11 Hours To Boston: Bab 66

1.9K 76 1
                                    

Essac yang sedang berpegangan tangan dengan Nedine kelihatan begitu cemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Essac yang sedang berpegangan tangan dengan Nedine kelihatan begitu cemas. sesekali Essac memutarkan mata coklat uniknya ke sekeliling kawasan ruangan hospital. niat mereka hendak menuju ke kaunter untuk bertanya kepada jururawat tentang keberadaaan Ghaze, kini terbatal saat mereka disapa oleh seorang lelaki separa umur.

"Ini kawan Ghaze ya? Essac?" Laju Essac mengangguk. "I..Ini.. Paklong Ghaffar kalau saya tak silap? Ayah saudara dia?" Tengku Ghaffar mengangguk.

"Macam mana dengan Ghaze?" Saat Essac meneruskan persoalannya, Nedine sekadar terus berpegangan tangan dengan suaminya sambil menunggu jawapan yang sama.

"Ikut saya dulu..." Sudah dipinta begitu oleh ayah saudara Ghaze, mereka menurut saja. Langkah kini dihayun menuju ke wad kecemasan.

Sesaat mereka tiba di ruangan menunggu wad tersebut, Nedine agak terkejut. Tidak kurang juga Essac. Memanglah di sudut kanan kerusi, Alvin yang sedang duduk bersama wajah risaunya.

Manakala yang sedikit mengejutkan ialah di sudut kiri kerusi di ruangan menunggu wad itu. Dura yang duduk dalam keadaan matanya merah dan sembab. sekali tilik, sesiapa saja boleh meneka yang dia baru lepas menangis.

Essac toleh kepala memandang isterinya disisi, walaupun dalam keadaan keliru dia boleh lihat dan sekaligus rasakan kesedihan Dura berkenaan Ghaze. Oleh sebab itu, dia arahkan isterinya untuk mendekati Dura.

"D... Dura..." Dura yang sememangnya tidak perasankan kelibat rakan baiknya itu, kini mula mengangkat wajah yang sudah merah akibat tangisan sedari tadi. Tubir matanya kembali terasa hangat.

Bersama fikiran yang masih terlalu bercelaru memikirkan hal yang menimpa suaminya, sekali lagi dia menangis. Nedine laju melabuhkan punggung bersebelahan rakan baiknya itu. "Mana you pergi selama ni? Macam mana you boleh end up kat sini? Bila you terbang pergi Boston ni Dura? W.. What is actually going on babe?" Sambil belakang tubuh rakan baiknya itu diusap, dia bertanya.

"Ni semua salah I, M...macam mana kalau jadi apa-apa dekat Ghaze Nedine? I... I... I... tak boleh hidup tanpa dia Nedine. Siapa nak jaga I dengan Stella?" Dura yang meraung dalam tangisnya sekadar dipeluk Nedine erat. Mungkin apa yang Dura cakapkan sekarang masih belum dia fahami.

Namun dia tahu dalam situasi sekarang, tidak sesuai untuk dia minta Dura jelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi Sungguh dia keliru, mengapa Dura sangat terkesan dengan berita Ghaze ditikam ini?

Sudah lama mereka tidak bertemu sejak kali pertama mendarat di Malaysia dahulu. Mungkin itu belum cukup lama bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nedine yang sudah mengalami pelbagai musibah. Ya, baginya memang tempoh masa itu cukup lama.

Bermakna, memang dia sudah tidak dengar khabar berita daripada Dura untuk jangka masa yang cukup lama. Mungkin ada sesuatu antara Dura dan Ghaze yang dia tidak tahu. Dan mungkin kerana itu juga, Dura sebegini resah atas kejaian yang menimpa Ghaze.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now