."

Essac menggeleng kepala. Saat ini, entah mengapa dia rasa tawar hati. Bukan salah sesiapa. Bukan juga dia ingin menyalahkan. Ini semua takdir. Dia tidak boleh terus bercinta tanpa kepastian.

Nedinena, wanita itu, ya, dia sayang Nedinena. Tetapi... Hatinya berat untuk bawa hubungan ini kepada situasi yang lebih serius.

Mereka muda. Masih terlalu muda. Banyak yang dia perlu belajar. Begitu juga Nedinena. "Sorry.. I have to go. Enjoy you coffee.." Begitu saja dia tinggalkan teman wanitanya di kafe itu. Saat dia berjalan keluar, Nedinena berlari mengejarnya...

Nafas dihela. Bila dia fikirkan kembali, patutlah Nedinena marah sangat pada dia. Apa yang dia buat dulu, bukan mudah untuk dimaafkan.

Dia akui itu salahnya. Dia tinggalkan Nedine yang begitu mencintainya. Dia putuskan hubungan cinta mereka. Kini, dia yang berharap kembali. Logiklah kalau Nedine betul-betul bencikan dia.

Tok.. tok.. tok..

Ketukan pintu dari Alvin buatkan hujung ekor mata coklat unik itu segera dialihkan ke sana. Dia jongket sebelah kening tanda bertanya mengapa..

"Kau busy? Tak dinner?" Soal rakannya yang bersandar bahu di sisi pintu itu. Dia geleng. "Aku tak lapar.. makanlah.. tak payah tinggalkan." Balas Essac tenang seraya kepala kembali dipusingkan ke arah lukisan seorang pramugari Turkish Airlines yang sedang berdiri memandang ke arah langit biru. Di atasnya, terdapat sebuah pesawat Turkish Airlines yang megah berlegar di udara.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now