EPILOG

4K 152 42
                                    

"Nuryn pinjam pen satu."

"Kau tak pernah bawak ka?"

"Nuryn pinjam eraser."

"Kau tak pernah beli ka?"

"Nuryn pinjam..."

"Qaid kau ambil pencil case aku teruslah..senang. Lepas ni tak payah pinjam dah."

"Alaa..pinjam ja pun..kau ni kedekut la."

"Masalahnya kau pinjam tak pernah bagi balik. Eh! Apasal kau tak minta ja daripada Anita? Diakan girlfriend kau."

"Apa??"

"Errr..tak ada apa-apa."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Nuryn kalau kau minum minyak atar ni sebotol..kau kentut pun bau wangi."

"Kauuu!!"

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Qaid, kenapa kau tak panggil aku mesyuarat sama? Nanti apa pula kata ahli lain bila aku tak hadir?"

"Zaidi kata kau tak sihat, jadi aku sengaja tak panggil kau takut demam kau melarat pula."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Nah!"

"Apa ni?"

"Stapler. Itu pun tak kenal?"

"Mana kau curi?"

"Aku pinjam kat perpustakaan. Tak apa.. Mr. Tan tahu aku pinjam."

Nuryn terkedu melihat kesungguhan Qaid membantunya tanpa diminta.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Nuryn kau okey ka?"

"Aku okey ja."

"Kenapa jadi macam ni?"

"Tadi aku tak sempat makan..tayar motor pancit pula masa nak mai tadi..
tu yang aku pening sikit."

Sepuluh minit kemudian..

"Nah! Makan."

Nuryn memandang sebuku roti dan air mineral yang diberi oleh Qaid dengan linangan airmata.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Nuryn kenapa?"

"Aku nak cari Cikgu Wahab, nak minta tandatangan..aku nak balik..tok aku masuk hospital."

"Kenapa tak bagitau awal..jom kita cari Cikgu Wahab..masa-masa ni selalunya dia ada dalam bilik dia."

"Aku dah pergi tapi cikgu tak ada."

"Okey..kita cari dekat bengkel..mungkin dia ada dekat situ.Kau nak pergi hospital naik motor kau ka?"

"Haah."

"Kau tunggu..aku hantar kau..tengok keadaan kau, aku tak yakin kau boleh bawa motor dengan selamat. Silap haribulan kau pula masuk hospital."

"Tapi..."

"Aku kata tunggu aku..aku pinjam helmet Sani sekejap."

Nuryn statik di situ. Takkan nak bonceng motor dengan Qaid pula.
Adoi! Pening.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Nuryn terpegun memerhati Qaid dari jauh. Karisma seorang Qaid amat memikat hai perempuannya. Tiada siapa yang tahu Nuryn sedang memerhati crushnya dalam diam.

Gaya berjalan, bercakap malah ketawa Qaid tertanam kemas di dalam kepalanya. Itu ketika dia berjauhan daripada Qaid.

Jika dia berdekatan dengan Qaid, muka manisnya akan bertukar menjadi masam kelat-kelat buah. Qaid pula tidak akan menegur jika tiada kepentingan baginya.

 QAID UZAIR: STILL LOVING YOUWhere stories live. Discover now