11 Hours To Boston: Bab 18

2K 102 10
                                    

Sepi melanda dan terus lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepi melanda dan terus lagi. Selepas puas dengan juraian air matanya tadi, dia kini senyap. Begitu juga jejaka di sisi.
Sekali sekala dia menoleh ke arah Essac yang termenung saja memandang kanvas lukisan di atas easel stand kayu dihadapan mereka.

"Y..you o..ok?" Agak janggal dia menyoal. Essac tidak membalas. Dia seolah berada di dalam dunianya sendiri. "E..Essac.." Setelah namanya diseru, barulah dia seolah kembali ke realiti.

Dia menoleh pula memandang wanita di sisi. "A..apa you cakap?" Dia soal Nedine kembali. "I tanya, you ok tak?" Dia terpaksa soal kembali soalannya tadi. Essac senyap. Dia pun tidak tahu, dia ok atau tidak.

"You tak mahu beritahu I apa yang dah jadi?" Nedine mula membuka kisah tadi. Dia tidak boleh lupa bagaimana dia tiba-tiba menangis selepas mengetahui berita tentang Erica. Arwah adik perempuan Essac.

Essac masih diam. "Y..you.." Baru Nedine hendak teruskan bicaranya, dia dipotong. "Nedine jom balik. I penat." Dia berdiri. Terus kaki panjangnya melangkah ke dinding, suis lampu studio lukisan miliknya ini, ditutup.

Pintu dikuak. Nedine yang memerhatikan tingkah laku itu, memahami. Dia tahu Essac tidak mahu cerita kisah sebenar lagi. Dia mengerti.

Dia bangun dari duduknya lantas mengatur langkah ke pintu yang sudah dibuka jejaka itu.

Dia cuma perhatikan Essac. Mengapa dia dapat rasa, jauh di sudut hati, dia tahu Essac sedang menangis. Cuma dia tidak menunjuknya.

Plak!

"I'm home!" Laungan Alvin begitu riang. Dia melangkah masuk bersama beberapa gulung kertas lakaran beberapa buah bangunan di tangannya.

Bahu masih menggalas beg sandang berwarna hitam. Telinganya menangkap bunyi kucar-kacir dari arah dapur. Segera kaki menghayun langkah galah ke ceruk sana.

"Ghaze? Are you cooking?" Agak terkejut reaksinya. Yalah. Ghaze memasak. Nanti, sejak bila Ghaze pandai memasak?

"Bro, tolong rasa ni, ok tak?" Belum sempat apa-apa lagi, dia sumbat sudu yang sudah dipenuhi dengan bubur di permukaan itu ke dalam mulut rakannya.

Menggelupur Alvin saat terasa lidahnya terbakar. "Panaslah!" Dia pukul rakannya itu. Nak bagi rasa pun tiup-tiup lah dulu!

"Hehe. Sorry, tapi sedapkan?" Alvin tidak menafikannya. Ya, bubur itu sedap. "Sedap. Tapi.. kenapa kau tiba-tiba masak bubur?" Alvin terus bertanya. Air kosong di dalam gelas yang baru diisinya, diteguk beberapa kali.

"Untuk cinta hati aku." Dia membalas pertanyaan rakannya tadi dengan sengihan lebar yang tidak lekang di wajah.

Alvin cuma memerhati. Ghaze ambil bekas Tupperware, lalu dia penuhkan bekas itu dengan bubur yang dimasaknya. Dia keluarkan sebuah beg pakai buang berwarna merah jambu, lalu bekas bubur bersama dengan ubat demam beserta cool fever dimasukkan ke dalam beg tersebut.

11 HOURS TO BOSTON ✓Where stories live. Discover now