QN 50

3K 115 2
                                    

Penat..letih..tenaga sudah habis. Itu yang Qaid dan Nuryn rasa malam ini. Kenduri siang tadi betul-betul memerah tenaga mereka berdua. Bukan mereka buat kerja berat pun cuma melayan tetamu sahaja.

Tetamu yang hadir cukup luarbiasa. Rasanya semua tetamu yang dipanggil untuk kenduri Nuryn hadir seisi keluarga. Suasana memang gamat dan meriah di taman perumahan itu. Lauk pauk habis tidak bersisa. Door gift satu pun tidak tertinggal.

Sanak saudara paklang dan mak Yam tidak kira jauh atau dekat semuanya menghadirkan diri. Mereka cukup teruja apabila mendengar Nuryn akan menamatkan zaman bujangnya. Mereka bertambah teruja melihat pasangan Nuryn..yang bagi mereka sangat helok kejadiannya. Hahaha.

Sepupu-sepupu Nuryn yang masih anak dara duduk tidak jauh dari geng The Lions. Naik rimas mereka nak layan peminat yang tidak disangka-
sangka. Ghadi dah merah muka..
maklumlah hanya dia seorang yang sudah beristeri. Jai, Orlando, Kai dan Rahul cukup seronok melayan..kalah artis terkenal.

Mr.Shinji, Mr.Samy, Johan dan rakan-
rakan Nuryn dari kilang Saeki Elektronik juga datang memeriahkan majlis. Nuryn cukup seronok melayan tetamunya.Dia berasa amat gembira kerana ramai yang datang.

Nasrul juga datang dengan muka yang tidak manis. Matanya sembab. Hatinya sakit melihat Nuryn yang tersenyum cantik disamping Qaid. Itulah kenapa maknya ikut sangat cakap Nuryn..nak tangguh seminggu konon. Alih-alih ada juga yang datang meminang dalam masa seminggu. Melepas.

Semasa hendak pulang Nasrul sempat berjumpa dengan Nuryn.

"Tahniah Yin..semoga Yin berbahagia hingga akhir hayat." Katanya sebak.

Nuryn hanya mengangguk. Qaid setia disisi, menggenggam kemas tangan Nuryn. Nasrul ketap gigi. Geram. Sebelum beredar dia sempat berpaling kepada pasangan itu.

"Yin, betulkan Yin tak upah dia jadi suami Yin." Nasrul perlukan kepastian.

"Eh! Mana ada. Qaid sendiri tak tahu umi nak mai meminang Yin. Rul jangan duk tuduh macam-macam..Qaid ni polis tau."

"Halah..halah..Rul tau la. Saja nak tanya. Yin ni pun..macamlah suami dia sorang kerja polis."

Nuryn hanya ketawa. Tau pun takut. Mahu tak mahu Nasrul kena terima jodohnya tiada dengan Nuryn. Tiada siapa yang boleh menidakkan ketentuan Ilahi. Cuma Azmir yang tidak hadir di kenduri Nuryn. Nuryn pun tak kisah. Kalau Azmir tak datang pun kenduri dia tetap meriah.

Selepas selesai kenduri di rumah Qaid,
mereka kembali ke rumah paklang sebab Qaid masih tidak mempunyai rumah. Kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tidak tahu hendak menetap di mana secara kekal.

Nuryn pula tidak kisah..di mana Qaid pergi di situlah tempatnya. Sementara cuti masih berbaki, Qaid mengajak Nuryn berbulan madu. Qaid hendak berbulan madu ke Cameron Highlands tetapi Nuryn membantah kerana dia tidak mahu terkenang kisah cinta pertamanya dahulu mengganggu detik indah bulan madunya.

Akhirnya mereka bersetuju untuk berbulan madu ke Pulau Tioman.


Nuryn tarik muncung sedepa. Qaid hanya tersenyum melihat Nuryn protes
terhadapnya. Mereka kini dalam perjalanan ke Pulau Langkawi.

Dek kerana dipanggil pegawai atasan IPD Langkawi berkenaan kes Aariz Zafri tempohari, Qaid terpaksa ke Pulau Langkawi. Asalnya hendak ke Pulau Tioman tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir. Nuryn sudah membayangkan pantai putih dan air jernih di Pulau Toman tapi apakan daya..tugas Qaid memanggil ke Pulau Langkawi pula.

Okeylah tu Nuryn, pulau juga..ada pasir pantai dan air yang jernih. Pujuk Qaid. Qaid tidak mahu meninggalkan Nuryn seorang jadi dia heret juga Nuryn ke sini. Buat tugas dulu kemudian bolehlah berbulan madu. 2 in 1.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now