QN 1

4.2K 144 3
                                    

Qaid Uzair berdiri dihadapan sebuah kilang di kawasan perindustrian Kilang Lama. Kilang bernama Saeki Electronics (Malaysia) merupakan sebuah kilang yang membekalkan komponen kepada kilang membuat peralatan elektronik.

Kehadirannya disini semestinya menjalankan tugas undercover yang baru selepas selesai misi membenteras lanun di sebuah pulau di utara tanahair. Misi kali ini hanya ditemani oleh Khairul Muhaimin @ Kai dan seorang anggota baru bernama Rahul.

Walaupun ditemani oleh Kai tetapi dia tetap berasa rindu dengan pasukannya yang dahulu iaitu pasukan Lion of the Desert: Ghadi, Jai, Orlando dan Kecik.
Entah dimana mereka bertugas sekarang tetapi yang nyata ketua mereka iaitu Ghadi sedang berbahagia dengan pasangannya Naura.

"Wahh! Bestnya bertugas disini. Mesti ramai awek kan. Cerah mata aku." Kai memecah kesunyian diantara mereka.
Muka memang nampak teruja.

"Hello Kai, kita datang sini untuk jalankan misi bukan cari jodoh." Rahul anggota baru teruja untuk menjalankan misi pertamanya.

"Relaks la Rahul, sambil kerja sambil mengorat."

"Yalah Kai, sambil menyelam biar lemas terus kan."

"Mana kau belajar simpulan bahasa ni?
Fail. Sambil menyelam minum air la."

"Eh! Sudah tukar ka?"

Qaid yang dari tadi hanya mendiamkan diri tanpa mahu masuk campur dalam perbualan rakan-rakannya. Mereka menunggu pegawai dari Human Resource (HR), Cik Jaya untuk mengetahui tempat kerja mereka.

Sementara menunggu Cik Jaya, Kai dan Rahul asyik bersembang dan Qaid sedang termenung. Fikirannya merawang jauh entah kemana. Dia tidak sangka kembali menjejakkan kaki di bandar ini lagi. Bandar dimana dia menuntut ilmu lapan tahun yang lalu.

Dia ditawarkan di sekolah elit di sini ketika ingin belajar ke tingkatan enam.
Di sini juga dia mengenal erti kasih dan persahabatan dan semua itu menjadi kenangan yang indah kepadanya.

Dia tidak lagi menjejakkan kaki di sini setelah habis belajar. Selepas menjadi pegawai polis pun dia ditugaskan di tempat lain dan tidak berpeluang kembali ke bandar ini. Hari ini dia kembali walaupun sekadar menjalankan misi tetapi dia tetap berasa gembira.

"Hello, selamat datang ke Saeki Electronics. Saya Cik Jaya pegawai HR kilang ini. Saya harap anda akan suka bekerja disini."

Qaid terkejut dari lamunan sementara Rahul tersenyum lebar seperti menang loteri selepas melihat Cik Jaya. Rahul lantas menyigung Kai.

"Aku dah nampak jodoh aku."

"Tadi kata kat aku."

"Err..encik ada masalah ka?" Cik Jaya melihat Kai dan Rahul sedang berbisik.

"Eh! Tak adalah, kami rasa dah seronok nak kerja kat sini." Rahul senyum simpul.

"Okey kalau begitu sila ikut saya ke pejabat untuk urusan dokumentasi. Kemudian saya akan bawa kamu semua ke production store. Manager store ialah Mr. Lim tapi maaflah sebab bahagian store semuanya lelaki."

"Tu dia sekali dia cakap tak ada brake langsung." Rahul tarik muka apabila Kai ketawakan dia.

"Kerja dia kan, mestilah dia cakap banyak." Rahul membela Cik Jaya.

"Setakat ini ada apa-apa soalan nak tanya?"

"Err..Cik Jaya dah kahwin ka belum?"

Kai dan Qaid sama-sama menyigung rusuk Rahul.

"Adoi!! Kau orang ni kenapa? Dah dia suruh tanya, aku tanyalah."

"Agak-agaklah nak tanya, peribadi orang tu."

"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lencun satu badan."

"Rahul dan simpulan bahasa dia."

"Peribahasalah."

Cik Jaya tertawa kecil melihat telatah mereka terutamanya Rahul.

"You are so funny."

"So?"

"So what?"

"Are you married or not?"

"Engaged."

"Melepas."

Hahaha padan muka Rahul, baru nak masuk jarum, burung sudah terbang.

Mereka dibawa ke bahagian store yang terletak di hujung bangunan kilang tersebut. Mereka diperkenalkan kepada Johan, supervisor bahagian store. Mereka kemudiannya diberi penerangan mengenai skop tugas masing-masing.

"Okey guys buka mata luas-luas." bisik Qaid kepada Kai dan Rahul. Arahan yang menandakan misi mereka sudah bermula.

"Apa kata kita pi makan dulu. Dah masuk lunch time dah ni. Sambil tu boleh kita kenal-kenal." cadang Johan.

Johan teruja untuk berkenalan dengan pekerja baru ini memandangkan tubuh badan mereka yang tegap dan sado.

"Hangpa tiga orang ni selalu masuk gym ka? Tengok badan tegap dan berketul-ketul."

"Haaa.. kalau ada masa kami pi la." balas Kai dalam loghat utara.

Dalam perjalanan ke cafe, mereka berpapasan dengan dua orang gadis. Johan segera menegur salah seorang daripadanya.

"Hai Nuryn, nak pi mana?"

Sebelum gadis bernama Nuryn menjawab, temannya menjawab dulu.

"Amboi abang Jo, hang tegur Nuryn sorang saja ka? Aku ni apa? Invisible woman?" Teman Nuryn bernama Abby
bertanya kepada Johan.

"Alahai Abby, janganlah marah nanti cepat tua."

"Hang ni kan..eh..eh..ada budak baru ka abang Jo?"

"Haa..baru mai hari ni. Kerja satu section dengan abang Jo."

"Wow! Mantap. I like."

Nuryn hanya tersenyum melihat teman seperjuangan aka rakan karibnya itu. Abby pantang melihat jejaka kacak mulalah nak menggeletis. Setakat menggedik sajalah bukannya dia serius pun sebab dia pun dah bertunang.

Tiga jejaka itu hanya tersengih mendengar komen Abby. Qaid hanya berselindung di belakang Rahul dan memandang kearah lain.

"Dahlah Abby, Mr. Lim dah tunggu tu. Kami pergi dulu abang Jo."

Nuryn mengajak Abby beredar dari situ. Dia malas nak melayan gelenyar Abby kalau mereka menunggu lebih lama di situ.

"Siapa tu? Comel aih." Kai pula nak masuk jarum.

"Yang comel tu Nuryn, supervisor line FH. Yang cakap banyak tu leader dia Abby."

"Supervisor? Kecik macam tu supervisor?"

Rahul dan Kai terkejut besar. Terkejut yang bukan dibuat-buat.

"Kecik-kecik pun garang tau. Kalau dia marah, suara dia satu kilang boleh dengar. Hangpa jangan terkejut pula kalau terdengar dia mengamuk." Johan mencerita dengan penuh perasaan.

Qaid tertawa kecil.

"Kau kenapa Qaid?" Kai hairan melihat Qaid ketawa dengan ayat Johan.

Qaid memang jarang nak ketawa atau senyum jika benar-benar lucu. Dia seorang yang serius dan sentiasa memberi syarahan percuma kepada rakan-rakannya. Ada yang menggelar Qaid sebagai ustaz lantaran selalu memberi nasihat kepada mereka.

Qaid hanya geleng kepala dengan pertanyaan Kai sebab dia cukup kenal dengan Nuryn. Rakan sekelas ketika tingkatan enam. Dari dulu lagi Nuryn memang garang, siapa tidak kenal dengan MPP yang bersuara lantang.

Sekali lagi Qaid geleng kepala. Bertemu dengan Nuryn di kilang ini pasti misinya akan menjadi lebih seronok. Dia boleh bergaduh lagi dengan Nuryn sebab dia amat suka melihat wajah cemberut Nuryn setelah bergaduh dengannya.

It will be fun, Nuryn Farhanah.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα